Mudah-Mudahan ... Rezeki yang berkat untuk baby dan family

Salam semua :-) ...

Bercakap pasal rezeki, rasanya semua orang memang sentiasa mahukan rezeki yang berganda dan berkat kan .. Termasuklah Mizz N dan suami. Hari2 doa, usaha mudah2an hidup sentiasa lebih baik dan ada peningkatan.

Alhamdulillah, projek terbaru Mizz N dah 50% siap ... cuma nak tunggu penghantaran barang2 je. Alhamdulillah, diberi peluang oleh Allah untuk bergerak selangkah lagi. nanti, dah siap sepenuhnya, Mizz N akan apload gambo. Biz kecil2an kami selain tourism, printing dan bot. Nampak gayanya rezeki kami lebih disana dan besar kemungkinan Mizz N pon akan settle menghabihkan hari2 tua disana. Dengan masyarakat Melayu Islam, masyarakat kampung yang memang banyak aktiviti2nya.
Hmm ... Mizz N dan suami nak ikut style Cina dalam hal membina masa depan. bukan untuk kami sekarang, tapi bekalan anak cucu kami nanti, insyaAllah. Biarlah sikit, sikit, yang penting anak cucu ada bekalan dan tak meminta2 nanti.

Mungkin juga berkat Suami Mizz N menjaga arwah kakak dan anak saudaranya dulu bertahun2 dgn penuh kesabaran walaupon idop mereka susah, Allah sentiasa buka peluang untuk kami untuk kehidupan yang lebih baik. Alhamdulillah...

Hari ni encik suami gi ngadap istana pahang. Bersungguh betul dia aku tengok. Actually kami dah buat working paper tu lama, tapi tersadai dan kononnya pihak atasan dan plan nak buat apa yg kami nak buat ... aku rasa meke nak amik working paper kitaorang tu dan tiru bulat2. Korupsi memang banyak dalam pejabat kerajaan walau tak semua yg macam tu. Nak kene rasuah bagai baru la dapat, tapi dengan we all, tak dapat tak pe. Nak suh bagi rasuah, sorry naik lorry lah kan :-) So kita cuba cara lain. Tru the palace. vavavava ... kalo tak dapat, tak pe la, maknanya tak de rezeki. Tapi kalo dapat, ada tapak utk buat project kitaorg yg untuk long term punya. InsyaAllah. yang penting, dapatkan tapak dulu. Modal tak de tak pe, bole fikir lain masa .huhuhu.

So, doa kami semoga perjalanan hidup kami di permudahkan ... istiqamah dalam membuat kebaikan dan berusaha untuk kehidupan yang jauh lebih baik ... dan sentiasa memperolehi rezeki yg berganda dan barakah ... ameenn ...









Comments

Popular posts from this blog

Kenalilah Ciri2 Hasad Dengki

How do you define Happiness??

Jangan Mengharap Pada Sesuatu Yang Belum Pasti