Bila Senyum Sudah Tiada Lagi..


Aku memang suka senyum ... pemurah dgn senyuman macam arwah abah ... bukan nak puji diri sendiri, tapi memeng benerrrrr ...walaupon org tu aku tak kenal, specifically fomfuan arr ... bila bertembung, aku akan senyum pada dia sebagai tanda hormat ... dan of courseee senyum iteww juga sedekah yg tak perlu apa2 bayaran atau modal.

Dengan org2 yg aku sayang, senyum aku memang tak der limitnya ... pagi2 .. aku akan pastikan 2ns pegi sekolah dgn senyuman ... malam sebelum tidur .. perkara terakhir selepas baca doa ialah .. ucapan i love u dan senyuman buat puteri dan putera kesayangan aku ... Dan rasa sangat2 bahagia bila mereka membalas senyuman itu sambil cakap .. i love you so much mama ...

Dengan seseorang yang pernah ada dalam hati aku pon ... setiap hari aku takkan jemu tersenyum walau selalunya yg aku nampak ialah wajah yang tak der maknanya ... Sampai satu ketika, dalam keletihan hati ...aku sedar bahawa tiada lagi senyuman itew ... tiada lagi senyuman untuknya. Dan bila senyuman itew sudah tiada dibibir, aku turut sedar bahawa segala2nya akan berakhir dan itulah kenyataan yang harus aku hadapi walau macamana berat ujiannya. Tak ada maknanya hidup bersama seseorang yang tidak perlukan kewujudan kita dalam hidupnya ...

Walaupon segalanya dah lama berakhir ... sedar tak sedar dah dekat 4 tahun ... Senyuman istimewa itu masih ada dalam diri aku ... Akan aku simpan dan berikan pada yang layak suatu hari nanti, insyaAllah ... Tapi buat yang lain ... senyuman yang sama akan sentiasa menghiasi hari2 kita ... :)

Comments

Popular posts from this blog

Kenalilah Ciri2 Hasad Dengki

How do you define Happiness??

Jangan Mengharap Pada Sesuatu Yang Belum Pasti