Bila Handphone Berbicara

Bila handphone berbicara, pelbagai pengalaman hidup tersingkap, pelbagai perasaan dikongsi bersama, kian fahami diri mereka lebih dari semalam.

Bila handphone berbicara, kita akan fahami kegembiraan yang dinikmati oleh pasangan dialam percintaan. Betapa indahnya impian, betapa kuatnya kasih sayang itu.

Bila handphone berbicara, bisikan rindu sahabat terluah, walau sekadar membaca sms, jauh dihati, kita tahu dia sentiasa disana sebagai sahabat yang setia.

Bila handphone berbicara, kita turut merasai saat2 sukar itu. Bagaimana payah untuk melalui ujian2 yang mungkin telah tertulis untuk kita... dan lebih payah.... bila kita sedar bahawa kita hanya mampu membantu tidak lebih dari itu.

Bila handphone berbicara, yang pasti, hatiku sentiasa berbunga2 oleh kasih sayang keluarga dan teman2..... dan aku harap handphone ku akan terus berbicara sampai saat aku benar2 menemui kebahagiaan itu...

Comments

Popular posts from this blog

Kenalilah Ciri2 Hasad Dengki

How do you define Happiness??

Jangan Mengharap Pada Sesuatu Yang Belum Pasti