From Sabah with Love

Surprise vacation untuk si anak bongsu. Berpakat dengan shuben dan kakak nak surprisekan adik naik airplane. Actually ada pernah plan sebelum ni nak ke Sabah, tapi tak jadi sebab abang tak dapat ikut, so cancel .. Nak dijadikan cerita, aku terima surat dan email dijemput untuk jadi speaker di salah sebuah universiti di Sabah. Wahh, perjalanan hidup kita ni penuh dengan surprise kan. So, bila dapat surat tu, aku pun bincanglah dengan En Shuben samada nak sambung hari dengan family vacation. Alhamdulillah En Shuben yang sporting pun seronok nak ke Sabah bawa anak2. Paling best, dia yang sponsor 100% vacation ni .. Apa lagi kan, mama excitedlah buat planning dan uruskan booking mana yg patut. Dapat pula tiket MAS yang ok harganya

Day 1 - Kota Kinabalu, Dinner Seafood

Kitaorang gerak pukul 10 pagi naik grab. Flight pukul 1.10pm. so kira oklah sebab aku dah siap check in. Dah boarding masuk flight, tak gerak2 dekat 2 jam. MAS ni satu, kalau selagi tak terbang, dalam flight tu agak panas. Tak macam air asia.. sejuk, nyaman aje once masuk. Disebabkan delay take off, kami sampai dalam pukul 6 kat Hotel. . 3 kali lelap 3 kali jaga dalam flight masih tak terbang2 .. gerak sikit2 aje kat situ. Sampai2 duk kalut nak solat sebab time solat kat sini awal sejam dari semenanjung. Maghrib pukul 6.30 mcm tu. Mmg kalutlah kan.

Malam kami pergi dinner kat Nelayan Restaurant. Dah btau kat anak2, makanlah puas2 seafood kat sini.😆 sebab memang aim nak makan sedap2 kat sini. Gambar makanan kat dalam hp anak2 and En shuben. Cuma nak bagitahu masakan kat sini sangatlah sedap. Menu kami

1. Ketam masak Kamheong

2. Kerang super besar sauted chilli

3. Pucuk Paku Sabah Goreng Belacan

4. Udang Butter 

5. Tom Yam ayam

6. Air Ice Lemon Tea

Untuk portion 4 orang makan, harga RM280. Alhamdulillah, puas hati sangat. Licin semua lauk dan nasi. On the way balik hotel, tanya En Shuben .. esok kita nak makan apa dan kat mana ya. Dia jawab .. ya ampunn baru lepas makan dah tanya makanan esok ... hahahhaha. Excited nau mama kan pencinta makanan.


Day 2 - Durian Fest, Pantai Tanjung Aru

Tengahari anak2 jalan2 kat Mall. Kebetulan hotel yang kami duduk ni betul2 depan mall, so tak de lah boring budak2 sementara tunggu mama. Program aku mula pagi sampailah jam 5 petang. Lepas tu baru boleh keluar jalan2. Cuaca hujan renyai, tapi kami tak nak buang masa duduk hotel .. so kami plan pegi pantai Tanjung Aru nak tengok sunset kununnya. On the way hujan dah mula ansur2 hilang, tapi sampai pantai hujan renyai lagi sebab kat tengah pantai rupanya sedang hujan lebat. Nampak awan gelap ajelah tak de sunset. so kami lalu kat gerai durian. Untuk pengetahuan korang sekarang kat Sabah tengah musim doyan. Rupa2nya ada macam2 jenis durian hutan kat Sabah ni. Sempat try 2 jenis aje dulu


Durian Merah/ Marahang/ Maraang



Isi Durian Merah



Isi Durian Dalit

Omaigadd .. both durian taste very2 unique. Tak rasa durian biasa. Ada rasa tersendiri. Kalau tanya aku durian mana yg sedap, aku lebih prefer durian merah. Lepas makan durian dan anak2 pun puan main hujan kat pantai, kami gerak ke Restoran Masakan Sedap. Hmm boleh tahan harganya. Menu kami malam ni ialah:


Ketam Chilli with Mantou


Isi ikan masak Thai


Black Pepper Lamb


Pucuk Paku Sabah Goreng Belacan

Restoren ni pricenya lebih dari restoren semalam .. lebih cikit la, bajet RM 300. Puas makan .. kekenyangan tersandar beb. Alhamdulillah. Cuti kalini aku paling tak kira2 bab makan and jalan, memang nak bagi anak2 enjoy sungguh2.

