Kita Kenal Diri Kita

Kadang2 dalam perjuangan hidup, ada masa kita rasa lemah, ada masa kita rasa kuat. Itu adalah normal, bagi aku. Ada masa kita ketawa dan ada masa kita berduka. Itu juga adalah normal bagi aku. Kerana kita adalah manusia, punya hati dan perasaan, punya kekuatan dan kelemahan, punya kelebihan dan kekurangan. Yess .. sebagai manusia takkan dapat elak dari semua tu walau kadangkala hati dan mulut menafikannya.

Kelmarin senja, aku terima satu panggilan telephone dari seorang sahabat yang tak pernah sekali pon call aku sebelum ni. Segala urusan atas dasar kerja or sembang2 kosong di ofis. Dengan suara yang kelat, berbaur stress dia mulakan bicara. Ye sungguh, dia memang tengah stress dan tak ada tempat nak ngadu. Aku sikit pelik sebab selama ni kitaorang tak penah berbalas call atau bergossip via sms. Dia kata, masa aku tengah sedih n stress tadi, aku tetiba teringatkan engkau, so aku terus call kau.
So kami sembang2 lama gak walaupon masa tu aku tgh drive balik dari pasar ramadhan. Mengadu, bercerita tentang masalah dia kat tempat kerja. Aku ni bukannya pandai sgt nak bagi nasihat, tapi cukuplah dengan kata2 semangat. Dah dekat 30 minit, dia cakap .. alhamdulillah, leganya aku rasa. Terimakasih sbb sudi mendengar dan menasihatkan aku ni... Then aku jawab, no hal la sis, ko skrg fikir makanan yg sedap2 utk berbuka, dan makan sepuasnya. then u will feel much better.
Lepas buka pose, dia sms aku, terima kasih lagi sekali, betul kata ko, lepas makan aku lagi rasa ok .. Alhamdulillah ....

Kisah ni sebenarnya bukanlah significant sangat, cuma aku rasa dihargai bila ada orang yg tak penah2 call atau sembang detail personal dgn aku, tetiba call and meluahkan perasaan. By the way, she's a good staff.

Sepanjang hidup ni, memang dah macam2 perkara yang kita lalui. manusia ada dua pilihan, samada jadi lebih baik atau lebih buruk .. jadi lebih kuat atau lebih lemah ... jadi pemaaf atau pendendam ... jadi manusia yang berjaya atau gagal ... Nak buat pilihan akan lebih mudah jika kita kenal siapa diri kita, memaafkan kekurangan diri dan kita menerima diri kita seadanya. Dan bila kita mengenali diri .. kita akan lebih mengenali Allah. Banyak lag persoalan yang akan timbul apabila kita dapat mengenal diri kita yang sebenar benar.
                                                  

Dugaan akan nampak lebih mudah,  perjalanan kehidupan akan nampak lebih cerah, seterusnya kejayaan akan nampak semakin hampir walau banyak lagi yang harus ditempuhi. Orang yang mengenali diri akan selalu berbisik perkara2 yang positif, tidak meremeh2 kan diri dan keupayaan sendiri. 
Temukan diri kita dan kebenaran akan membebaskan diri dari pelbagai halangan ..... InsyaAllah




Comments

Popular posts from this blog

Kenalilah Ciri2 Hasad Dengki

How do you define Happiness??

Jangan Mengharap Pada Sesuatu Yang Belum Pasti