Posts

From Sabah with Love

Image
Surprise vacation untuk si anak bongsu. Berpakat dengan shuben dan kakak nak surprisekan adik naik airplane. Actually ada pernah plan sebelum ni nak ke Sabah, tapi tak jadi sebab abang tak dapat ikut, so cancel .. Nak dijadikan cerita, aku terima surat dan email dijemput untuk jadi speaker di salah sebuah universiti di Sabah. Wahh, perjalanan hidup kita ni penuh dengan surprise kan. So, bila dapat surat tu, aku pun bincanglah dengan En Shuben samada nak sambung hari dengan family vacation. Alhamdulillah En Shuben yang sporting pun seronok nak ke Sabah bawa anak2. Paling best, dia yang sponsor 100% vacation ni .. Apa lagi kan, mama excitedlah buat planning dan uruskan booking mana yg patut. Dapat pula tiket MAS yang ok harganya Day 1 - Kota Kinabalu, Dinner Seafood Kitaorang gerak pukul 10 pagi naik grab. Flight pukul 1.10pm. so kira oklah sebab aku dah siap check in. Dah boarding masuk flight, tak gerak2 dekat 2 jam. MAS ni satu, kalau selagi tak terbang, dalam flight tu agak panas. Ta...

Dont Leave Anything for Later

Image
 Hidup di dunia ni hanya sementara.. Tapi yang sementara nilah jadi lubuk untuk kita persiapkan diri untuk menuju ke alam yang seterusnya. Ungkapan ini mengingatkan kita bahawa kehidupan di dunia hanyalah sementara dan tidak kekal. Walaupun kehidupan di dunia ini singkat, ia penting kerana memberikan kita peluang untuk mempersiapkan diri menghadapi kehidupan selepas mati. Dalam masa yang terhad ini, kita harus menggunakan setiap peluang yang ada untuk memperbaiki diri, memperkukuhkan iman, dan melakukan amalan kebaikan yang akan membantu kita di alam yang seterusnya. Ia mengajak kita untuk merenung betapa berharganya setiap detik dalam kehidupan dunia ini untuk mempersiapkan diri bagi kehidupan yang abadi di akhirat. Sejak awal tahun, rutin yang baru aku bersama encik suami. Mengimbau kembali dari awal perkahwinan, kami selalu PJJ .. Masing2 sibuk berusaha untuk memajukan diri dan keluarga. Sekarang, Alhamdulillah Allah bagi rezeki yang seterusnya .. masa untuk kami setiap pagi, bo...

Fail to Plan .. Plan to Fail ??

Image
Tolongggg ... tolongggg ...tolongggg Perut penuh hari2 dengan makanan raya. Aduhaiii stress akak ni ha. Hari2 ada jemputan jamuan raya. weekend pula full schedule kenduri dan program. 😭😭😭😭😭. Bukan tak bersyukur .. syukur sangat2 dapat makan sedap2 sokmo, cumanya akak ni bukan boleh makan macam orang lain, makan 2 kali sehari pun badan boleh jadi peti ais 2 pintu. Ghisauuu ... ghisauuuu. Ghisau makin comel nanti. Bukan ape kan. Makan kena kawal especially umur2 muda macam akak ni, sebagai usaha dari diri sendiri untuk elak penyakit. At least kita usaha kan. Kalau ditakdirkan Allah nak uji dengan penyakit, kita tak adalah rasa ralat dan menyesal since kita dah usaha semampu kita. Benda yang paling mahal dalam hidup ni ialah jiwa yang tenang dan kesihatan yang baik. Cakap pasal kesihatan ni kan, aku memang bermotivasi tengok senior2 aku yang bersara dalam keadaan yang sihat, dan yang sakit pun bila dah bersara jadi makin sihat. Makin bermotivasi aku nak bersara lebih awal dari umur y...

Some People Dont Deserve Any Space in Our Hearts

Image
Assalamualaikum semua ... Wahh tajuk sangat special kan. Orang yang biadap, zalim, individualistic tak sepatutnya diberi ruang dalam hati dan fikiran kita.  Aku duk baca banyak sangat komen2 dalam tik tok .. ramai yang rasa diri mereka dizalimi oleh org2 yg rapat dgn mereka. Keluhan, luahan dan sebagainya seolah2 mereka terkepung dengan kata2 negatif manusia. Banyak juga ceramah2 ustaz pasal menghadapi manusia2 sebegini.  Tiada ruang maksudnya kita tak sepatutnya ambil port atau ambil serious cacian dan umpatan manusia yang boleh beri kesan kepada mental health kita. Memang tujuannya begitu, untuk ganggu emosi, buat kita rasa kitalah manusia paling teruk dan lain2 emosi negatif. Acah2 terpaling tersakiti, terpaling mulia, terpaling dikhianati sedangkan sebaliknya sebab cerita dari sebelah pihak aje.  Korang nak tahu tak, sejak aku amalkan pegi mampus dengan mulut2 jahat, perangai2 jahat manusia ni dah bertahun2 dah, sejak itulah aku rancak membina kejayaan diri. To be a b...

