Apa Yang Allah Tentukan Pada Kita, Akan Tetap Untuk Kita

Assalamualaikum hai semua ♥️

Cuti panjang. Umur2 gini seronok duk rumah. Kalau nak jalan, jalan yang jauh2. Takat nak meronda kat shopping mall, kita bagi kat orang2 muda. Hajat nak mengemas, tapi golek2 peluk bantal lagi best. Hahaha

Sebenarnya kan harini ada satu cerita. Pasal 4 cincin emas yang aku dah berbulan tak jumpa. Jenuh mencari, and sebab tak cari kat tempat yg sepatutnya, maka tak delah berjumpa. Akhirnya aku redha. Selalu sebut dalam hati, kalau memang cincin tu Allah nak panjangkan lagi pinjaman pada aku, pasti akan jumpa dan ada rezeki someday. Jika memang ditakdirkan bukan jadi hak aku, tak apa, semoga Allah gantikan dengan yg lebih baik. 

Harini terpanggil untuk cari kat tempat yg tak pernah aku cari sebelum ni. Punggah keluar lah kotak2 brooch, assessories dan sebagainya satu per satu. Tiba2 nampak satu box ni dalam keadaan terbalik. Bila angkat .. wahhhh rezeki tanpa di duga. Cincin2 tu kat situ rupanya. Elok berkilau. Alhamdulillah, syukur pada Allah. Dekat setahun jugalah tak ketemu. Ada satu cincin tu hadiah dari anakanda, tu yg aku sayang sangat tu. 

So korang yg mana ada misplace barang berharga ke, duit ke, jangan putus harap. Berdoalah selalu kerana apa yg Allah dah tentukan intuk kita akan tetap datang pada kita begitu juga sebaliknya. Gila tak sayang kan especially something yg kita dapat dari anak dan usaha yg Allah redha.  Sambil2 menaip, sambil2 melayan anak dara ni melukis, main game. Kesian budak2 sekarang. Nak main kat taman pun tak selamat. Duk rumah ajelah.


Semoga semangat kemas rumah datang merasuk harini dan esok. Huhuhu .. 

Babaiiii .. semoga kita disayangi Allah dan mereka yg menyayangi Allah serta RasulNya.




Comments

Popular posts from this blog

Kenalilah Ciri2 Hasad Dengki

How do you define Happiness??

Jangan Mengharap Pada Sesuatu Yang Belum Pasti