Keindahan Sabar ...Pesanan Buat Diriku Yang Selalu Lupa

Assalamualaikum semua ..

Syukur alhamdulillah, jari jemari ini masih lagi di beri peluang untuk berkongsi rasa dengan sahabat2 semua. Pagi ni perasaan aku bercampur baur .. Gembira, berdebor, sikit sedih dan selebihnya ceriaaaaaaaa ....

Topik hari ini ialah mengenai perkataan favourite kita bila mendengar keluhan dan masalah org lain ..dan kadangkala, untuk memujuk hati sendiri ... SABAR

banyak2 sabar ya ....
sabarr je la ...

Senang sangat kan nak suruh orang bersabar .. tapi bila datang ujian pada diri kita, kadang2 perkataan tu tah melayang ke mana... and mula nak emo.. ini realiti kan .. bohonglah kalau segala ujian dalam dunia ni kita boleh hadapi tanpa kegagalan emosi ..hehehe ...

Pengalaman terbaru aku dalam membina sifat sabar dalam diri aku sendiri, memang sesuatu yang sangat2 mencabar sampai ada ketika aku dah hampir2 putus asa. Hampir2 ya .. tapi masih belum lagi kerana aku masih menggunakan kuasa akal untuk bertindak dan membuat keputusan. Letih memanglah letih, tapi ada sesuatu yang menghalang aku dari bertindak mengikut hati dan perasaan. Nyata, hari ini, kesabaran itu terbayar dengan sesuatu yang aku tak jangka. Aku bersyukur kepada Allah kerana setiap sahabat dan sesiapa yang dia hadirkan dalam hidup aku, memberi aku peluang untuk membina sifat sabar yang lebih dalam.

Untuk renungan sendiri dan kawan2 ...bersabarlah kerana Allah. Dan sebaiknya kita bersabar sebagaimana kesabaran orang yang yakin akan datangnya kemudahan, mengetahui tempat kembali yang baik, mengharap pahala dan senang mengingkari kejahatan. Seberapa pun besar permasalahan yang kita hadapi, tetaplah bersabar. Kerana kemenangan itu sesungguhnya akan datang bersama dengan kesabaran, jalan keluar datang bersama kesusahan dan dalam setiap kesusahan itu pasti ada kemudahan... insyaAllah ... aminnnn

“Follow your heart, but be quiet for a while first. Ask questions, then feel the answer. Learn to trust your heart.”

Comments

Popular posts from this blog

Kenalilah Ciri2 Hasad Dengki

How do you define Happiness??

Jangan Mengharap Pada Sesuatu Yang Belum Pasti