Anak Itu Datang Bersama Rezeki

Assalamualaikum ollz..

Waktu relax2, selepas zohor setelah berjaga malam. Baby masih terbalik body clocknya. Bilik 24 jam terang, so x leh nak train baby utk bezakan siang dan malam. After sebulan maybe dah boleh off lampu waktu malam. Penatnyaa berjaga malam waktu org lain lena diulik mimpi indah. Tapi itulah salah satu pengorbanan seorang ibu kann :-)

Baby Nawra, secantik namanya, secomel mimik mukanya, sebaik perangainya. Hanya bising kalau nak nenen n diaper basah. Lain2 tak de ragam so far. Tapi suara, mak aiii. x yah pakai microphone. Dia punya jerit sekali pun dah bikin satu rumah tetanjat. Memang high note giler. Macam kene cubit kalau nak susu.

Semenjak lahir, bole dikatakan every week ada org datang ziarah. Alhamdulillah. Baby itu rezeki, membawa rezeki. Tetamu yg datang pun bawa rezeki dan keberkatan. Hadiah2, duit.. alhamdulillah. Rezeki baby Nawra sangat baik. Susu badan pun setakat ni masih banyak. Sekali pam dapat la 300ml, hampir2 12 oz. Alhamdulillah. Aku buat stok simpan dalam fridge untuk bekalan masa dah keje nanti. Korang nak tau cemana aku simpan stok susu? Aku tak beli plastik yg mahal tu sebab tak cost effective. sekali guna da buang. So, aki fikirkan cara paling berjimat dan inilah hasilnya..

Taraaaaa.. Eskrem Malaysia perisa nenen ori.  100ml dalam satu plastik. Jimat kannn.. Tak perlu rasa ralat nak buang plastik yg dah digunakan tu. And tau baby minum banyak mana. Hasrat dihati nak cari second hand mini fridge utk khusus simpan stok susu. Yang brand new punya mahal sgt, tak berbaloi beli.

Mudah2an, stok susu sentiasa banyak dan bertahan lama. Kalau diizinkan Allah, aku doa biarlah sampai dua tahun paling kurang. Ameen..

By the way, permohonan tanah kami insyaAllah berjaya. Tunggu meeting last and surat end of this month, insyaAllah. Inipun rezeki baby. Usaha yg tak jemu2 since last year. Mudah2an tiada halangan dan pengkhianatan dari sapa2. Encik suami dah excited sangat nak mulakan masa depan kami. Alhamdulillah, syukur atas segala rezeki dan pemberianmu ya Allah.. Kurnikanlah kami rezeki yg berganda dan barakah setiap hari, kesihatan yang baik, ilmu yg bermanafaat, imam yg benar, kasih sayang yg berterusan. Ameennn.

Comments

Popular posts from this blog

Kenalilah Ciri2 Hasad Dengki

How do you define Happiness??

Jangan Mengharap Pada Sesuatu Yang Belum Pasti