Bila Hati Kembali Diuji...


Kebahagiaan itu sementara ... Kesedihan juga bukan selamanya ... Inilah perjalanan kehidupan yang dilalui oleh kita semua tak kiralah dalam hubungan kekeluargaan, kekasih, pekerjaan, persahabatan. Kitarannya tetap sama ... yang terindah itu hanya sementara ..kelukaan bisa sembuh dek masa walau parutnya tetap ada. Yang pastinya, kita semua masih disini. masih bermimpi, mengharap dan berusaha untuk punya sisa hidup yang lebih sempurna.

Setiap pagi, bila aku buka mata, gerak hati pun akan menyapa ... hari ini punya sesuatu untuk aku renungi dan pelajari ... dari keluarga dan sahabat2, punya cerita tersendiri. Seronok mendengar kisah bahagia .. sedih mendengar kisah kecewa .. terkejut dengan sesuatu yang tak dijangka .. berfikir bila ditanya ... tapi, sekali lagi .. inilah realiti kehidupan.

Minggu ni aku banyak terima sms dari member2 yang dah lama tak contact dek kebizian masing2 .. Seme cakap rindu banget sama gue ... wahhh adakah ini minggu rindu-rinduan? eheheh .. yer lah, sahabat datang dan pergi dalam idop ...hanya yang punya sesuatu yg ditinggalkan dalam hati sahabat pasti akan dirindui ye idak ... aku pon rindu sama mereka.. tak kurang ada yang mengadu hal .. macam2.. Nasihat aku, hidup mesti punya pendirian. Setiap keputusan yang dibuat harus difikir sebaiknya dan keyakinan mesti kuat. Bila kita dah yaking sengan sesuatu, apa2 dugaan yang datang pun kita akan tetap hadapi tanpa rasa sesal.

Ada yang terjerat dengan budi ... ada yang kalah dengan pujuk rayu ... ada yang lemah dengan janji manis yang akhirnya melukakan ... taku juga dengar kisah2 dugaan idop meke nih. Moga aku dijauhkan dengan benda2 yang sewaktu dengannya...walaupon aku tahu, selagi aku bernafas, selagi itulah hati ini akan di uji, bagaimana dan apa ujiannya, mungkin berbeza. Antara perkara yang aku belajar ... bila dah suka atau sayangkan someone .. jangan la fikir segala yang baik ajer, sebab manusia boleh berubah bila2 masa .. Pengorbanan pulak mestilah berpada2.. jangan beri segalanya kerana sifat manusia ni takkan pernah merasa cukup dan bersyukur seadanya. Aku menulis untuk diri sendiri juga, kerana aku juga tidak sempurna walaupun kadang2 aku rasa dah buat yang terbayek..Untuk diriku sendiri, bila datangnya ketika hati ini kembali di uji.. aku akan tetap menghadapi walau apa pun terjadi..

Ramdhan dah nak kembali .. aku sangat2 suka bulan seribu rahmat ni ..boley kurus, boley beli makanan tunjuk2 .. dan yg paling besh, boley balik awal ...


"Janganlah kamu termasuk orang yg bila sakit mengeluh tiada henti, bila sihat tidak hati-hati, bila disembuhkan menjadi sombong, dan bila diuji lalu putus asa"


(huhuhu..ngantuknyaaa ... dah 2 malam menjaga nawfal yang demam panas)

Comments

abu said…
ramadhan kembali... bermakna bermula rutinku menziarah gerai2 kuih itew :)
Mizz N said…
gerai makcik karipap??
abu said…
gerai makcik muka berminyak (sebab mekap macam opera cina)
Mizz N said…
bekas pelakonlah tu .. teringat wayang tongkang kat padang masa zaman mak aku tecik2 dolu ...
abu said…
aah la, masa tok aku umor 10 tawun
Mizz N said…
org dolu2 memang selalu lambat buat surat beranak .. :P

Popular posts from this blog

Kenalilah Ciri2 Hasad Dengki

How do you define Happiness??

Jangan Mengharap Pada Sesuatu Yang Belum Pasti