Me .. Panggilan Umrah ...

Semalam adik lelakiku bersama isteri dan ibu mertuanya bertolak menunaikan umrah ...
Seronoknya dalam hatiku dan agak sedih kerana tak dapat pergi sama. Dulu kami pernah bincang untuk buat umrah sama2 .. tapi since aku ada sikenit tu, kena la postpone buat seketika.
Cuma dalam hati memang melonjak2 nak pegi. ku gugel pasal couple yg bawa baby kecil pegi umrah. Rupanya ramai je yang bawa and mereka semua bagi komen yang positive .. tak susah pun kata mereka. Siap ada yang share checklist untuk baby kat sana. Kata mereka, fikir positive dari awal, insyaallah, yg datang juga positive.

Ni yg buat perasaan bergelora sangat. Memang aku tak sabar nak kesana. Kalau aku pegi, hajat dihati nak bawa semua. Ya Allah, kau telah buka hati kami untuk menjejakkan kaki kami disana. Aku doa semoga kau beri rezeki yang berganda dan kelapangan kepada kami untuk menunaikan umrah sekeluarga. Aku tak rasa excited nak berjalan ketempat lain selagi hajat utama aku masih belum tertunai. Bila ku gugel, baby yang usia bawah 2 tahun juga mereka charge harga tapi tak lah sebanyak orang dewasa. InsyaAllah, samada akhir tahun depan atau dalam tempoh dua tahun, akan kami usahakan.. ameenn...


Ya Allah, nak menangis rasanya tengok gambar ni ....

Comments

Popular posts from this blog

Kenalilah Ciri2 Hasad Dengki

How do you define Happiness??

Jangan Mengharap Pada Sesuatu Yang Belum Pasti