Jumaat Memang Besttttt

Jumaat datang lagi. Yesss, Mizz N memang suka sgt hari Jumaat atas banyak sebab.

Kepertama, sebab ia penghulu segala hari
Kedua, jumaat hari last keje utk setiap minggu
Ketiga, ada 2 hari suti lepas jumaat
Keempat, hari utk berjimba dan aktiviti family
Kelima, baby Mizz N bertambah minggu setiap jumaat
Keenam, yg paling best.. Selalunya apa2 good news or rezeki akan dapat dihari yg mulia ni.

Alhamdulillah, lagi doa kami dimakbulkan. Ada lagi peluang utk kami utk menambah rezeki. Peluang yg mmg tak patut ditolak. InsyaAllah, pelan2 kami akan kuatkan tapak disana. Dah jadi nanti baru aku akan update.

Setakat ni Mizz N perhatikan, makin ada org yg cakap bukan2 pasal Mizz N, makin luas Allah buka rezeki untuk kami. Walau tak kaya skrg, peluang tu tak mustahil satu masa nanti. Matlamat bukan nak jadi kaya, tapi bekalan anak2 dan kehidupan kami seadanya. InsyaAllah. Doa org2 teraniaya Allah pasti makbulkan. Pintu rezeki makin luas dibuka, kehidupan lebih bahagia, alhamdulillah. Semoga kami dijauhkan dari perasaan ujub dan riak atas segala kurniaan Mu Ya Allah. Mizz N tak btau kat my bonda lagi. Nanti dah settle baru gtau kat dia. Kompem dia suka sbb tu dulu salah satu impian dia. Dah jadi betul2 baru Mizz N akan gtau. InsyaAllah.

Hari ni Mizz N attend sukan anak2. dah selesai acara yg dorang terlibat, Mizz N balik sbb x larat nak duk lelama. perut makin besor, pinggang cpt rasa x selesa. Hari ni nak kene beli dah baju baru. Seme dah serba muat2 je skrg. Tu pun kalao Mizz N larat la.

Apa2 pun, terimakasih Allah atas segala nikmat dan anugerahmu. Moga sentiasa diluaskan pintu2 rezeki utk kami, diberikan kesihatan yg baik dan dilindungi dari khianat manusia dan gangguan syaitan. Ameennn.

Comments

Popular posts from this blog

Kenalilah Ciri2 Hasad Dengki

How do you define Happiness??

Jangan Mengharap Pada Sesuatu Yang Belum Pasti