Day 3 - Snorkeling, Sea Walk, Island Hopping

Harini aku ada program lagi. So anak2 dan shuben berektibiti laut dengan gumbiranya. Aku kalau tak de program pun memang tak lah nak snorkeling. Mabuk laut teruk amat. Tak sanggup. So dorang pegi 3 pulau .. Gaya, Manukan, Sapi






Day 4 - Kundasang, Kinabalu Park, Hidden Hill, Pantai Tanjung Aru, Seoul Garden

Harini paling penat berjalan. Esok petang dah nak balik kan, so kami ke Kundasang. Lepas Breakfast, kami gerak lu apa2 roger. Best wehh .. walau perjalanan jauh. Sampai hotel semula almost 5.30pm.









Sempat singgah gerai doyan lagi. Kalini kami try pula jenis2 lain. Memang sedapppppp yang ni. Semua sedap, macamana ni??????



Durian Tika


Durian Sukang


Isi Durian Sukang


Durian Tika Besar

Ok bagi aku semua durian ni sedap gilersssssss ... Sedap dari Musang King .. atau Black Thorn hokey. Korang yang belum cuba boleh cuba.. Dappppp angat tau. 
Sampai di KK semula, kami naik solat jap pastu turun balik korangggg .. Nak gi tengok sunset kat Pantai Tanjung Aru. Udah ler jem giler malam minggu. huhuhu



Subhanallah... cantik kan .. cantikkan korang. Breath taking sungguh ciptaan Allah. Lepak2 situ tengok gelagat manusia .. ada yg posing sampai nak terbogel2 .. aduhaiiii macam2.

Malam ni kami decide makan kat Seoul Garden Hot Pot. Menu kami

1. Hot Pot Lamb Kimchi with rice
2. Sundbu jjigae seafood with rice
3. Stir fry Beef with rice
4. Korean chicken with rice

Harga, lebih muurah dari semalam .. RM130 tanpa air. Kami beli mineral water aje sebab dah banyak minum manis siang tadi.
Balik hotel jam 9.45 malam ... rehat2 konon nak kemas beg tapi dah lena awal.

Day 5 - Pasar Philippines, Suria Mall, Airport

Hari last di Sabah. Sedihh sebab esok dah kerja. Ada meeting besar pulak tu. Lepas subuh lena sat. Pukul 8.30 keluar dobi baju and ke pasar Philippines, last minute sopink brooch, amplang, ikan masin, udang kering n bilis. 
Tak de beli beria sangat .. just utk yg pesan dan yang dekat di hati. 
Lepas siap sopink, teringat luggage anak dara pecah kat airport. Punyalah tak perasan masa tu sebab kelamkabut nak cepat kejar solat. Tak pe tak de rezeki dapat ganti dari airport. Pegi ke Suria Mall cari and after almost give up, jumpa kedai yang harga sederhana. Kedai lain semua yahudi sangat harganya. Aku doa dalam langkah kepenatan supaya jumpa kedai yg price range tak lebih RM300 utk sebiji luggage 20 inch. Alhamdulillah jumpa adik ni kat kedai household items. Tanya dia and dia btau ada satu kedai yg jual banyakkk luggage. Alhamdulillah syukur. Settle satu lagi hal.

Balik bilik aku berkemas beria2 sebab nak pastikan tak de barang tertinggal and berat luggage tak lebih dari hadnya.

Sempat lunch grilled chicken chop yg amat sedap kat hotel. Tak habis makan sebab nak kejar flight 😢😢😢. Flight patut pukul 3, tapi syukurlah tunda sikit pukul 3.25 pm. Berlari-larian jugalah. Syukur sempat dan segalanya dipermudahkan. Dah tunggu kat gate, tiber ada announcement tukar gate. Oklah, kami berbondong2 bergerak sama2. Tgh ontok2 duduk dapat announcement flight delay till 10.15pm 😭😭😭. Aduyaiiii. 7 jam tu nak kena tunggu. Sabarr, sabarrr.
Sampai KLIA pukul 1 pagi lebih kurang. Alhamdulillah selamat semuanya. Dah keluar tu aku nak terberak pulak. Tunggu2 grab dekat pukul 3 pagi baru dapat. Sampai rumah pukul 4 pagi. Terus cuci pasir kucing, mop lantai rumah sampai puas hati. Pastu lelap sejam sebelum bangun gi opis.

Alhamdulillah syukur kat opis tak de ngantuk sgt. Tapi balik petang tu aku tidur dari pukul 6.30pm sampai 4 am baru bangun. Rezeki tak leh solat. Mmg lena aku tido straight hours.

Next trip dah plan .. hahaha tapi kena menabung lebihhh. Moga ada rezeki, sihat, lapang insyaAllah.

Semoga kita disayangi Allah n Rasul dan mereka yang menyayangi Allah dan Rasul.

Sekian saja cerita travelling kami.















Comments

Popular posts from this blog

Kenalilah Ciri2 Hasad Dengki

Jangan Mengharap Pada Sesuatu Yang Belum Pasti

Sentuhan Listrikmu