Dekat tapi Jauh

Assalamualaikum ...

Hmmm rata2 oarang duk wish selamat hari bapa weekend dan sehingga hari ni. Bagi aku, hari bapa atau hari2 biasa, sama jer ... sama ingatan aku pada arwah abah aku yg telah pergi 4 tahun lepas. Untuk sentiasa menyambung kenangan itulah aku memilih tarikh 26 hb 5 sebagai tarikh pernikahan aku .. Mengingati yang telah pergi dan menyambut kedatangan lelaki terbaik sebagai ganti pada tarikh itu 4 tahun kemudiannya. Aku sangat2 rindukan arwah abah aku. Mungkin kerana genetiknya agak kuat mengalir dalam diri aku dari segi kelakuan dan raut wajah .. Cuma yg aku kalah ialah dengan sifat sabar abah. Aku tak mampu nak jadi sesabar, sekuat dan setenang dia bila di hina dan disakiti, lebih2 lagi atas kesalahan yang aku sendiri tak tahu apa yang telah aku lakukan untuk menerima kutukan dan kebencian orang. Hmmm... tak per, Allah Maha adil. Aku doakan balasan yang sewajarnya pada mereka2 itew. Biar mereka tahu langit tinggi atau rendah bila tiba masanya nanti. Aku tunggu dan lihat saja....

Alhamdulillah, kehidupan selepas kawin aku sangat bermakna ..sangat sederhana tapi tetap happy dan bahagia. suami aku ni kebetulan la pulak ... sikap dia banyak persamaan dgn arwah abah aku. Disebab kan kitaorang berstatus "kawan" agak lama .. makanya aku serba sedikit tahun kelebihan dan kekurangan dia. Dan aku terima segalanya dengan hati yang terbuka. Buat apa nak mencari kesempurnaan kalau kita akan kehilangan banyak perkara dan banyak nikmat hidop kann ..Tapikan ...PJJ neh memang la kene merindu2 sokmo .. Hari2 sms, calling sama jer mcm sebelum ni, cuma lepas kawen ni bertambah kerap bertanya kabar and bercerita. Ni kitaorang dah 7 hari tak jumpa tapi rasa mcm lama gilerrr ... Aku redha jer dengan ketentuan yang Allah beri pada kami. Dah rezeki masing2 sorang kat kutub utara, sorang kat kutub selatan. Kalau ikut hati, meme larr nak berkepit jer, tapi bak kata org, ikut hati mati, ikut mulut binasa ... sabarrr ye Nur ... insyaAllah, ada rezeki nanti mana tahu kehidupan akan berubah. Weekend ni dah mark kalendar untuk dating sekeluarga .. Yippiiii!!!! Sekarang ni kitaorang tengah nak membangunkan bisness sendiri yang bertapak kat Taman Negara. Pulau sedang diupgrade dan targetnya end of June dah mula operasi kembali. Sedey jer dengar dia cakap ... abang nak kerja sungguh2, kumpul duit nak bawa sayang dan anak2 gi jalan2. Sekarang abang belum ada cukup duit lagi ... Yer la, dia terasa sedih sebab tak dapat bawa aku gi honeymoon kat tempat yang aku nak pegi. Lepas majlis kawen ni kami memang pokaiiii ... Kene start dari zero to hero semula ...Tak per.. aku yakin, dengan usaha gigih, Allah pasti gandakan rezeki kami sekeluarga... insyaAllah .. yang penting, kami tetap bersama ... hati kami sentiasa dekat dalam kejauhan ini..

Semoga Allah tempatkan abah di dalam syurga, bersama golongan yang dikasini Nya ... Dan semoga Allah sentiasa menjaga, merahmati suami dan anak2 ku walau dimana saja mereka berada ...aminnn

Mereka semua sangat2 dekat dalam hati aku walau dipisahkan dengan jarak, kehidupan dan waktu :-)

Comments

abu said…
al fatihah kepada mereka yg telah tiada...

Popular posts from this blog

Kenalilah Ciri2 Hasad Dengki

How do you define Happiness??

Jangan Mengharap Pada Sesuatu Yang Belum Pasti