So, aku memutuskan untuk menjadikan sisa2 hidup aku yg ada sebagai saat2 yang terbaik dalam hidupku

Ambillah sebanyak masa untuk memulihkan emosi dari kelukaan2 lalu ...Tapi jangan biarkan kepedihan itu berlarutan
hingga menzalimi orang lain dan hidup yang indah ini..Segalanya perlu diteruskan kerna hidup adalah pencarian.

Tak ada manusia yang tak punya kisah silam atau kisah2 yang melukakan perasaan. Pilihan tetap disitu.. Samada terus dihanyutkan atau melangkah keluar dari dinding kedegilan. Pada aku, mengambil peluang dan risiko adalah jauh lebih baik dari hanya memandang pada peluang2 yang berlalu dan mengkritik kehidupan orang lain.

Ada satu perasaan aneh dalam hati aku yang aku sendiri tak sangka boleh melakukannya. Perasaan mampu memaafkan atas perbuatan jahat dan hinaan orang pada diri aku. Wahhh ... rasanya hatiku makin kebal dan matang bersama doa2 yang aku mohon dalam setiap solat. Aku sukakan perasaan ini sebab ia buat jiwa dan fikiran aku sangat2 bahagia dan lapang. Alhamdulillah. Bukan senang untuk bina kekuatan macam ni. Mungkin tak semua org mampu lakukan, tapi ia adalah satu perkara yang tak mustahil dilakukan. Memilih untuk hidup bahagia, tenang adalah pilihan aku yang terbaik.

Aura positif akan sentiasa memanggil perkara2 yang positif .. yupp .. memang ada kebenarannya.

So, aku memutuskan untuk menjadikan sisa2 hidup aku yg ada sebagai saat2 yang terbaik dalam hidupku.. InsyaAllah

Sabtu lepas, 22 Mac, aku ke Taman Negara sebab my ex minta anak2 supaya spend cuti skolah dengan dia. So, dari tinggal sensorang, lebih baik aku merehatkan minda sambil memandang kehijauan yg terpelihara di sana. OMG!! cuaca sangat2 panas dan keringg. Serously panas sampai rasa tak nak makan .. rasa nak minum air sejuk berbotol2.
Temankan suami handle pelancong2 kat sana .. banyak benda yg aku dapat .. practise english, customer service, information pasal detail activity di sana .. rezeki dari Allah .. and of course ... masa bersama yg berkualiti.. Definitely kami sangat rindukan anak2, tapi its good untuk mereka habiskan masa dgn sepupu2 juga .. Relationship kene jaga .. Nabi SAW pun kata, antara punca rezeki senang nak masuk ialah dgn menjaga hubungan silaturrahim .. InsyaAllah, apa yang kami mampu buat, kami akan buat ... Yang tak mampu, serah pada Allah...

Seronok juga dapat membantu untuk improve service dan menambah yang sedia ada. I can see a good opportunity and fortune untuk kami. Idea demi idea datang dan semuanya so far berbaloi2 jika dilaksanakan. Terima kasih untuk suamiku kerana betul2 berusaha untuk kehidupan kami .. Biarlah apa orang nak kata, kita yang tahu kemampuan diri kita .. dan kita yang lalui susah senang nak bina kehidupan kita. Setiap perkara yg dibuat secara betul dari awal, pasti akan menghasilkan kebaikan yang berganda, insyaAllah.

Semalam, bila sampai rumah yang kosong ... tinggal sorang2, memang sangat2 sunyi rasanya. Dah biasa dengan pot pet pot pet anak2 dan encik suami .. sekali senyapppp jer .. huhuhu. Nasib baik ada hp dan internet bole call, sms dan whatsapp sampai ke tengah malam .. Dah penat barulah layan mata ... zzzz... Doaku semoga kami diberi kesihatan yang baik, rezeki yang berganda dan kebahagiaan yg sentiasa menyinari hidup kami sekeluarga hingga ke syurga ... ameenn


Comments

Popular posts from this blog

Kenalilah Ciri2 Hasad Dengki

How do you define Happiness??

Jangan Mengharap Pada Sesuatu Yang Belum Pasti