Posts

Ujian ada Kesenangan Yang Tersembunyi

Assalamualaikum semua ... Fuhhh hari ni agak penat. Semenjak pindah opis varu, kerja bertambah, penat bertambah, keceriaan pon bertambah, lemak pon bertambah ... hahaha Anak2 skolah agama malam ... pukul 11 baru dapat golex2 kat katil kesayangam. Haaa ... nak citer ni, tadikan, ada la sorang hamba Allah ni menduga dan mencoba make my blood go upstairs.. Bukan boipren akak yerr .. ada la makhluk yang tak der kaitan dengan korang. Dah hampir2 nak marah, tapi cepat2 ingatkan diri sendiri .. sabarrr, jangan emo, maafkan beliau, bina kekuatan hati dan diri ... and berjaya kawal, cakap baik2 jer lepas teww ... Percaya bahawa Allah akan datangkan sesuatu yang baik, tak diduga .. Then tak lama lepas tu dapat berita baik ... Loan rumah bank bagi bonus kurangkan tempoh 6 tahun (patotnya setahun je) maknanya 6 tahun sebelom pencen dah abes installment rumah. Tu pun kalo Mizz N tak buat early settlement. Pas tu ada call sakap satu lagi berita yang sangat seronot didengar ... Hohoho ...

Sahabat Sampai Mati

Seronotnyaaaa Miss N dapat kompolkan geng2 sahabat sampai mati kat wassap Lagi seronott bila silaturrahim dipanjangkan, alhamdulillah Keakraban kami macam dulu, sengal tetap sama. Ada jer benda bikin ketawa hari2. Teringat zaman mula2 kenal ... tahun 2008, tahun aku mula kenal dorang neh till now, dah 5 tahun .. OMG!!! sepatnya masa berlalu Banyak perubahan, tapi persahabatan tetap sama :-) Meke tetap caring seperti dahulu ... bersahabat dgn ikhlas .. Tak de nak ambil kesempatan, tak de nak mengungkit, tak der nak tabur fitnah, jauh sekali nak melagakan sama sendiri Yang betul, di akui, yang tak betul, dinasihati Ni lah persahabatan yang sebenar, and sebab tu kami bertahan 5 tahun setakat ni. Walau lain mak and lain bapak, kitaorg tetap macam family. Dalam masa terdekat maybe ada geder-geder togeder. Kak Long sakap nak masak mee sup special Aku bawa muffin la agaknya. Tu yang paling senang dan sedap. Tak sabor nak gi rumah abg long n kak long yang santekkk tu.

Terharu .... Mak Touchingg

Assalamualaikum.... Pagi ni ngantuknyaa kat opis. Kes terlebih rajin malam tadi sampai tak perasan kol 1 lebih baru stop ngemas kain baju. Haishhh banyak sungguh la kain baju kitaorg ni. Baju gugirl n boboy yg tecik2 tu seme dah bungkus untuk di let go kan. Pelan2 ... plan seterusnya nak let go banyak lagi benda dalam almari tu. Bilik belakang dah hampir siap kemasnya. Almaklumlah Mizz N ni bukan minat sangat bab2 ngemas ni, so cara kemas pon pilih yg senang iaitu kemas dan buang, walaupun barang2 tu masih elok. Tak kisah la kalau makcit cleaner tu nak amik. Malam tadi masa melipat kain baju, duk borak dgn my gugirl yang tetiba bercakap pot pet pot pet non stop, macam adiknya. Banyak benda la dia story sambil makan nasi lemak. telinga kiri dengar tv, telinga kanan dengar yg dia cakap. Mata duk tengok kain baju. Sampai la kol 11 lebih baru dia nak tido. Sebelum dia tido, ada sesuatu yang buat aku terharu jauhhh di sudut hati. Dia cakap ... "Mama nak tahu tak, mama ialah mama ...

