Terima Kasih Yang Tak Terhingga Wahai Diri Ini. Selamat Tahun Baru 2024



Assalamualaikum semua ♥️ 

Tahun 2023 dah almost menutup tirai. Alhamdulillah pelbagai kenangan manis, kejayaan, rezeki yang Allah bagi pada tahun ini yang pastinya menjadikan aku manusia yang lebih beringat 5 perkara sebelum 5 perkara. Aku nak mulakan tahun 2024 dengan ucapan syukur, terima kasih pada Allah dan terima kasih pada diriku sendiri. Kita selalu ucap terima kasih pada orang lain, tapi kita kerap lupa untuk berterima kasih pada diri sendiri. Diri kita yang telah banyak mengharungi realiti kehidupan dengan parut luka dan kebahagiaan yang bertukar ganti. Perjalanan kehidupanku mungkin tak semudah orang lain. Mungkin ada orang selesa dgn kehidupan yang statik supaya tak penat, pening dan lelah. Kejayaan tak ada yang percuma, semuanya perlu dibayar mahal dengan usaha, doa, kebijaksanaan dan kesungguhan yang berterusan..Aku dah terbiasa berusaha keras untuk dapatkan sesuatu yang aku impikan, Dan anugerah dari Tuhan, aku dapat lebih dari apa yang aku impikan. 

😍😍😍 Terima kasih pada diri ini, kerana kuat dan tabahnya mengharung gelombang hidup. Memilih kasih sayang dan positive vibes sebagai semangat untuk bangun setiap hari. 

😍😍😍Terima kasih pada diri kerana berusaha dari sekecil2 usaha hingga sebesar2 usaha untuk jadi yang lebih baik dari segi kerjaya, ilmu, akhlaq dan iman.  

😍😍😍 Terima kasih pada diri ini kerana langsung tidak tunduk bersama kejahatan dan kebencian oleh mereka yang tak pernah cermin diri.                                  

😍😍😍 Terimakasih pada diri ini kerana sentiasa berusaha mengukir kejayaan demi kejayaan, meletakkan diri jauh lebih di atas tanpa runsingkan kehidupan dan kegembiraan orang lain. 

😍😍😍 Terima kasih pada diri kerana sentiasa kekal sederhana dalam memenuhi kemahuan diri tanpa meletakkan kayu ukur dibadan orang lain. Bahagia cara kita.

😍😍😍 Terima kasih pada diri kerana sentiasa steady dalam banyak keadaan dan tersenyum melihat kebodohan demi kebodohan orang lain tanpa turut jadi bodoh sama.

😍😍😍 Terima kasih kepada diri kerana berjaya mendidik hati untuk menerima kelebihan dan kekurangan orang lain sedikit demi sedikit demi ukhwah yang berpanjangan. 

Dah tentunya, segala kebaikan dalam diri semua dari Allah, dan segala kelemahan adalah dari sifat manusiaku. Allah yang menjentik hati kita untuk segala kebaikan .. Allah yang gerakkan lidah kita untuk berkata baik .. Allah yang pegang hati kita untuk sentiasa istiqamah. Allah yang gerakkan hati kita untuk sentiasa cermin diri. Aku manusia yang banyak dosa .. namun tetap memohon Allah bantu uruskan kehidupanku sebaiknya dan bersama2 aku untuk menjadi manusia yang lebih baik, insyaAllah. Terimakasih Allah atas segala rezeki wang ringgit,  kebahagiaan, kedudukan, kasihsayang insan sekeliling yang telah Kau beri selama ini.

Untuk tahun ni, perancangan untuk improvement dan kejayaan baru dah berderet. InsyaAllah buat semampunya. Semoga terus istiqamah, terus menjadi "Nur" dihati ramai. Semoga Allah sentiasa menarik aku kepada kebaikan, kasih sayang dan redhaNya.

Bagaimana dengan kawan2 semua? Sudahkah kalian ucapkan terima kasih pada diri sendiri???

Comments

Popular posts from this blog

Kenalilah Ciri2 Hasad Dengki

How do you define Happiness??

Jangan Mengharap Pada Sesuatu Yang Belum Pasti