Seperti katak Bawah Tempurung

Lagi peribahasa yang jadi tajuk entry kali ni ..

"like the frog under the coconut shell"

Ni la tempurung yang ada pintu ... baru boleh nampak dunia luar selain dunia sendiri. Gambar katak tamau letak lah. No good utk ibu mengandung ..ngeeee!!!


Memang peribahasa Melayu ni sangat indah dan dalam maksudnya ..
Peribahasa ini amat berguna dan bermakna kerana ia membawa maksud orang seperti ini tidak mengetahui kejadian yang berlaku di sekelilingnya dan tidak dapat rnembezakan keadaan di dalam dan di luar tempurung kehidupannya.
Akibat kesempitan fikiran, mereka menganggap keadaan, kehidupan dan sikap manusia pada hari ini  itu sama 10 tahun lepas sedangkan mereka tak tahu yang mereka dah jauh ketinggalan dan ditinggalkan ..
Orang2 dalam kategori inilah yang mudah ditipu dalam hidup mereka
Ditipu oleh org yang dalam tempurung yg sama  .. dan paling teruk, mereka ni tak dapat terima kenyataan yang fikiran dan kehidupan mereka sesempit tempurung tersebut.
Kesian kan ...
Mereka ingat kalau sebelum ni orang tu susah, selamanya orang tu akan susah
Mereka ingat kalau sebelum ni orang tu jahil, selamanya orang tu akan jahil,
Mereka ingat kalau sebelum ni orang tu tak boleh buat sesuatu, selamanya org tu takkan berjaya
Mereka ingat, dah tak de orang lain dalam dunia ni yang lagi bagus dari meke yg duk kat bawah tempurung tu 
Ish ish ishhhh ... kesian sungguh sampai nak nanges rasanya
Hidup dalam tempurung hanya nampak kegelapan dan sesama mereka je
Bercakap pun sesama mereka je ..
owhhh sangat sadisss ...
Kalau jadi manusia bawah tempurung ni, topik perbincangan tiap hari ialah pasal org lain
Tak ada modal dan benda2 yang membahagiakan untuk di catat dan di kenangkan
Kesiannnn sangat...
Tengok orang lain happy, dengki, tengok org lain lawa , cebik sana sini
Begitulah cerita manusia yang hidup dibawah tempurung .. Kalau tak berani nak keluar,
selamanyalah dibawah tempurung itteww ...
Mudah2an kita semua tak tergolong dalam manusia yang duk kat bawah tempurung

Syok sesama sendiri, tapi jauh ketinggalan ....
Kalau terduduk pon, cepat2 buat pintu keluar supaya up to date macam orang lain

--------------------------------------------------------------

By the way .. kedai Mizz N dah full dgn barang2 dan start beroperasi semalam. Alhamdulillah, tgh2 susun barang pon pelanggan dah start masuk membeli. Sikit2 lama2 pasti banyak atas izin Allah ... Biar diam2 ubi... ubi yang boleh dimakan dan berkhasiat, bukan ubi keladi .. nampak sedap ..tapi memudaratkan ....

                       

                                 "Jangan bersedih.. Sesungguhnya Allah bersama2 kita " ... ameenn


Comments

Popular posts from this blog

Kenalilah Ciri2 Hasad Dengki

How do you define Happiness??

Jangan Mengharap Pada Sesuatu Yang Belum Pasti