Fail to Plan .. Plan to Fail ??

Tolongggg ... tolongggg ...tolongggg

Perut penuh hari2 dengan makanan raya. Aduhaiii stress akak ni ha. Hari2 ada jemputan jamuan raya. weekend pula full schedule kenduri dan program. 😭😭😭😭😭. Bukan tak bersyukur .. syukur sangat2 dapat makan sedap2 sokmo, cumanya akak ni bukan boleh makan macam orang lain, makan 2 kali sehari pun badan boleh jadi peti ais 2 pintu. Ghisauuu ... ghisauuuu. Ghisau makin comel nanti. Bukan ape kan. Makan kena kawal especially umur2 muda macam akak ni, sebagai usaha dari diri sendiri untuk elak penyakit. At least kita usaha kan. Kalau ditakdirkan Allah nak uji dengan penyakit, kita tak adalah rasa ralat dan menyesal since kita dah usaha semampu kita. Benda yang paling mahal dalam hidup ni ialah jiwa yang tenang dan kesihatan yang baik.

Cakap pasal kesihatan ni kan, aku memang bermotivasi tengok senior2 aku yang bersara dalam keadaan yang sihat, dan yang sakit pun bila dah bersara jadi makin sihat. Makin bermotivasi aku nak bersara lebih awal dari umur yang aku pilih. Seriously aku kagum tengok dorang ni walau umur dah lebih 60, masih aktif ke sana sini, masih boleh ke oversea lama2. ohh bestnyaaaa. Ada sorang tu, muka dia jauh lebih muda dari masa dia kerja dulu .. Ceria, sihat, etc. Bila ditanya, dia kata dah tak stress, pening kepala fikir hal2 ofis, cuma fikir urusan rumah dan sekali sekala tolong anak2 yang masing2 dah besar. Masa banyak untuk upgrade diri sendiri. Wahhhh best kan. Korang doakanlah aku diberi kecukupan yang cepat, supaya aku pun boleh bersara lebih awal tanpa kena meminta-minta dari orang lain. Aku rasa jiwa aku sekrang lebih kepada menyediakan diri untuk bersara lebih awal. Rasa seronok bila dapat cuti lama, berehat, buat benda yang aku suka selalu. 

Bagi orang2 muda, rancanglah sebaiknya dari sekarang supaya korang boleh berehat paling lewat pun umur 50 dengan kecukupan dan kesihatan yang baik. Antara tips yang korang boleh praktikkan ialah sepertimana yang dikongsi oleh MStar ni.

1) Bajet dan rancang kewangan

Semak gaji dan perbelanjaan setiap bulan. Bahagikan duit anda mengikut keperluan, hutang, pelaburan dan simpanan.

2) Melabur awal

Asingkan duit anda untuk pelaburan seperti ASB, emas atau saham.

Melabur awal adalah salah satu cara untuk membantu kembangkan duit anda.

3) Tetapkan matlamat jangka pendek dan panjang

Tetapkan matlamat jangka pendek seperti mahu membeli kereta, rumah dan sebagainya, dan matlamat jangka panjang (bersara) untuk perancangan yang teratur.

4) Jana pendapatan pasif

Cari peluang untuk meraih pendapatan tambahan secara sambilan seperti buat bisnes mengikut kemahiran masing-masing, menyewakan aset seperti rumah atau kereta.

Duit lebihan boleh disimpan untuk pelaburan.

5) Urus hutang dengan bijak

Usaha untuk menyelesaikan hutang beberapa tahun sebelum merancang untuk bersara.

Elakkan berbelanja secara berlebihan dan menambah hutang besar.

6) Bina dana kecemasan

Dana kecemasan dapat membantu melindungi kewangan anda daripada 'tergelincir'.

Seeloknya, sediakan dana kecemasan ini menyamai kadar pendapatan bulanan yang anda peroleh untuk tempoh tiga hingga enam bulan gaji.

Contohnya jika gaji anda RM5,000 sebulan, dana kecemasan ini sekurang-kurangnya berjumlah RM15,000 - RM30,000


Pelan persaraan ni memang sangat penting ya adik2. Bak kata omputih, if we fail to plan, we plan to fail. Nak masuk syurga pun kena ada plan dan tindakan betul kan. Hidup kita ni ujian dan nikmatnya berbeza2 .. Jadi perancangan kita pun kena lah ikut situasi kehidupan kita, bukan pukul rata untuk semua keadaan. Kita mampu merangcang sebaiknya, berusaha sebaiknya dan lain2 tu serah pada Allah. Mohonlah pada Allah supaya kita kekal sihat, mampu menguruskan diri sendiri sebaiknya dan dijauhkan dari sebarang bentuk musibah, insyaAllah.

Barakallahu fee kum




Comments

Popular posts from this blog

Kenalilah Ciri2 Hasad Dengki

How do you define Happiness??

Jangan Mengharap Pada Sesuatu Yang Belum Pasti