Hidup Tak Selalunya Indah, namun, aku tetap mahu mencari dan membina keindahan itu ..

Realitinya, hidup ini  tak selalunya indah, tapi naluri kita sebagai manusia tetap mahu mencipta keindahan, tetap mahukan keindahan dengan cara dan batasan masing2. Betul, hidup tak selalunya indah, namun sekiranya kita sentiasa berusaha untuk mewujudkan keindahan itu, perjalanannya pasti akan berbeza. Itu yang aku pegang dalam hidupku dari dahulu hingga sekarang. Aku punya keyakinan bahawa segala yang kita ada termasuk badan. jiwa dan hati kita adalah milik Allah, namun untuk membina kebahagiaan dan kegembiraan adalah bergantung kepada sikap diri sendiri. Jika lebih banyak memandang kepada keburukan dan kekurangan, makanya hidup akan sentiasa dalam keadaan berdendam dan tidak bersyukur. Hidup dalam melihat sesuatu dan seseorang lebih kepada kebaikan dan kelebihan akan membuat hati lebih tenteram dan menikmati nikmat hidup sebaiknya.

Hari Raya tahun ni adalah antara yang paling bermakna dalam hidup aku. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menyambut Ramadhan, Syawal dan bersama2 suami dan keluarga tersayang. Hari Jumaat, 17 Ogos 2012 kami bertolak ke kampung pada jam 8 malam, sesudah last minute shopping dan berbuka di Wangsa Walk. Terima kasih suamiku kerana berusaha gigih dan tak lokek menyediakan keperluan raya kami semua. Baju raya beli untuk suami dan anak2 jer sebab baju yg aku tempah masa nikah dulu ada lagi yang tak pakai langsung, so tamau membazir. Anak2 memang la raya sakan dgn baju2 baru. 5 pasang sorang tu.. Ok la kan sebab aku ni jenis shopping setahun sekali jer. Siap2 iron seme baju.. gantung kat dalam kete, kemas beg dan vrommmm... kitaorang bertolak ke kampung ku. Oppss lupa, kueh raya aku buat 6 jenis istimewa untuk suami dan anak2 aku dan semuanya dihangkut ke kampung :P

Sampai TI lebey kurang kol 10.30 .. Bagi salam senyap jerrr .. Ma tak balik solat tarawikh lagi la abang .. Ok, kita tunggu jap .. dah 20 minit menunggu ma  tak muncul2 gak .. Abang, jom kita merayau kat Bazar Raya nak ??? Jommmm kata suami aku .. yahooooo... Kitaorang pon merayap2 la kat Bazar Raya TI .. beli songkok, T-Shirt, si Nasha gedix nak pakai inai .. Mak jeles taww sebab mak yg paling gedix nak pakai tapi tak dapat dek nanti jalan kene wat tangan mcm zombi. Dah la pakai kemeja futih, kene dek inai ya ampun tak leh ilang punyer. Sampai2 rumah dekat kol 12 .. muahahaha .. Ma sakap .. Ma ingatkan korang gi cari hotel and tido kat hotel .. Aku jawab, buat apa nak tido hotel, kat rumah pun bukan penuh pun, tak de sapa2 yang sampai. Lagipon esok nak beli barang2 buat masak rendang, ketupat dan sewaktu dengannya.. Suamiku siap makan lagi sekali tu sebelum tido. Sementara tunggu Kak Edah sampai, kitaorang borak2 ... Sedor2 dah zzzzz....

Esoknya pepagi dah merayap kekedai dan pasar dengan encik suami. Membeli barang2 untuk acara main masak2 raya. Terimakasih ya kekandaku kerana sikit pun tak komplen mengikut aku kesana sini mencari dan membeli barang2 yang dicari .. Sebenornya dia ni memang suka meronda2.. Dua kali lime seploh dengan aku la ..huhuhu ... Makanya malam itew bermula lah acara masak memasak. Kagum aku dengan kakak aku yg sorang neh.. Dulu dia yang paling fail kalau bab2 masak, tapi tahun ni peningkatan yang drastik woo.. Sesungguhnya manusia tu boleh berubah menjadi jauh lebih baik hanya jika mereka sendiri yang nak berubah ... Kalau yang tak nak berubah, asyik nak kutuk kondem orang and maintain berlagak tu nasiblah ya...Rajin gilerz kitaorang berdua kat dapur. Aku masak ketupat dgn rendang .. Kak Edah masak lontong.. Kitaorang bersatu tenaga menyiapkan makanan supaya yang sampai2 kemudia tak penat dan boleh berehat2 ..

Hari Raya ... Seperti tahun2 lepas .. aku tak dapat pegi solat raya ... uuuwwaaaa!!!! piyed la haiii ... awal dan akhir .. Nak wat cemana, redha jer la. So time suamiku pergi solat raya, aku pon melawa2kan diri selepas siap menghidang juadah raya. Untuk posting ni gambor tak dapat nak di attach sebab aku tak bawa kabel .. Tungguuuu ya :-) Sesudah bersalam2an .. bermaaf-maafan .. kitaorang duk borak2 .. Sampai tengahari rasa ngantuk n penat .. masuk bilik ...zzzzz ... Petang tu aku ajak suami dan anak2 ku pegi merayap2 ke Teluk Batik, pekena seafood kat sana .. Alhamdulillah, ada gak kedai yg buka time2 raya ni. Perghhhh .. sedapnyaaa makan kat tepi pantai. Ikan black pepper, ketam hot chilli, asparagus belacan, tomyam campur, telur dadar ... yummm yummmm.. Makan sampai tersadaiiii!!! Kitaorang sampai2 rumah kol 8.30. Azam, zakwan dah sampai !! Suami temankan anak2 dan anak sedara main mercun sampai kol 12 rasanya ... TQ laling ...

Raya ke dua .. Menghabiskan masa kat rumah tengok tv .. borak2 ... Anak2 aku pegi rumah opah sana. So kitaorang pon berjalan2 lagi ke Setiawan mencari seafood, tapi kedai lain lak. Pekena Siakap Stim, Tomyam campur, Telur Dadar, Kalilan Ikan masin ... fuhhhhh... Alhamdulillah, rezeki Allah bagi. Walaupun sederhana, kami bersyukur sangat.

Raya ke tiga ... bersiap2 nak balik ke KL then Taman Negara. Dapat berita Opah Chu meninggal. Aku tak pegi pon sebab pakaian yg aku pakai masa tu sangat tak sesuai untuk menghadiri pengkebumian. Aku doakan moga ruhnya bersama yang beriman dan dikasihi Allah.. So kitaorg bertolak ke KL kol 12, sampai kol 3.30 .. Letak2 baju kotor, barang2 tak perlu .. then bertolak ke Taman Negara kol 5 petang.

Sampai2 baru aku perasan .... SELUAR aku tertinggal lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii !!!!!!!! (akan bersambung)


Comments

abu said…
woittt, ko nie memang suka tinggal suar ek hahahaha
Mizz N said…
wakakaka .. hadoiii aku pon heran arr.. asik2, suar gak yang aku tertinggal.

Popular posts from this blog

Kenalilah Ciri2 Hasad Dengki

How do you define Happiness??

Jangan Mengharap Pada Sesuatu Yang Belum Pasti