Patah Tumbuh Hilang Berganti

Assalamualaikum semua ...

Pagi ni Mizz N rasa malass sangat pegi office. Nak cuti!! Nak cuti!! Actually minggu ni yang malas sangat. Weekend lepas berjimba abes, and minggu ni dgn macam2 hal kat opis. Bos berkonflik sesama bos .. haiyyaa ... staff2 yg pening ... Bila ego tinggi, memang payah la nak cakap molek2 sesama mereka. Lantok lahh .. Yang penting bukan aku yang berkonflik .. i love peace, love and harmony ... awwwww....

So minggu ni we've plan for sumthing .. weekend yang best definitely. Mudah2an Allah permudahkan dan terus memberi rezeki pada kami.

Ok .. tajuk posting kali ni adalah salah satu peribahasa Melayu. Indah kan maksudnya.. Kehilangan yang berganti ... Cuma, apakah yang berganti tu sama atau jauh lebih baik. Kalau lebih baik, alhamdulillah, syukur ... tapi kalau sama atau lebih teruk .. haishhh. sendiri mau ingatlah kan .. Mizz N dah beberapa kali mengalami kehilangan dalam idop .. kehilangan yang besar and tak semua orang boleh menghadapi saat2 yang sukar tu. Orang boleh menghina, mencaci, suruh kita bersabar, bla bla bla ... tapi hanya kita sendiri yang tahu kan. TAPI ... semua tu tak menjadi kudis dalam hidup Mizz N .. Walau dugaan teruk manapun, setiap hari mampu tersenyum, mampu ketawa, mampu bekerja, mampu menyara keluarga dan mampu membantu adik beradik setakat yang ada. Apa2 kehilangan takkan sekali2 menjadikan aku hilang pertimbangan dan kewarasan, insyaAllah. Tidak ada benda yang boleh menjadi halangan dalam mencari kebahagiaan dalam hidup kita KECUALI kita sendiri yang meletakkan halangan tersebut.

Dan alhamdulillah, yang datang sebagai gantian adalah jauh lebih baik ... ya, hidup kami sekeluarga jauh lebih baik sekarang. Walau tak kaya duit dan harta, kami kaya cita2 yang akan cuba dilaksanakan untuk keluarga. Gantian dalam hidup bukan hanya datang dalam rasa cinta, tapi perasaan, kekuatan dan kebijaksanaan untuk meneruskan hidup. Jadi, percayalah .. setiap yang berlaku ada hikmahnya, ada pengajarannya. Terpulang pada kita untuk mendefinasinya sebagai sesuatu yang negatif atau positif. Kalau rasa bahagia hidup dalam keadaan dan perasaan yang negatif, kita silap .. sebab fitrah manusia itu adalah positif, cantik, baik, indah walaupun kita dijadikan dengan pelbagai kekurangan. Dan kekurangan bukanlah alasan bagi kita untuk hidup dalam perasaan negatif, berkata2 dan melakukan perkara2 yang negatif untuk kepuasan yang sementara.

Aku banyak belajar sekarang ni. Walaupon umur makin meningkat, tu bukan halangan. Biar lambat, dari tak langsung kan .. Aku belajar untuk ambil serius dengan peluang2 baik yang datang dalam idop .. Aku belajar untuk lebih fokus pada kemajuan diri dan keluarga dari benda2 lain yang tak menjamin apa2.. Aku makin tahu apa yang aku mahukan dalam hidup... Dan aku belajar untuk terus buat baik walau apa pun dugaannya .. Perasaan yang patah makin tumbuh ... segala yg hilang makin banyak gantiannya ...

Alhamdulillah ... Terima Kasih Allah. Mohon terus ajari aku untuk mencintaiMu ...

Comments

Popular posts from this blog

Kenalilah Ciri2 Hasad Dengki

How do you define Happiness??

Jangan Mengharap Pada Sesuatu Yang Belum Pasti