Blessed Raya 2024

Image
Assalamualaikum sahabat2 dan stalker sekalian 😂... Eid mubarak, eid kareem 2024. Actually masa bulan Ramadhan aku ada draft posting tapi tak sempat nak habiskan. Mak busy nauu nokk. Mana nak kerja lagi, nak masak sahur n iftar lagi, nak mengajar 3 kelas lagi, nak tengok shuben and anak2 lagi. Oohoiii memang mencabar tapi tetap berusaha dan bersyukur sentiasa. Paling penting Allah bagi sihat physical dan mental, alhamdulillah. Raya tahun ni, Allahu, tetap seronok dan lebih seronok. Aku beraya kat kampung shuben. Nak kata kampung asal dia pun tak juga tapi ramai saudara mara kat situ and rezeki kami pun sebahagiaannya di situ.  Minggu ke dua puasa aku dah balik jumpa bonda and bagitahu kat dia yang aku akan beraya kat Pahang. As usual, ma akan cakap, tak seronoklah kau tak de. Aku assured dia yang insyaAllah ramai lagi yg balik and raya dia pasti seronok. Seriously aku memang busy sangat dgn kerja. Pangkat tu datang dgn tanggungjawab yang lebih besar. Mmg hari2 kalau bulan puasa tu ...

Gulai Lemak Telur Dadar

Image
Assalamualaikum .. Yezzaaaa ... harini kita cakap pasal makanan. Topik yang everlasting best kan. Tiap kali balik kerja, kepala mesti fikir, malam ni nak makan apa, nak masak apa. Rasa mcm dah muak makan makanan siam .. Sup tulang, tom yam, sup ekor, ikan tiga rasa, kerabu, bistik, padprik, etc. Time aku kepenatan, antara menu yang akan dibeli ialah sup tulang, telur bungkus, sotong goreng kunyit. Sekarang ni kalau en shuben tanya, nak makan apa .. tak tahu nak jawab dah. huhuhu. And selalu end up aku goreng telur mata, letak bawang, cili dan kicap. Jauuuhh sedap kan. Petang hari Rabu last week kan, aku balik dengan anak dara, pastu dedua kelaparan. Encik Shuben dgn Nawra tak ada, depa pi balik kampung sebab skrg kan cuti sekolah. Uiiii seronok betul si Nawra ligan dalam sungai tiap petang. Pastukan Nasha cakap .. mama, laparlah. Aku pun jawab, jom, nak makan kat mana. Sementara ada kat luar ni kita makan terus lah. Pastu dia jawab, kakak teringin nak masak menu viral tu .. Gulai lemak...

Terima Kasih Yang Tak Terhingga Wahai Diri Ini. Selamat Tahun Baru 2024

Image
Assalamualaikum semua ♥️  Tahun 2023 dah almost menutup tirai. Alhamdulillah pelbagai kenangan manis, kejayaan, rezeki yang Allah bagi pada tahun ini yang pastinya menjadikan aku manusia yang lebih beringat 5 perkara sebelum 5 perkara. Aku nak mulakan tahun 2024 dengan ucapan syukur, terima kasih pada Allah dan terima kasih pada diriku sendiri. Kita selalu ucap terima kasih pada orang lain, tapi kita kerap lupa untuk berterima kasih pada diri sendiri. Diri kita yang telah banyak mengharungi realiti kehidupan dengan parut luka dan kebahagiaan yang bertukar ganti. Perjalanan kehidupanku mungkin tak semudah orang lain. Mungkin ada orang selesa dgn kehidupan yang statik supaya tak penat, pening dan lelah. Kejayaan tak ada yang percuma, semuanya perlu dibayar mahal dengan usaha, doa, kebijaksanaan dan kesungguhan yang berterusan..Aku dah terbiasa berusaha keras untuk dapatkan sesuatu yang aku impikan, Dan anugerah dari Tuhan, aku dapat lebih dari apa yang aku impikan.  😍😍😍 Terim...