Bersusah2 Dahulu ...

Peribahasa dan perumpamaan Melayu ni sangat unik dan indah kan ..
Semuanya mengandungi maksud dan pengajaran yang mendalam buat kita.
Seperti yang ni ...

Berakit2 ke hulu, berenang2 ketepian
Bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian

Ini jugalah yang aku amalkan dalam kehidupan dan mendidik anak2.
Aku ni bole bersabar jika tak mampu untuk memperolehi sesuatu yg aku nak dalam masa terdekat.
Sebagai contoh, kalau aku nak beli sesuatu, aku akan pastikan aku mampu 100% tanpa hutang
Kecualilah rumah yang beratus ribu ... itupun aku dah buat settlement separuh
Kereta pun, insyaAllah, dah tak lama
Tapi kalau barang2 lain .. aku akan pastikan cash aku mencukupi, then baru aku beli.
Aku ni konvensional, tak guna credit card, debit card dan sebagainya
Tapi aku lega sebab hidup tak banyak hutang
And banyak benda yang kami dah berjaya perolehi tanpa hutang, alhamdulillah
Biar low profile, dan diam2 ubi tapi satu masa akan nampak hasilnya.
Sekarang ni masih tempoh bersusah2 dan aku berharap kami makin menghampiri ke tempoh untuk bersenang, InsyaAllah ..

Kedai minimart dan ice cream corner kami akan beroperasi sepenuhnya hujung minggu ni, insyaAllah. Terlewat seminggu dari perancangan sebab penghantaran yang lembab.
Alhamdulillah, berkat menyimpan sedikit demi sedikit, semuanya tanpa hutang.
Kami langsung tak rasa tertekan malah sangat seksited untuk memulakan perniagaan kami yg baru ni.
Mudah2an Allah akan sentiasa memberi rezeki yang berganda dan barakah buat kami
serta jauhkan kami dari perbuatan khianat manusia dan gangguan syaitan.
Walaupun kami start dari zero semula untuk simpanan keluarga, tapi kami happy sangat
Aku percaya, kalau niat baik, buat pun cara betul, pasti Allah akan permudahkan segala urusan.
Serta memberikan kami rezeki yang lebih dari sekarang.

Lusa, ada ahli keluarga yang baru akan sampai .. yeayyy ... tak sabarrrr...
Mudah2an kejayaan yang berterusan untuk keluarga kami. ameennnn

Comments

Popular posts from this blog

Projek Stage 2 ... Felt Bookmark

Jangan Mengharap Pada Sesuatu Yang Belum Pasti

Perjalanan Baby Aleesya - Birth Story at 38 weeks