Cerita Kami di Hari Minggu

Image
Assalamualaikum ... Pagi ni pegi keje dengan ceria, gumbira, bersemangat, tersenyum tersengeh. Alhamdulillah. Weekend yang sangat2 best dan antara hari2 terbaik dalam idop kami. Selalunya jumpa kejap2 jer ... 2-3 hari, dah CJJ balik Tapi kali ni 6 hari togeder2, alhamdulillah banyak benda yg dibuat bersama2 especially weekend actually nak balik ke Taman Negara, tapi tak jadi, so we all.... 1.lunch date, 2.dinner date, 3.jumpa kawan2 lama sambil pekena steamboat 4.jumpa kakak, anak2 sedara, adik2 dan bonda 5.berjimba2 dgn family kat dataran merdeka sambil tgk live performance dari artis2 yg best 6.mengemas rumah 7.bekerja dari rumah utk dapatkan contact2 resort se malaya 8.bincang2 pasal masa depan dan perancangan seterusnya 9.main game (Mizz N la tu :P) Buat mende togeder2 memang sangat2 menyeronotkan ... Apa yang penting .. kerjasama!!! IsyaAllah, akan sedaya upaya menjaga perhubungan kekeluargaan yg erat ini sebaiknya. Semua dari Allah dan kami sangat2 bersyukur. ...

Ajari Aku ...

Ajari Aku ..... Ajari aku tuk bisa Menjadi yang engkau cinta Agar ku bisa memiliki rasa Yang luar biasa untukku dan untukmu Ku harap engkau mengerti Akan semua yang ku pinta Karna kau cahaya hidupku malamku Tuk terangi jalan ku yang berliku Hanya engkau yang bisa Hanya engkau yang tahu Hanya engkau yang mengerti Semua inginku Mungkinkah semua akan terjadi pada diriku Hanya engkau yang bisa mencintaiku Hanya engkau yang bisa Hanya engkau yang tahu Hanya engkau yang mengerti Semua inginku Hanya engkau yang tahu Hanya engkau yang mengerti Semua inginku Ajari aku tuk bisa mencintaimu ************************************************************** tak pegi konsert anuar zain 16hb hari tu .... ok jer .. bole tengok kat astro nanti ;-)

Yang Aku Mahu

Sebulan dah berlalu ... masuk bulan ke dua perjuangan ditahun 2013 Setakat ini aku memandang kehidupan 2013 dengan rasa puas hati dan penuh syukur Tak pernah miss lagi memasak bekal untuk gugirl n boboy tiap hari ke sekolah Tak pernah miss siapkan makan utk anak2 dan bonda sepanjang dia kat sini Hubungan keluarga kecil kami sangat best and rapat Rezeki tak pernah putus walau tak kaya Anak2 tak banyak ragam Solat lebih terjaga dan on time ... Apa lagi yang aku nak dalam hidup dengan sebegini banyak nikmat yang Allah bagi Aku mohon supaya hati dan diri ini sentiasa beranjak kepada yang lebih baik Supaya Allah tak balikkan hati kami kepada yang sia2 Supaya hidup ini sentiasa diberi rezeki yang barakah Dan supaya penyudah hidup kami dalam keadaan baik dan dipermudahkan ... Office baru ni sangat2 membahagiakan jiwa Mizz N Hari2 bersemangat nak datang opis ... kerja tak der yg tertangguh. Dapat lak boss baik dan antara yang terbaik. Syukurr ya Allah. banyak yang Mizz N bela...

