Me ... From Fraser With Love ... Mwahhhh ...

Posting yang agak outdated .. dek kebizian dgn family
Alhamdulillah, Allah beri rezeki untuk cuti2 Malaysia lagi. Tak jauh mana pun.. Fraser Hill je.
First time jejakkan kaki kat sini. Suka sangattttt, sebab tempat cantik, tak crowded dan sejukkk.
Bertolak dari KL pukul 11, ikut hiway plus.. keluar kut rawang then terus ke Kuala Kubu Bharu..

Lalu kat empangan Kuala Kubu Bharu. Sadisnya tengok level air yg sangat kronik. Masa tu dah start catuan air kat Selangor..

Actually tak de la jauh sgt nak ke Fraser, tapi disebabkan ikut jalan biasa yg banyak traffic light dan lori2, so jadi slow.. Bila sampai kat atas, benda pertama yg nampak ialah encik jam roundabout. Hotel kami pun dekat roundabout ni je. yippiiiiieeee.....



Sampai2 je, semua kepenatan kecuali anak2 aku termasuk sikenit tu...
Meke ajak aku jalan2 kat luar sambil menikmati cuaca yg amboi2 enak, amboi2 enak ...
Layankan ajer permintaan dorang. Papa kepenatan sebab marathon drive Tmn Negara - Kuantan-Taman Negara-KL-Fraser Hill. So aku kasi chance dia merehatkan badan tanpa gangguan.
We all lepak2 minum kat Mimi Strawberry Restaurant. Harap maklum, makanan rasanya hampehh. Tak sedap langsung.. Dah penat berlegar2 kat sekitar jalan, we all pun balik ke bilik. Rasa agak penat and nak zzz, tapi si kenit sikit meragam.

Tak sampai dua jam, kakak dan abang dah bising laparrr...laparrr... Ya Ampunnn, baru je makan tadi dah lapar balik. Demi anak2, aku pun siap2 and turun bawah. Encik suami masih pengsan kepenatan. tak pe, tamo kacau dia tgh tido sbb mlm nanti shift dia lak jaga baby.. huhuhu... \
Makan kat hotel je punn. Nak drive takut sebab tempat baru dan tak familiar. Moreover, cuaca dah gelap. Tapau untuk encik suami, anak2 enjoy makan kat situ. Lepas makan, encik suami turun bawah maybe sbb boring tinggal sorang. So, kitaorang lepak kat cafe and lepas tu main carom 4 orang. Sangat2 happening especially bila kakak dgn abang tak puas hati bila salah sorang berjaya masukkan buah carom tu... Then kitaorang jalan2 kat roundabout and tepi padang golf. Jalan kaki je sbb dekat. Bestnyaaaa, dgn kabus, cuaca sejuk ...

ok ... masa untuk tido selepas berhempas pulas mendodoi sikenit yg mengamuk ...

                                                                            Day 2

Breakfast dulu .. then pergi ke tasik .. wahhhh, kat Fraser Hill ada tasik. Yupp.. ada 3 benda boleh buat kat sini iaitu boating, bagi ikan makan dan main belon atas air ..
Ni la rupanya belon tu... sekadar gambo hiasan


                                  

Aku nak tangkap gambo x bole sebab cuaca buruk .. baru je main dah hujan turun dgn lebat. So, tunggu sampai ujan reda baru anak2 aku main belon tu. dah macam org sewel je aku tengok semua yg duk main belon tu. Tergelak2 sebab macam hamster tergolek2 kat dalam tu. Rentalnya agak mahal ye RM 15 untuk 10 minit. Kakak dgn abang merengek2 nak tambah masa, tapi aku tak bagi .. muahahah
Lepas main belon, kakak naik bot dgn papa. Cisssss, patotnya mama yg naik bot kayuh dgn papa.. Tak pe lah, mama tolong jaga beg je .. huhuhu

Lepas berjimba kat tasik ... we ollz pegi tempat tunggang kuda pulak .. Fee rm 10 hengget satu pusingan. merasa la kakak dgn abang naik kuda. Nawfal cakap dia rasa nak tepuk bontot kuda tu bagi lari laju. hahaha..

