Ops Kemas dan Buang Siri 1

Petang semalam kusssss naik semangat nak mengemas dapur. Almaklumlah, selama 2 bulan aku bz kat opis dgn hal nikahnya lagi, so rumahku sangat2 terabai... Bukan sebab malas ya. Balik rumah dah malam, ujung minggu balik kampung, tak balik kampung, berkampung kat opis ... so alkisahnya dah 2 bulan lebih tak mengemas dan mop dapur ... sakit mata jiwa raga. Last week kan demam and berjimba kat Taman Negara .. so this week aku dah warm up balik .. Semalam balik awal, nasha demam ... nawfal sakit tekak tapi dua2 tamau g klinik sebab tamau makan obat. Haishhhhh genetik sapa la ni tak suker makan obat. Kompem bukan genetik aku bab2 tu ... hua hua hua. Tepat pukul 6, aku dah start operasi mengemas dapur .. Adessss lupa lak amik gamborr sebelum dan selepas. Segala cawan, pinggan lama, barang2 dapur, makanan2 yg dah expired dah selamat aku masukkan ke perut tong sampah ... ada la lebih kurang 6 plastik sampah yg besorrr punyerrr ... Fuhhhhhh ... puas hati aku dengan acara kemas dan buang neh. Dah hasilnya, kabinet dapur aku ada banyak ruang2 kosong untuk aku susun barang2 lepas neh.

Perancangannya misi mengemas akan di buat secara berperingkat ... setiap satu tanah jajahan akan di ambil masa 2 hari untuk settlekan. SO hari ni akan sambung hal dapur sampai betul2 puas hati. Peti ais, laci2 ... siap sedialah lagi banyak barang yg akan ke tong sampah. Then aku akan move ke ruang tamu sebagai lokasi ke dua.Niat di hati, impian tu besorrrrr amat .. sapa yang tamau rumah cantik, kemas kan .. Aku akan cuba sebaiknya untuk terus gigih mengemas sambil membuang. Salah satu sebab aku suka akan chenta jarak jauh ni ialah aku ada masa untuk diri sendiri dan juga untuk hal2 rumah disamping merindu dendam sekali jumpa ...phewwwwwww .... Hmmmmm... gtulah kira2nya perancangan rumahku sorgaku untuk keluarga terchenta ... Aku ni suka nyimpan barang ... and sekali operasi, mak aiiiii, berbakul2 sampah yg aku simpan rupak2nya :-) Mungkin sikap ni yang aku perlu ubah. Aku suka rumah yg lapang, tak banyak barang supaya tenang mata memandang. Mudah2an niat suci aku ni akan terlaksana satu masa nanti ... aminnnnn. Nak ajak org datang rumah pon tak segan2 dah kan ..Mcm rumah abang long n kak long yg berkilat sokmo ... I loikeeeee ...

Comments

abu said…
mana x berkilat, abg long suka mencuci... siap ngan kete org depan dia cuci, suka main buih katanyer hahahaha
Mizz N said…
hahaha ... lama dah abang long senyap .. ada aktiviti baru lettewww :P
abu said…
dengor2 skang nie dia buat bisnes tambah power ala high voltage gitew
Mizz N said…
mesti banyak bulb2 yg meletop masa dia buat testing :P

Popular posts from this blog

Kenalilah Ciri2 Hasad Dengki

How do you define Happiness??

Jangan Mengharap Pada Sesuatu Yang Belum Pasti