Sharing Is Caring

Assalamualaikum ollzs..

Hari ni dah 33 hari berpantang.. haha, selalu pantang nampak sebenarnya. Aku nak share sumthing yang mmg nak dishare dari sebelum bersalin dulu.

Tak semua couple yg da kawen nak anak. Yup, memang reality. A friend of mine ada beberapa org gitu. Sampai ke tua tak de anak sebab mmg tak nak. Pelikkan manusia ni. Yang x de anak, nak sgt anak. Yg maybe bole ada anak, tak nak pulak. Yg hubungan luar nikah, senang je beranak n campak anak sana sini. Tak termasuk mendera n bunuh anak. Yg dah nikah lama, tak dapat anak..

Bila tengok baby org, rasa mcm best je, mcm comey je kalau ada baby kan. Yup, itu yg aku rasa.

Seriously, nak ada sorang anak perlu kesabaran, kekuatan, kesihatan dan kewangan yg seadanya. Aku ibu pada 3 anak. Pernah besarkan 2 org anak kecik sendiri beberapa tahun.. Dah kawen duduk jauh dgn suami. Membesarkan 3 org anak dgn rezeki dan kekuatan yang Allah beri. so apa yg aku taip kat sini bukan sekadar meroyanz semata2..

Nak mengandung?? Nak anak?? Sanggup nak lalui benda2 ni?

1. Alahan mengandung
2. Tak selesa dan sakit awal pegnen
3. Cramp
4. Heartburn
5. Keletihan
6. Perut tegang n stretch mark
7. jaga anak2 yg sedia ada dalam keadaan tak sihat sepenuhnya
8. sakit kaki
9. sakit celah peha
10. false contraction
11. kene godek2 kat miss v tu
12. sakit contraction
13. sakit nak push baby
14. sakit kene episiotomy
15. sakit kene jahit
16. sakit rengat
17. sakit luka bersalin
18. sakit bengkak susu
19. kene pam susu tiap 3-4 jam
20. berjaga malam susukan baby dan tukar diaper
21. berjaga bila baby x mo tido
22. bertungku 2 x sehari
23.jaga baby kene jaundice
24. tempph nak baik luka yg sgt memenatkan

dan banyak lagi la yang kene dilalui pleh seorang ibu. belum masuk bab kalau baby tak sihat. hmmm... antara sebab org tamo anak ialah cabaran since pegnen lagi. yg tak de rezeki lagi tu lain citer.

Aku da 3 kali tempuh benda2 tu. Cuma the third one ni much better since dapat suppprt dari husband dan mak aku. Walau mak aku dah tak larat, dia usaha gak nak tolong sikit2 yg termampu. Aku berterima kasih pada mereka. And my 2 kids sangat2 lah bagus. Aku takkan jemu puji dan cakap yg baik2 pasal meke sebab meke memang terbaik. Alhamdulillah. Rezeki pegnen kali ni banyak sangat yg Allah mudahkan utk aku.

Apa2pun, sabar paling penting. Buat sesuatu dgn ikhlas dan kasih sayang. Tu lah tips dari aku. Kalau ikutkan hati, memang kompem aku nak tambah no 4, tapi kene realistik. Time2 ni biarlah aku fokus pada 3 buah hati mama n papa ni. Aku dah fikir betul2 sebelum pegnenkan si Nawra yang aku bersedia nak lalui benda2 as listed above. Sekarang cuma mampu berdoa agar Allah sentiasa kurniakan kami kesihatan yg baik, rezeki yg berganda, umur yg barakah serta hidup yg baik dunia akhirat.

Comments

Popular posts from this blog

Perjalanan Baby Aleesya - Birth Story at 38 weeks

Jangan Mengharap Pada Sesuatu Yang Belum Pasti

Projek Stage 2 ... Felt Bookmark