Hidup Ini Adalah Umpama Secawan Kopi

Tepat sekali ... dan sangat tepat sebab aku ni penggila kopi tanpa k ...

Apabila mahu menikmati kopi ... sekiranya diberi pilihan antara cawan yg cantik, mahal, atau cawan polos dan murah ... dah tentu kita akan memilih cawan yang cantik dan mahal ... meninggalkan cawan yang polos dan murah sebagai pilihan terakhir. Itu adalah normal .. kerana kita sentiasa mahukan yang terbaik dan dilihat terbaik.

Yang sebenor-benornya ... itulah punca stress dan masalah dalam idop ini kerana kita sentiasa mahu yg terbaik, kehidupan yang sempurna, sedangkan cawan tu langsung tidak menambah kualiti atau kesedapan kopi iteww. Dalam banyak2 kes, ia menambah harga yang patut kita bayar dalam kehidupan ... dan malangnya, kecantikan itu telah menutup apa yang sebenarnya kita mahu nikmati iaitu KOPI. Dan kita terus memerhati cawan2 orang layin .. membandingkannya dengan cawan yang kita miliki, dan melupakan apa sebenarnya yang kita mahu nikmati, iaitu KOPI.

Realitinya, kehidupan adalah KOPI .... pangkat, harta, kedudukan ialah CAWAN yang menempatkan kopi itu. Sentiasa ingat, semahal mana cawan itu, tidak akan sekali2 mengubah rasa dan kualiti kopi tersebut. Jangan kerana terlalu cerewet memilih cawan yang mahal dan santek, hingga kita gagal untuk menikmati rasa sebenar kopi itu. Begitulah hidup ini .. nikmati hidup, bukannya pangkat dan kemewahan yang menjanjikan kebahagiaan.

Comments

Popular posts from this blog

Kenalilah Ciri2 Hasad Dengki

How do you define Happiness??

Jangan Mengharap Pada Sesuatu Yang Belum Pasti