Ramadhan Mubarak

Assalamualaikum  semuaa...

Ramadhan datang lagiiiiii... Bulan yg paling aku suka sebab dapat turunkan kilo dan inci lebor, bukan panjang hokeh... So, aku nak wish kat semua, Ramadhan Kareem walaupon hari ni dah hari ke enam poser. Semoga kita semua melalui ibadah poser kali ni dengan penuh rasa kesyukuran, cinta pada Allah SWT..

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar so far .. Aku, suami dan anak2 memang seperti biasa. Memandangkan suami aku ni penyabar tahap maksimum, kitaorang tak pernah bergaduh since nikah ni .. Majuk2 manja pun tak der since tak der sebab nak marah dan majuk walaupun kekadang dia usik2 aku supaya marah, aku relax buat bodo jer ...last2 dia give up ..muahahaha... Org berpengalaman ni susah nak kalah :P

OK berbalik pada kisah poser ni .. aku tahun ni hari2 la kene masak utk berbuka dan sahur. Anak2 dah makin membesar, kuat makan, kuat cakap pot pet pot pet tah gen sapa la yang meke ikot ...hahaha .. siap demand menu lagi tu. Untuk pengetahuan uolss, aku, suami dan anak2 menyambut hari pertama poser kat kampungku ... seronotttt beronot2 tawww ...Sian kat mak aku sebab 2 kali sahur kat sana aku asyik terbabas tido tak hengat ... Haaaa, aku taw apa yg korang pikir, tapi kejadian sebenor tak sampai tahap tu ... wahahahaa... so mak aku la kat dapur sensorang menyiapkan lauk makanan sahur .. Semoga Allah sentiasa merahmati hidup ma :-) .. And tugas aku ialah mengemas, basuh pinggan, menyapu lepas sahur ... Apa yang penting ???? Kerjasama!!! Balik KL, aku la yang kene prepare seme tu..padan muke ..hahaha.. Untuk pengetahuan korang, tiap hari org yg mengejutkan aku bangun sahur ialah suami aku. Kalau dia tak kejut, alamat terbabas la hari2. Kol 4.30 pagi dia mesti akan call punyer utk mangun sahur ... Sememehkan aku neh... Yer la.. penat woooo ... anak aku tuisyen sampai kol 11 malam baru balik .. Pas tu aku nak halkan rumah lagi, pas tu sms, calling lagi .. tido pon 2-3 jam jer ...huhuhu. Lagipon itulah antara tugas suami kan .. menggerakkan isteri untuk beribadah ...hikhikhik...

Anak2 aku lak ... memang tabik spring toink toink kat meke ... Poser dgn jayanya dah 6 hari ni walaupon ada rengek2 sket. Syukur alhamdulillah, walaupon aku bukan ustazah, aku mampu didik meke dgn hal2 basic setakat neh. Sekarang ni meke tgh melepek tido lepas berbuka tadi... sian nengoknya. Cadangnya wekend ni nak start buat kuih raya. Tapi tatau la berjaya atau tak. Dah lama benor aku tinggalkan pembuatan kuih2 ni. Tahun ni nak wat utk diri sendiri n family jer.. tu pon tak start2 pon lagi.

Ok lah, aku nak sambung halkan kain baju yg berlonggok tak berlipat. masa2 gini la aku impikan washing machine yg boleh basuh baju sampai siap lipat terus ....huhuhu

Comments

Popular posts from this blog

Kenalilah Ciri2 Hasad Dengki

How do you define Happiness??

Jangan Mengharap Pada Sesuatu Yang Belum Pasti