Nikmati Setiap Rezeki

Assalamualaikum u ollzz ..

Seminggu ni tekak teringin sangat nak makan ketam. Pastu anak dara teringin nak makan lobster. Akibat selalu tengok seafood mukbang la ni. Pergi ke Jusco tadi ada rezeki nak beli dua2 tu. Mula2 nak beli mud crab tapi saiz kecik nau, so belilah ketam bunga 3 ekor. Harga boleh tahan RM21 se ekor. Teringin punya pasal kan. 




Lobster tu rebus dulu sekejap and masak mcm chinese style dgn garlic n chili oil buatan sendiri. Boleh la untuk lepas tekak sendiri and tekak anak2. Ketam masak chilli tapi lupa pulak nak amik gambar tadi. Dah masuk perut dgn jayanya. Lobster ti sebab frozen punya, rasanya kurang sedap berbanding yg makan kat sabah tu. Tapi boleh la buek ghaso-ghaso kan. 

Sekarang ni kan, bila anak2 dah besar, tiap kali tekak rasa nak makan apa, aku beli aje. Dulu masa anak kecik berkira juga kalau nak beli yang harga lebih sikit. Fikir nak simpan duit untuk kegunaan untuk besarkan dorang. And masa tu gaji pun ciput aje, ramai yang perlu dibantu. Sekarang rezeki bekerja masih Allah bagi pada kami. Anak2 pun dah makin besar, makin banyak belanja tapi still manageable. Alhamdulillah. Korang2 pun, kalau anak2 dah besar, selalulah bagi self reward pada diri sendiri. Umur kita pun tak tahu sampai bila, so ada rezeki yg Allah bagi, nikmatilah. Jangan duk pulun kumpul harta sampai satu masa Allah uji dengan sakit dan mcm2 lagi, masa tu dah tak best mana nak pegi jalan2 ke, makan sedap2 ke. And duit yg tinggal akan dihabiskan orang lain. Nikmati hidup sebaiknya.

Lagi satu, dalam hidup ni kita mesti seronok tengok kegembiraan dan kejayaan orang lain. Inspirasi untuk self development dan kehidupan yg lebih baik. Kena expose diri dengan mcm2 ilmu selain cikgu tiktok dan social media. Ni tak, asal orang post apa2 yg buat dorang happy, kita fikir nak menunjuk la, isti'raj la,belagak la .. no no no tak baguzzz ya. Last2 kita sibuk nak betulkan orang dan nak org betulkan diri dorang, kita yg maintain tak betul till .... Bila kita gembira dgn kejayaan orang lain, insyaAllah pintu2 kebaikan akan terbuka untuk diri kita. Aku kan bila tengok org berjaya, mmg rasa happy dan teruja nak tahu macamana dorang boleh sampai ke tahap itu. 😍



Ye betul .. kita ni kalau orang yg nak tengok sangat kehidupan kita susah, sengsara dan sebagainya, kita hadiahkan mereka dengan kejayaan dan kegembiraan from time to time supaya mereka tahu kuasa di atas sana Maha Hebat. Dorang ni interested sangat dengan kehidupan kita yg biasa2 ni, kan. Nampak nau kehidupan dorang perlu overhaul tapi tak overhaul sbb sibuk nauu dgn hidup org lain .  😂😂😂. 

Kalaupun Allah uji dengan kesusahan, insyaAllah kita mohon dipermudahkan, kita mohon diberi kebijaksanaan. Nikmatilah segala rezeki, ujian sebaiknya. Kita bukanlah orang baik, tapi kita usaha dan nak jadi baik. 

Semoga kita disayangi oleh mereka yg menyayangi Allah dan RasulNya 

 


Comments

Popular posts from this blog

Kenalilah Ciri2 Hasad Dengki

How do you define Happiness??

Jangan Mengharap Pada Sesuatu Yang Belum Pasti