Terima Kasih Suami dan Anak-Anakku ...

When a child is born, a new mother will also born ....
Yup, so true indeed. Anak pertama, fasa belajar, anak kedua, fasa memahami, anak ketiga dan seterusnya fasa menjadi yang jauh lebih baik. Setiap kelahiran anak2 akan melahirkan a new version of motherhood. A better version ... My kids are my strength. Mereka juga guru dan cinta hati yang tak pernah pudar dalam hati aku. Indeed aku memang banyak belajar dari anak2 aku. Belajar dari kesilapan2 lalu dalam mendidik dan memberikan kasih sayang kepada mereka.

Menatap wajah mereka, membuat aku merasa sangat bertuah kerana punya mereka, pinjaman Allah yang sangat bernilai. Umur macam ni .. aku dah tak perlu berperang dengan perasaan sendiri untuk masa dan keadaan yang aku idamkan, sebab semua yang aku mahu dalam dunia aku yang sederhana ni kebanyakannya dah tercapai. Aku tak impipun nak jadi jutawan, cukuplah sekadar makan minum terjaga, bole bercuti2 dgn family, ada simpanan sedikit untuk diri sendiri dan anak2, pendidikan dan hal2 keagamaan untuk anak2. More than enuf. Alhamdulillah. Ada keluarga yang penuh kasih sayang, rezeki yang sederhana, more than enuf for me :-)

Seriously, tak de rasa bersalah, tak de rasa terkilan sebab hidup tak sama macam dulu. Nak keluar kene fikir dulu sebab baby tecik lagi. Tu pun dah merata aku bawa si kenit tu, even without my hubby but of course dengan keizinan encik suami. We had our great time together. Lepak2 kat kopitiam, berlari-larian di taman layang2, shopping toys, baju dan segala bentuk kegembiraan dikongsi bersama. Setiap masa cuti aku penuhkan dengan aktiviti2 bersama family. Sebolehnya kami sentiasa mahu melihat anak2 membesar di depan mata kami selama mungkin. Cepatnya masa berlalu... kakak dah jadi anak dara, abang dah mkin membesar dan sikenit dah 3 bulan lebih. Tu pun aku masih peluk, cium dan gomol si kakak dan si abang, as if they will always be my babies. Sikenit jangan cakap la. sepanjang masa kene gomol sebab sangat2 comellllllll. Waktu bangun tido, sikakak dan siabang mesti request massage dari mama ... selagi tak massage belakang dan bahu, meke takkan bergerak dari katil. Aku dengan senang hatinya melayan request mereka. Lepas massage, aku akan geletek2 meke sampai meke ketawa ... Yesss... aku nak nikmati saat2 ni sebelum ditakdirkan aku menutup mata suatu hari nanti.

Ya Allah, kurnikanlah kami sekeluarga rezeki yg berganda dan barakah setiap hari, iman yg bertambah, kejayaan yang besar, kesihatan yg baik, imam yang benar ... Matikanlah kami dengan kalimah la ila haillallah, dalam keadaan husnul khotimah.. ampunkan segala dosa2 kami, dosa ibubapa kami dan dosa ahli keluarga kami ... tempatkanlah kami ke dalam syurgaMu ... ameen

Comments

Popular posts from this blog

Kenalilah Ciri2 Hasad Dengki

How do you define Happiness??

Jangan Mengharap Pada Sesuatu Yang Belum Pasti