Eidul Adha - Bahagia Cara Kita

 Assalamualaikum semua .. 

Hari Jumaat, 10 Muharram .. hari yang penuh keberkatan, hari yang makbul doa, hari yang penuh kebaikan. Semoga kita semua mendapat hidayah dan kasihsayang Allah.

Throwback Hari Raya Haji. Alhamdulillah, Allah jodohkan aku dengan orang yang asal kampung, antara himah dan keseronokannya ialah dapat menikmati suasana raya kat kampung yang sangat2 meriah. Asal balik kampung dah macam YB pulak rasa. Buat apapun sekampung datang support. Orang2 susah ni kebanyakannya baik2 dan sangat membantu. Jangan fikir orang2 kampung ni mundur ya kawan2 .. dorang ada access pada internet dan kemudahan2 .. bezanya nak ke bandar je jauh. Aku kalau rindu suasana kampung yang original, mesti ajak encik suami balik sana.

























Banyak lagi gambar dalam koleksi, tapi biarlah upload yg ni je. Hari Raya Haji ni pagi lepas solat banyak orang ajak datang rumah makan2 .. rezeki kami buat bbq, oden dan jemput semua orang kampung datang makan2 petang raya tu .. ya Allah seronoknya. Budak2 muda pun ramai yang datang bantu membakar dan mengemas. Pastu ada kenduri sembelih kerbau seharian depa masak kat masjid hari sabtu. Seronoknya tengok kerjasama orang2 kampung mcm ni. 

Aku call ma.. sembang2 sebab aku pun dapat rezeki masuk korban kat Pekan Baru, tapi since aku tak balik masa depa sembelih lembu, ma ada simpan daging untuk aku. Sedih pula dengar ma cakap .. kalau ko ada ni Nur seronok sangat kat rumah ni. Dah dua kali aku call ma cakap ayat yang sama. Kalau ko ada seronok sangat ma. Alhamdulillah, semoga ada rezeki aku balik Teluk Intan sebab en suami kerap kena balik pahang sekarang since rezeki pelancong pun melimpah ruah .. Memang betullah, Doa orang teraniaya ni Allah makbulkan. Makin orang cuba aniaya, makin Allah tambah rezeki. Syukur seadanya. Semenjak en suami aktifkan tempat pelancongan tu, semua anak2 muda kat situ dah ada sumber pendapatan sendiri. Dorang makin rajin bekerja dan kedai2 pun maju since hari2 budak2 muda ni akan datang makan n minum kat situ. Semoga usaha ini akan lebih berjaya dan diberkati Allah. Kita bantu orang, Allah akan bantu kita, insyaAllah.

Harini sampai Ahad, Tengku Mahkota nak datang melawat, so en suami pun busy sama dgn orang2 kampung untuk buat persiapan. May Allah ease everything.

Tata till now. InsyaAllah ada story lagi kita sambung. Sebenarnya banyak je story tapi tak sempat nak taip. Bizi nau nau ni.

Semoga kita semua disayangi Allah dan disayangi oleh orang2 yg menyayangi Allah dan Rasul.






Comments

Popular posts from this blog

Kenalilah Ciri2 Hasad Dengki

How do you define Happiness??

Jangan Mengharap Pada Sesuatu Yang Belum Pasti