Doa, doa dan doa ... usaha, usaha dan usaha

Assalamualaikum ..

Kekenyangan baru lepas makan nasi goreng.. alhamdulillah. Hari ni ada yg bawa rendang, mee hoon goreng, nasi goreng ke opis. Mizz N lak bawa pulut kukus dgn kuah deroyan. perghh, macam kenduri potong jambul seperti biasa. Tengahari tak sempat mamam sebab gi skolah kakak dan abg hantar lunch. Bior mak lapor, yg penting anak2 kenyang.

Alkisahnya tengah sedikit voring. Buat keje cepat ni pon sampai ada masanya dah tatau nak buat apa. Nak buat keje slow pon tak besh juge. So, jari jemari ini menari2lah diatas keyboard menulis apa yg ada dalam fikirkan skrg ni. Hari tu balik ke Taman Negara, penjual2 sobenir dah tuntut Mizz N buat fridge magnet dan bookmark lagi. Stok yg sedia ada dah menyusut. Hmmm ... fikir punya fikir, idea pon monchol.

InsyaAllah .. Mizz N nak buat felt fridge magnet yg bole dijual dgn harga murah. Takat ni, yg bookmark dah pulang modal, so yg dapat selepas ni ialah untongnya sahaja ... Tak der la banyak mana, tapi lebih baek dari tak de kan.. Sikit2 lelama jadi banyak kalau rajin menyimpan. Cuma waktu malam Mizz N skrg ni terhad .. nak kene anta dan amik anak gi skolah agama sampai kol 10-10.30 .. So kene la pandai atur kalau nak sambung keje felt ni. Akan cuba diusahakan, insyaAllah. Aku nampak, memang ada permintaan, especially mula bulan 4 ni pelancong2 akan bertambah ke sana. So Mizz N kene la merajinkan diri seperti dahulu.

Tatau la napa, tahun 2013 ni Mizz N rasa sangat2 bersemangat buat perancangan hidup. Duk berangan tiap hari .. nak bersara nanti dengan selesa. Pakai kete selesa, bayorr cash ... no hutang2 ... ada rumah atas tanah yg selesa. Bole wat pondok atas pokok untuk anak2 dan cucu2 .. hehehe.. Ada rumah sewa ... Nak round the world jika kesihatan baik. Tak nak komit dgn kerja atau urusan mencari duit. Guna jer apa yg ada masa tu ... nak mencangkul buat kebur sayur ... Petang2 minum kopi n makan cekodok dgn suami .. Pegi surau dan berbakti pada masyarakat. Wahhhhh angan2 yg best kan ... simple jer. Kalau betul2 plan dan buat, panjang umur, kesihatan baik,memang akan menjadi, insyaAllah. Biarlah encik suami dgn tourism actibitinya .. Tapi kalau perlu ditolong, Mizz N op koss la akan bantu.

Kira punya kira .. bukannya lama lagi pon nak umor pencen. Tak nak la tunggu sampai umor 60 ... 56 sukup la. Lagi awal leh pencen, laaaagi baguzzz. Doa, doa dan doa ... usaha, usaha dan usaha.

Comments

Popular posts from this blog

Kenalilah Ciri2 Hasad Dengki

How do you define Happiness??

Jangan Mengharap Pada Sesuatu Yang Belum Pasti