Me .. Home Made Jamu..

Encik suami bawa balik madu lebah ori sebab isteri dia gedik2 tak sabar nak buat jamu home made. ekekeke ... Member opis yang makan jamu tu nampak makin kuruzz n muka glowing2 gittew. Tu yang tazzabar2 nak try. Kebetulan, kawan dia baru dapat sarang lebah tualang yg penuh madu (dapat 2 balang) .. so rezeki kami la dapat yg ori. Memula ingat nak beli madu biasa kat giant tu je, tapi kalau nak buat jamu ni sebenornya sangat elok guna yg ori. Nak tau sebesedikit pasal Madu lebah tuang ni .. jom baca ok.

Madu Lebah Tualang merupakan madu lebah Asli “Natural” bersumber dari nektar bunga hutan yang sangat misteri lalu dikumpulkan dan di olah menjadi madu lebah oleh lebah liar hutan, Apis Dorsata. Keistimewaan dan khasiat madu lebah ini sangat tinggi kerana nektarnya terdiri dari pelbagai jenis bunga hutan alam nusantara (poliflora) sehingga komposisi gizi, rasa, warna dan aromanya lebih kompleks dan unggul dibanding madu lebah yang berasal dari lebah ternak yang bersumber dari satu jenis bunga tertentu sahaja (monoflora).
Biasa bagi kaki tualang  akan keluar lepas subuh untuk masuk ke hutan berhampiran kampung yang memakan masa 1 hingga 2 jam jalan kaki untuk sampai ke destinasi (Pokok Tualang).
Bukan kerja yang mudah mencari madu lebah tualang ni, pokok ini besarnya dua tiga pemeluk, tingginya berpuluh kaki. Memerlukan kemahiran dan kepakaran untuk mengambilnya. Ikut rezeki kalau dapat yang pekat gelap, itulah rezeki hari itu. Kalau yang cair terang itulah juga rezekinya untuk hari itu. Ni la rupanya sarang lebah tualang. Aku da penah tengoh live pokoknya memang tinggi gilerr..

http://www.anakulucheka.com/wp-content/uploads/2014/07/madu-pokok-tualang.png

Nak buat jamu ni ramuannya simple tapi cara agak leceh ... kene bersabarrrr bnyk2 ok.. Bau menyakitkan hidung satu rumah ... tapi hasilnya .... jeng jeng jeng ...



Jamu ni makan 1 sudu sehari je .. function untuk reduce cholestrol, cantikkan kulit, kesihatan dalaman dan sebagainya ... tapi tak de function utk merapat n mengetat bagai ok ... muahahaha ... hari ni hari ke empat aku minum, masih dalam proses pengeluaran toksid ..pening2, rasa mcm nak demam and berpeluh2 .. tu la, lama tak erobik, makan suka2 hati, mana tak banyak toksid. Kita tengok hasilnya lepas sebulan ..ngeh ngeh ngeh ..











Comments

Unknown said…
salam....mcm mne nk buat Jamu tu?

Popular posts from this blog

Kenalilah Ciri2 Hasad Dengki

How do you define Happiness??

Jangan Mengharap Pada Sesuatu Yang Belum Pasti