Perjalanan Baby Aleesya - Birth Story at 38 weeks

Assalamualaikum..
Alhamdulillah, dah selamat melahirkan baby girl yang sihat dan sempurna dimata kami..
Hadiah tahun 2014 yang sangat2 bermakna buat kami. Maknanya kami dah ada 3 cinta hati amanah dari Allah.

Sambungan cerita posting lepas.. bila pegi check up n doktor sakap dah buka 2 cm, aku sdapat seminggu mc. doktor suh duk diam2 kat rumah je. Maunya aku nak duk diam. Nehi, nehi.. Ada je aktiviti memenuhkan masa week 37 tu. Yg bestnya, lepas dr check, contraction hilang and langsung x de rasa sakit taw. Cuma sakit celah peha tu la yg melampaunya.

So, the next week aku dapat mc lagi. Berdebor2 bila la si kenit ni nak kuar. Life mcm biasa, cuma sikit slow dek perut yg membesar dgn jayanya.

Masuk minggu 38, aku gi checkup lagi. Owh, lupa lak, perancangan awal nak bersalin kat Tunku Azizah medical Centre, tapi hospital kene renovate lak. So, tumpang di Gombak Medical Centre dengan Dr. yg sama. Memula agak terkejut n frust sbb x dpt nak bersalin kat hospital baru, but then redho je dgn ketentuan Allah. Confirm ada hikmahnya. Ok week 38 punya checkup, x de contraction, tak de sakit2 apa. Dr sakap dah buka 3 cm. Dia tanya nak masuk ward ke? Aku sakap nak balik rumah sbb x sakit pun. Ok, dr bagi balik rumah tapi kalau sakit cepat2 dtg spital. So malam tu tido dgn lenanya.

Pepagi esok, rasa x sedap hati je, rasa nak bersalin hari tu je. So tengahari tu pegi check lagi. Dr sakap, dah buka 4 cm, mesti masuk ward. Aku x de rasa sakit apa pun. Pelik gak, tapi aku teringat doa aku hari2 minta Allah tak bagi sakit masa nak bersalin. Rupanya makbul doa kami. Alhamdulillah. So, dgn cuaknya, petang tu gi spital lepas anak2 balik skolah.

Sampai spital, relax2 dulu. Register bilik. Hmm, disebabkan dah set fikiran utk terima seadanya, aku x fikir benda lain, selain nak bersalin dgn selamat. Nurse yg jaga aku ada 3 org. wahhh, rasa special sgt sbb kebetulan x de patient dr kay yg bersalin hari tu. so all attention diberi pada aku. Sorang nurse buat VE. Dah buka 6 cm tapi x de contraction lagi. Pecahkan air ketuban. Meke  ckp air ketuban banyak sgt. Patot la perut aku beso semacam je. Hmm, tunggu jap. Check lagi dah 7 cm and still tak sakit. Baby bergerak normal, heartbeat normal. Aku mcm confuse, cemana nak push kalau x de contraction. huhuhu. Lepas tu nurse datang pasang drip dalam kol 8.30. Maka beberapa minit lepas tu, baru la aku rasa contraction yg makin kuat dan makin kuat. Mak aiiii, mcm nak tertanggal pinggang aku.

Pukul 9.10 mlm dr sampai aku dah tak tahan rasa nak push.  So aku push je tak tunggu2 dah. Sekali push terhegeh2 sbb dah lupa cara yg betul. Tapi dr sakap bagusss Nur, dah nampak kepala. Perghhh, dengor dr sakap dah nampak kepala, aku makin semangat. Nak putus nafas aku stop jap tunggu next contraction. Then pushhhhh lagi rasa kepala dah kuar sket. Aduyaii scary gilerr. Stop lagi amik nafas. Contraction yg ke tiga. Pushhhh, rasa kepala keluar .. Nafas nak abes dah tapi dr sakap sikit lagi sikit lagi. pushh nur jgn stop. So, aku pun curik nafas and push sekuat hati dgn jeritan terakhir. Sakitnya masa bahu baby keluar. Pukul 9.23, lahir la puteri kami :-)

Fuhhhh alhamdulillah.. Terus rasa semuanya legaaa. Dr keluarkan uri , proses jahit menjahit, bersihkan rahim, cuci baby dan alhamdulillah aku syukur sgt2 segalanya di permudahkan. Lepas azankan baby, encik suami pegi amik kakak kat rumah yg tgh tak sabar nak dtg hospital. petang tu dia ada aktviti kat skolah, tu yg x dpt ikut awal.

Aku berehat kat labour room dlm sejam n then nurse2 tu tolong pindahkan aku ke ward. Encik suami selesaikan urusan tanam uri dan antar anak2 ke rumah opah untuk satu malam since kami berdua tido kat spital.

Malam tu aku langsung tak leh tido sebab rengat. Alhamdulillah tempat jahit tak sakit sgt, cuma rengat lepas bersalin tu memang agak kiat. so aku decide untuk rest je and esok baru nak breastfeedkan baby.

Next day, doktor datang melawat and gtaw aku bole discharge sebab condition mommy n baby sihat. Yesss, alhamdulillah. Lagi buat aku happy, bil hospital yg sgt berpatutan dan dibawah budget aku. Alhamdulillah. Bole guna yg balance untuk hal2 lain.. So, tengahari tu, ma datang and kami balik ke rumah togeder2.

So lepas ni bermula la sessi pantang nampak untuk aku. ngeh ngeh ngeh...

Comments

Unknown said…
Maaf bertanya..berapa ye kos bersalin tu? Skrg tgh survey tempat bersalin. Tqia
Mizz N said…
Maaf sis .. saya baru baca komen .. Kos untuk 2 hari satu malam ialah RM1800 .. Memang murah sgt dibandingkan hospital swasta yg lain.

Popular posts from this blog

Kenalilah Ciri2 Hasad Dengki

How do you define Happiness??

Jangan Mengharap Pada Sesuatu Yang Belum Pasti