Me .. Niat Baik .. Balasan Pun Baik

Cuti 3 hari, dimanafaatkan bersama anak2 dan suami tersayang. Tak lupa juga aktiviti menjenguk ibuku untuk bertanya khabar. Hari Sabtu malam, anak2 dan encik suami ke Dataran Merdeka for Merdeka Celebration. Bonding time with kakak n abang. mama dengan sikenit duk rumah je sebab sikenit kalau nak tido mesti nak katil empuk dia tu jugak. Bukan main seronok lagi abang dengan kakak dapat merasa sambutan merdeka first time in life. Kebetulan ada pulak live concert dengan retis2 yg meke minat. Lagi la berganda seronok.
Hari Ahad, keluar lagi ..makan2 .. beli2 barang rumah .. and balik rumah bergotong royong mengemas. As usual yang paling beria2 ialah mama dan papa. Kakak dengan abang angat2 taik ayam. Sampai hari ni tak siap kemas bilik.
Hari Isnin, keluar lagi. Bonding time for the whole family. We all pegi KL Festival City je. Tempat favourite tu. Makan kat BBQ Korean Food ... Kakak dgn abang nak tengok wayang ..mama dengan papa nak bercinta .. kikiki.. Sambil2 makan tu sikenit nak tido, seperti biasa la dia punya jerit satu restoren bingit teling. So, aku pun bawa la dia round2 tengok kedai2 area situ. Sebut pasal niat baik .. aku lalu kat kedai Habib and Tomei .. Cantik2nya barang kemas kat situ. Aku prefer Habib sebab dia jual banyak emas kuning. Dalam hati aku terus terdetik.. kalau ada rezeki, satu hari nanti nak belikan bondaku gelang cantik... Tapi sekarang tak mampu lagi ...

Lepas makan2, kami anta abang n kakak pegi movie .. mama, papa and adik balik rumah. Sampai2 kat rumah, baru sedar kunci pada kakak ... huhuhu... tengok kat hp ada 8 missed call dari bonda. alamak... ada emergency ke... tak dengar langsung sbb volume pelan sangat. aku pun return call... Bonda suruh datang rumah amik adiah untuk Nawra ... jeng jeng jeng ... mak aiii, opah beli rantai emas untuk Nawra. Terus aku teringat niat aku tadi .. Ya Allah, besarnya kuasaMU .. Baru je niat, belum beli pun lagi, Allah dah balas dengan yang hampir sama. Syukur alhamdulillah. Terima kasih Allah.. Sayang sangat opah pada cucu dia ni. Cantik sidebab pakai rantai, tapi aku kene tanggal sebab takut kene tarik dgn budak2 kat nursery.



Aku citer kat encik suami... baru je niat nak beli untuk bonda, Allah dah bagi adiah in advance .. Niat baik, Allah terus bagi balasan baik... terharu sangat rasanya.. Terima kasih Allah ...





Comments

Popular posts from this blog

Kenalilah Ciri2 Hasad Dengki

How do you define Happiness??

Jangan Mengharap Pada Sesuatu Yang Belum Pasti