Semua dari Allah

Assalamualaikum Semua ... Dah seminggu mama Mizz N ada kat rumah ... BP dia naik tak turun2 dah dekat sebulan. Dengan masalah tak boleh tido dan macam2 lagi. Dengar dan kaji... bukan dengar dan tolak tepi. Penat memanglah penat. Menjaga orang tua ni macam kita jaga budak kecil, tapi lebih banyak kerenahnya. Mizz N anggap itu sebagai ujian dan peluang untuk sesuatu yang lebih baik. So far, so good pada fikiran Mizz N. Banyak peluang untuk bercakap dari hati, saling nasihat menasihati dan menegur dengan cara yang sopan. Dugaan memang banyak, tapi alhamdulillah, semuanya dilalui dgn perubahan pemikiran diri sendiri walau ada masanya rasa sikit sedih. Mizz N belajar banyak perkara, terutama dari segi menerima kekurangan orang lain dan juga kekurangan diri sendiri. Alhamdulillah, Mizz N mencuba yang sedaya. Jaga makan minum, suh mama berehat secukupnya. Fikir yang baik2 tentang diri sendiri dan orang lain. InsyaAllah hati akan lebih tenang. Anak2 Mizz N pun tersangatlah baiknya. Langs...

Yeaaa... Yeaaaaa

Image
Salam semua ... Phewwww ... kehidupan sekarang sangat2 kalerful, wonderful .. alhamdulillah. Cuma keletihan tiap hari dgn full schedule sebagai ibu, isteri, cikgu, part time surirumah, staff terhangat, dan kedai kami ... Perghhh memang sangat2 hectic and challenging. Seluruh masa digunakan sepenuhnya .. sedar2 dah pukul 12-1 tengah malam. Then badan pon minta rehat ... zzzzzzzz..... Tengahari time lunch berkejar balik rumah siapkan lunch for my cupids .. biorlah diri sendiri tak sempat makan asal mereka kekenyangan dan gumbira sokmo. Itu janji aku pada diri aku sendiri .. apa2, anak2, suami dan keluarga perlu diberi kepentingan. Aktiviti lepas kerja pulak sangat2 kalerful dengan kain2 felt dan mencari gambor2 untuk printing... Penattt, tapi seronok. Hari ni ada tempahan printing untuk 12 helai jersey. Alhamdulillah .. syukur pada Allah. Rezeki yang datang memang tak dijangka walau ada pasang dan surutnya. Tapi kami percaya ini adalah permulaan yang sangat2 cool!! Minat sama pulak...

Head Band In da House ...

Image
Assalamualaikum semuaaa ... Hidup mesti diteruskan ... Hidup mesti ada pembaharuan .. yezzaaa Produk terbaru Mizz N ialah felf head band ... sungguh ohsemm pada pandangan mata dan jiwa raga Mizz N... Nak siapkan tempahan kawan seperti dibawah neh ... Super Duper Cute kan!! sapa2 nak orderrr silalah contact Mizz N kat ruangan komen hokeh :-)

Perangai Orang Kita

Assalamualaikum ... Minggu pertama 2013 memang sangat2 menguji kekuatan fizikal dan mental. Kepenatan sangat dengan macam2 urusan. Tapi, siapa kita untuk merungut2 atas segala nikmat Allah kan... Mizz N suka menulis tentang diri, tentang apa yang berlaku disekeliling sebagai pelajaran untuk diri sendiri dan pembaca. Tajuk entry kali ni ... Perangai Orang Kita. Hmmm .. Fokus Mizz N kali ini adalah perangai orang kita dalam menghadapi sesuatu masalah ... 1. Suka memilih cakap2 dibelakang dengan org lain dari menasihati berdepan cara berhikmah. Ada waktunya orang tersebut tak tahupun apa yang menjadi masalah dan hanya mendengar cerita yang dah jadi second hand dan bertambah2. 2. Suka memilih untuk menurut tanpa nasihat walaupun terang2an sesuatu tu tak betul bila perkara tu dilakukan oleh orang yang dipihak. 3. Suka memanjangkan masalah dan sengketa dari mencari penyelesaiannya 4. Suka menggunakan perkataan2 yang over2 supaya cerita nampak lebih tragis dan ...

