Me ... Merawat Baby Batuk dan Selsema

My baby dah sebulan lebih kat nursery. Aku hantar awal dari tarikh aku start keje supaya dia ada masa untuk adapt dengan surrounding dan untuk dia bina immune system better.

Kat nursery since 2 minggu lepas semua budak2 idung tengah meleleh hingus hijau ...batuk2
Aku memang la risau dgn Nawra. Baru 3 bulan kuttt ...
Mampu ke dia jadi lebih kuat dari abangnya dulu yang selalu keluar masuk hospital.
Last week, ada satu malam dia bersin 3 kali .. bunyi hingus dalam hidung ..
Pagi esoknya bersin lagi and  kuar hingus yang bikin aku risau. Well, mommies out there ..  Aku nak share cemana penjagaan aku pada baby yang kena selsema and batuk ni. nak prevent memang la susah sebab kat nursery tu semuanya selsema.

ok .. yang pertama .. kenalpasti samada bersin tu sebab hidung gatal ke atau memang selsema. Kalau setakat bersin biasa, no harm, malah sangat bagus. same goes to batuk. kadang2 kita orang dewasa ni pun sekali sekala ada batuk2 biasa... Nasihat doktor, antara selsema dan batuk, rawatlah selsema dulu. Sebab bila selsema tak baik, akan melarat jadi batuk. Since baby aku baru nak masuk 4 bulan, aku tak prefer untuk suap ubat. So mommies ... apa yang aku buat ialah;

1. Beli penyedut hingus .. ni la rupanya. Bila baby sumbat hidung, sedut keluar hingus yg cair tu


2. Masa mandi, pastikan mandi air suam dan elakkan dari menjirus air kat kepala baby. Just sapu2 je air suam kat kepala baby and usap pada muka

3. Lepas mandi cepat2 keringkan bahagian kepala dulu and balut baby dgn towel. Makesure baby kering betul2 sebelum pakai baju


4. Lepas pakai diaper, pakaikan stokin terus

5. Sapu sikit vicks didada dan belakang baby

6. Kipas jangan direct ke muka baby. Masa selsema, aircond patut dielakkan

7. Baring tinggikan sedikit kepala baby

8. Beri baby minum air masak at least 2 kali sehari

9. Susu ibu juga banyak membantu untuk meningkatkan imunisasi bayi.

Alhamdulillah, dua hari je baby aku bersin malam dan pagi ... then back to normal .. Lepas baik selsema, anak lelaki aku lak kene batuk. Dia ni sensitif dgn makanan dan minuman, tapi kadang2 dia terrr beli benda2 yg dia tak boleh makan, especially makanan yg ada serbuk perisa. Akibatnya batuk berkokol2 la kat rumah dan lelah. No choice, kene bawa gi klinik sebab kalau tak makan antibiotik, batuk akan jadi teruk. Dia ada history chronic pneumonia dan asthma .. Alhamdulillah, 2 hari makan antiibiotik, dia ok. Malangnya batuk berjangkit kat baby. ooomaiigadd ... dua hari lepas, bangun pagi dengar baby batuk bunyi kokol .. sedihnyaaa baby dah berjangkit dari abang. Then aku teringat petua tradisional yang mak kawan aku bagi, so ni la masa untuk cuba... First option selain ubat clinic.

Ambil seulas bawang putih, bakar dgn kulit2 sampai itam .. then lenyek2 dalam dua sudu minyak kelapa/masak. lepas tu sapu kat dada, belakang dan tapak kaki baby. Baunya wangii sangat... macam garlic bread. Si abang cakap, wanginya adik bau garlic bread, rasa nak gigit je. hehehe

Ni la rupanya .. tapi aku lenyek bagi hancur bawang tu
 Alhamdulillah, semalam masa ambil kat nursery, teacher cakap tak de batuk .. and kat rumah cuma dengar dua kali je dia batuk. Maybe petua ni berkesan. So korang semua boleh cuba. Bawang putih memang banyak khasiat kan. Sapu dua kali sehari ... pagi dan sebelum tidur .. Insyaallah ..
Cuma kalau batuk makin kuat atau static je tak baik2 .. better bawa pegi jumpa doktor and get the necessary medication..

Sedih ku rasa sebab tak pandai semua ni masa si abang kecik dulu ... Alhamdulillah abang dah makin besar dan makin kuat, cuma sekali sekala akan terkena batuk kalau tak jaga makan... Mudah2an baby Nawra akan sentiasa sihat dan kuat dalam proses pembesarannya ... ameennn...

Comments

Popular posts from this blog

Kenalilah Ciri2 Hasad Dengki

How do you define Happiness??

Jangan Mengharap Pada Sesuatu Yang Belum Pasti