Tahap Seterusnya ....

Assalamualaikum ..

Alhamdulillah ... masih dipanjangkan umur untuk menulis. Banyak kejadian yang tak sempat nak direkodkan disini sebab sekarang Mizz N sedang bizi dengan bisness baru iaitu HEAT PRESS SOUVENIR iaitu decorative mugs, tiles, mousepad, flask, t-shirt, jigsawpuzzle, photoshoot, etc ...

Impian untuk ada kedai sendiri tercapai gak akhirnya... syukur pada Allah yang telah memberi ilham dan membuka peluang untuk kami... Tulah kalau dah rezeki, apa cara pun dia akan datang juga dan aku mengambil pelung ni sebaiknya... Hari Sabtu lepas aku ke Taman Negara untuk bantu cuci dan setting kedai. Penyewa lama... errr nak panggil penyewa ke kalau duh berbulan2 tak bayar sewa then lari ... sangat tak bertanggungjawab kan ... tinggal kedai bersepah2 dgn barang2 yang tak dihangkut... ikut hati aku, nak jer jual bundle barang2 tu sebab mnyusahkan kitaorang nak mengemas... tu la dugaan ke pertama ... Then lepas sapu2, susun2, aku terima call mengatakan ma masuk spital hi bp .. dugaan kedua ... aku rush balik KL petang tu juga dalam keadaan penat yg amat sebab pagi tu baru sampai ke taman negara... Alhamdulillah ma tak der apa2, so aku balik rumah utk rehat.

Alkisahnya sabtu tu juga dah dapat beberapa tempahan. Dah la terkial2 nak setting machine, jam tu jugak nak blajo guna, jam tu gak nak blajo adobe photoshop ... huaaaa sian kat encik suami. Kol 4 pagi dia berjaya siapkan semua tempahan. Alhamdulillah.
Aku memilih biz ni sebab tak bergantung pada pelancong sendiri ... satu taman negara punya market leh cover... tu yang berdeborr dan sexciteddd sangat...

ni product hari pertama based on tempahan ...

aku surf2 kat tenet, rupa2nya harga mug sublimation ni mmg mahal .. range price antara rm25-50 ... perghhh... patot arr masa gi cameron hari tu, kedai tu jual rm48 kalau nak tepek gambo kat mug tu. haiyyaaaa ... tapi kitaorang dengan murah hatinya jual minimum price iaitu rm 25 perpiece .. kos mug ni mmg tinggi sebab materialnnya tak sama dengan mug biasa. Nak letak gambo sendiri atau apapon voley.

Target aku by this week kedai mesti dah siap setting.. cuma display cabinet jer belom ada... setakat ni guna meja dan rak2 yang ada .. Nak beli barang2 tambahan untuk start terima bulk order pulak ... yeahhh memang banyak keje, and alhamdulillah aku dan suami adalah team yang sangat bagus dan sekepala dalam banyak hal. So tak susah nak bincang, buat apa pon.

So in addition to mug, tiles, t shirt.. kitaorang pon nak buat photoshoot dgn readymade taman negara background .. jual gambar dalam frame atau clip .. and terima tempahan untuk sobenir kawin, majlis2 dan sebagainya ...

fuhhhhh ... memang indah perancangan kitaorang ... mudah2an segalanya Allah permudahkan dan sentiasa membuka jalan bagi kami untuk rezeki yang berganda.. ameennn...

Comments

Popular posts from this blog

Kenalilah Ciri2 Hasad Dengki

How do you define Happiness??

Jangan Mengharap Pada Sesuatu Yang Belum Pasti