Raya's Talk

Assalamualaikum ...

Mizz N doakan kawan2 semua sihat, ceria dan bahagia dalam bulan yang mulia ni. Tup tap tup tap .. dah tinggal 10 hari jer poser ... Wowww .. cepatnya masa berlalu, meninggalkan kita yang masih terkial2 nak menambah amal kebaikan dalam idop. Dalam bulan ni jugalah dugaan2 yang agak mencabar terpaksa aku tempuhi. Dari sejak aku bertunang sampai la sekarang, ada orang tu meroyan tak abes .. Ada jer halnya nak provoke kemarahan aku. Sikit2 boley la ... tapi kalau dah banyak kali aku rasa mcm tak leh nak duk diam.. Agaknya badan dia tumbuh allergik kot bila tengok aku, suami dan anak2 happy and ceria sokmo. Aku sikit tak heran pon kisah atau idop dia dgn bini internasionalnya itewww, tapi walau zahir tak terucap, aku leh nampak betapa kelam kabutnya beliau untuk memenangi kembali hati anak2 ... Yang kesiannya anak2 aku la, kekadang jadi mcm stress dibuatnya. Tu la, masa ada depan mata hari2, tak peduli pun apa nak jadi. Almaklumla masa tu dua2 masih baby, nak kene buat susu, salin diaper .. dukung, mandikan, suap makan, bla bla bla .. Langsung tak berminat dengan semua tu, kunun nak jadi kaya n jadi boss lah. So sekarang, bila anak2 dah besar, dah boleh fikir baik buruk, baru terheges2..

Ok, forget talking about the loser .. let's talk about raya. Jeng jeng jengggggg... Raya tahun ni persiapan sangat best. dari last week dah settle beli baju2 untuk anak2, suami .. diri sendiri tak settle lagi ..huhu .. Tapi yg lelain dah siap basuh, iron, hang ..tunggu nak masuk kete jerr ... Yippiiii ... and op kosss la aku beraya di Teluk Intan, memandangkan aku tak der ayah dan ibu mertua ... Mudah2an Allah merahmati ruh mereka dan ditempatkan bersama golongan yang dikasihi Allah...ameenn.. Berkemungkinan balik raya pada hari Sumaat atau Sabtu .. aku suh suami aku keje sampai hari Sumaat sebab nak kumpul duit utk belanja raya ... hahaha.. kejam kan. Orang lain tergedix2 suh suami balik awal, aku lak suh keje ... ye la.. dia bukannya makan gaji bulan2 .. ada keje, ada duet ...tak keje alamat kontang arr lepas raya.. So memandangkan aku seorang isteri yang sangat2 perihatin, makanya aku redha dengan keputusan yang aku buat :-)

So weekend ni aku pulun wat biskut raya lak .. Tahun ni tak der bisness sebab aku teramatlah malasnyaa .. haha .. so buat untuk diri sendiri jer hokehh. Buat dgn kasih sayam yang melimpah ruahhh la kununnyaa.. Kalo tak der apa2 halangan, hari ni siapla 3 jenis iaitu minessota munchers, mocha kellogs n mazola ... esok kita wat choc. chips dgn almond london lak .. Aku tak letak apa2 gambor lagi sebab malas nak transfer file .. huhuhu ... Nanti2 arrr .. bila2 dah free sket :P ok .. dadaaaaaaaa semua :-)


Comments

Popular posts from this blog

Kenalilah Ciri2 Hasad Dengki

How do you define Happiness??

Jangan Mengharap Pada Sesuatu Yang Belum Pasti