Ia Berubah Kerana Sesuatu

Rasanya pernah menulis tajuk ni, cuma kali ni scopenya berbeza
Berubah kerana sesuatu .. Mizz N refer kepada perancangan kehidupan
yang mungkin perlu diubah kerana telah diberikan sesuatu yang lebih baik
Hidup ni memang sangat misteri, sangat mengujakan
Hari ni mungkin kita merancang sebegini, esok lusa mungkin akan jadi sesuatu yg lebih baik
Wallahu'alam ...
Sepertimana yang Mizz N pernah sebut sebelum ni
jiwa dan hati sangat meronta2 ingin ke Mekah .. ingin bersujud dihadapan Kaabah
memohon ampun, memohon keberkatan hidup dunia akhirat
Tup tup ... Allah hadirkan baby kat dalam perut ni
Due date awal next year ...
Doa Mizz N dan suami dimakbulkan, alhamdulillah
Cuma perancangan kami tahun depan mungkin terpaksa ditunda
Walau sikit sedih, Mizz N kene redha.
Mizz N yakin, Allah tahu apa yang kita perlu dan Allah akan dahulukan
segala yang diperlukan dari segala yang dimahukan
Mana tahu, someday, ada rezeki kami satu family untuk ke Mekah .. ameenn..

Tu satu contoh je ...
Banyak perkara yang berlaku dalam hidup kita mengubah perancangan asal
Dah namanya perancangan kan :-) ... should be dynamic dan ikut demand terkini
Hidup dalam realiti ...
Adakalanya apa yg berubah tu jauhhh lebih baik dari apa yang kita harapkan
Tak pernah imagine boleh ada kedai sendiri .. now dah ada .. alhamdulillah
So, the next perubahan, kene upgrade diri sendiri
Mizz N nak amik kelas bakeri, fokus pada roti dulu
Then pastry and cakes ... Haa... ni perancangan dan angan2 dulu :-)
Lepas raya baru nak skodeng2 kelas2 yg berdekatan.
Machine beverage dan ice cream akan dihantar dalam minggu ni.
So by bulan ramadhan, insyaAllah semua dah selesai ...
Fuhhhh ... ni memang tak de dalam perancangan sebelum ni
Tapi bila Allah dah buka jalan ... Mizz N zassss terus la peluang ni
Terima kasih encik suami sebab berkongsi minat dan sentiasa merestui
semua perkara baik yang Mizz N buat ...
So, bila Allah dah buka jalan, Mizz N kene juga berubah...
kene upgrade diri sendiri dan belajar lagi sampai berhasil
Semalam call ma dan berborak dengan dia.
Lamaaaa berborak dan Mizz N cerita pasal perkebangan terkini
Dah diagak, dia excited walau kompem takkan keluar kata2 pujian yg lebih2
hahaha ....
Mintak doa restu semoga segalanya dipermudahkan

Mizz N menulis semuanya kat sini adalah untuk record Mizz N sendiri
Almaklumlah, memory space is very limited
untuk kenang2an dan motivasi diri sendiri :-)
Banyak sangat happy moments yang nak kene simpan
So salah satu cara kita simpan disini ya

Ok .. berangannn ... berangann dan terus berangan
Kekuatan dan segala nikmat dari Allah akan kami gunakan sebaiknya
Untuk kami dan kita :-)

TERIMA KASIH ALLAH :-)


Comments

Popular posts from this blog

Kenalilah Ciri2 Hasad Dengki

How do you define Happiness??

Jangan Mengharap Pada Sesuatu Yang Belum Pasti