Ni la tempat untuk horse ride.. Nyibuk je stroller tu nak masuk gak dalam gambo.

Abang yang keletihan lepas menunggang kuda. hahaha .. letih la sangattt ...

Dah berkuda, kita memanah pulak ...wahhh, aktiviti yg Rasulullah SAW suka kan .. kita disuruh ajar anak2 kita 3 perkara... berenang, menunggang kuda dan memanah ...

Yang ni pulak tempat memanah ... Aku shoot dari atas je sebab kawasan ni bertangga, tak bole bawa stroller
Cuaca sikit gerimis ..papa, kakak dan abang duk bizi memanah. Mama bizi tidokan adik yang baru lepas menjerit. Suka menjerit la si kenit ni. Pantang dia kalau lambat bagi susu.. Menjerit tak hengat. Begini la jalan kalau bawa baby dan anak2 .. Kene banyak bekerjasama supaya semua akan happy :-)

Penat memanah (kununnn) we all pegi makan kat food court tepi junction. Sedap gak makanan kat kedai tu. Manusia punya la ramai kat situ. We all makan western food ... dah abes makan, anak2 aku nak makan roti pisang cicah coklat pulak ... Baru je lepas hentam lem chop dgn ciken chop .. dah lapor balik. Heran bin ajaib betul abang dgn kakak ni... Dah la nasi goreng aku pun deme kebas .. lagi heran kann ... hahaha

Petang tu we all balik hotel. Anak2 aku nak main2 kat area hotel tu sbb ada ramai orang kat situ tengah lepak2. So aku, baby dan encik suami naik atas. Baru je naik, sikenit ni jerit lagi nak gi jalan. So, encik suami bawa dia turun and aku lepak berehat kat bilik sementara dorang seme bersukaria kat luar tu.

Dinner kat hotel je. Malas nak kuar lagi... lepas dinner, anak2 aku ajak gi kedai beli biskut. Borong biskut sepelastik beso. Nasihat aku, kalau korang nak beli biskut, beli la dari rumah je. kat Fraser Hill mahal. Aku ritu tak sempat nak shopping sekut n air kotak sebelum pegi.

Day 3

Alahaiiiii.... dah nak balik ke? Boringnyaaaa. Cepat sangat masa berlalu. Hari last and hari utk shopping souvenir. Sekarang ni jalan2 kene bajet sket. Beli souvenir untuk kwn baik anak2 aku, then t-shirt je. Tak yah la nak beli key chain bagai.. Asal ada sesuatu kenangan dah cukup ... Lunch dulu kat sini, then gerak turun.

Otw jalan agak bizi kat hiway. Sikenit tido lena, tapi dalam kul 3 dia jaga and start ngamuk... susu lak abes .. oomaigaddd... berhenti emergency tepi hiway utk prepare susu... Tu la si kenit ni aku bagi direct tamau, nak botol gak. Kene pam dulu baru bole minum ... Syukur la sempat mendiamkan amukan sikenit. Papa dah panik, tak penah dengar baby nangis kuat mcm tu sebelum ni. hahaha ...

Sampai KL lepas Asar gitu ... Seme kepenatan and zzzzzz kecuali aku dan encik suami sbb si kenit ni jaga pulak. Aku gilir2 la dgn encik suami and dapat zzzzz dengan tenteram lepas si kenit zzzzz

Ni la hotel tempat kitaorang menginap. Kitaorang dapat free upgrade dari standard ke Family Room sebab beramah mesra dengan sales managernya masa Matta Fair ritu. Alhamdulillah, rezeki

View waktu malam

Comments

Popular posts from this blog

Kenalilah Ciri2 Hasad Dengki

How do you define Happiness??

Jangan Mengharap Pada Sesuatu Yang Belum Pasti