Cinta Hexagon

Assalamu'alaikum wrt wbt...

Dah pukul 1.30 pagi ...hmmm tapi aku belum nantuk... perut pulak terasa laparrr...laparrr.... lapar lagi ... mcm erobik lak..hehehe. Jap lagi nak bancuh neskopek aissss... Nur, kata orang nak awet muda, tak leh minum ais.. Hmmm... tak pe, tak pe..tak yah awet muda sebab aku masih muda...nak awet muda tunggu umo 60 nanti ..hik hik hik.

Malam ni aku mahu bercerita mengenai seorang sahabat. Seorang sahabat yang sangat2 sedang dilamun cinta, tapi dia tak tahu bahawa wanita yang dia sangat2 cinta itu menyintai lelaki lelaki lain. Heheheh kelakar kan.. bukan seorang, tapi 3 orang. Cinta hexagon kut bentuknya. Sahabat lelaki ini selalu meluahkan kekecewaannya terhadap wanita itu, bagaimana wanita itu melayan perasaannya, meluahkan kata2 cinta, namun dia terasa seperti ada kekosongan disebalik kata2 cinta itu.

Sahabat wanita pula bercerita keseronokan melayan perasaan lelaki lelaki itu, keseronokan merasai pengalaman cinta, keseronokan dimanja dan mendapat perhatian spare parts walaupun suami orang ... keseronokan kerana mempunyai teman berpoya2 dan bergedik manja....

Kelakar pulak aku rasa, sebab kedua2nya meluahkan perasaan mereka yang berbeza kepada aku... tapi sedikit malang sebab aku tempat mereka meluahkan perasaan perasaan itu.... nak tak nak atas dasar hormat pada sahabat, aku dengar aje ... nak tambah lebih2, aku tamau... tamau nanti jadi salah faham and aku dikatakan punca. Cuma aku nasihat kat lelaki itu...yang lebih hak untuk menerima cinta awak ialah ibu kepada anak2 awak ... Bukankah awak dulu berkahwin dengan dia atas dasar cinta, atas dasar sayang .... Tapi selebihnya aku serah pada empunya diri...lantak korang la..dah korang yang sendiri pilih jalan tu.

Pada aku...cinta dan sayang sepatutnya kepada yang berhak.. bukan terpaksa mencintai kerana orang itu adalah ibu atau ayah kepada anak2.... atau sebab untuk mengisi kekosongan hati, mengubat kekecewaan. Orang yang tidak tahu mencintai dan menghargai seseorang yang wujud didepan mata adalah orang yang tidak layak untuk dicintai.

Soal hati dan perasaan ...berri berii complicated. sam taim ai oso don andersten.

Comments

Popular posts from this blog

Kenalilah Ciri2 Hasad Dengki

How do you define Happiness??

Jangan Mengharap Pada Sesuatu Yang Belum Pasti