Kembali ke Sekolah

Oh noooooo ... suti sekolah sudah abeshhh!!!! Bukan ajer my cupids merengek, tapi Mizz N pon sama. Meaning, kene bangun super awal, kene gosok baju, kene pastikan dari spender sampai stokin tersiap everyday. My girl is standard 6 and my boy is standard 4 .. Dah makin besar, makin bijak, makin cantik dan hensem. Hari ni tak cuti pon. Just drop mereka kat skolah.. tunggu jap, then pegi office. My cupids are so independent .. tak der ngada2 dalam apa2 hal pun. Alhamdulillah .. tu semua dari Allah. Pagi tadi agak sibuk ... terlupa jahit lencana kat baju skolah wakaka ... so terhegeh2 la menjahit sambil tengok jam. Kedai kami ... alhamdulillah juga .. prospek bagus Awal2 pun dah ada insiden yang ingin menjatuhkan kami Biasalah Melayu, mana boleh tengok orang lain lebih dan maju kan .. So itu dugaan kami ... Mudah2an Allah permudahkan dan sentiasa merahmati usaha dan kasih sayang kami Mizz N sayang sangat pada suami, anak2 dan kedai kami Syukur atas segala2nya Ya Allah .. ...

Projek Stage 2 ... Felt Bookmark

Image
Assalamualaikum ... Hai semuaa ... kisahnya Taman Negara baru lepas banjir .. abes seme tenggelam seperti biasa setahun sekali. air naik setinggi rumah 3 tingkat gteww ... ya sangat tinggi dan arus super laju. Alhamdulillah hari ni dah beransur surut dan sururt. Mudah2an keadaan kembali normal. Masa2 agak bizi ni, tak banyak yang sempat untuk diceritakan, walau banyak kejadiannya. Alhamdulillah kejadian yang molek2 belaka. Minggu ke dua dengan kedai printing .. really a great start. Tak sangka lak permintaan melebihi stok. Hmm, ye la kita ni kadang2 rasa tak berapa confident ...nanti ada stok banyak2 tak laku cemana?? macam2 la kat dalam kepala tu. Tapi realitinya, alhamdulillah. Memang keputusan kami ni tak der silapnya. Sedih sangat terpaksa tolak order dek stok yang dah abeshh. So minggu ni kita shopping untuk restok ok. Ok, aku pon sekarang dah menjinakkan hati dalam bidang craft. Bermula yang paling simple dulu. Ye la orang Malaysia ni perangai membeli mesti nak yang MURAH k...

Tahap Seterusnya ....

Image
Assalamualaikum .. Alhamdulillah ... masih dipanjangkan umur untuk menulis. Banyak kejadian yang tak sempat nak direkodkan disini sebab sekarang Mizz N sedang bizi dengan bisness baru iaitu HEAT PRESS SOUVENIR iaitu decorative mugs, tiles, mousepad, flask, t-shirt, jigsawpuzzle, photoshoot, etc ... Impian untuk ada kedai sendiri tercapai gak akhirnya... syukur pada Allah yang telah memberi ilham dan membuka peluang untuk kami... Tulah kalau dah rezeki, apa cara pun dia akan datang juga dan aku mengambil pelung ni sebaiknya... Hari Sabtu lepas aku ke Taman Negara untuk bantu cuci dan setting kedai. Penyewa lama... errr nak panggil penyewa ke kalau duh berbulan2 tak bayar sewa then lari ... sangat tak bertanggungjawab kan ... tinggal kedai bersepah2 dgn barang2 yang tak dihangkut... ikut hati aku, nak jer jual bundle barang2 tu sebab mnyusahkan kitaorang nak mengemas... tu la dugaan ke pertama ... Then lepas sapu2, susun2, aku terima call mengatakan ma masuk spital hi bp .. dugaan k...

Patah Tumbuh Hilang Berganti

Assalamualaikum semua ... Pagi ni Mizz N rasa malass sangat pegi office. Nak cuti!! Nak cuti!! Actually minggu ni yang malas sangat. Weekend lepas berjimba abes, and minggu ni dgn macam2 hal kat opis. Bos berkonflik sesama bos .. haiyyaa ... staff2 yg pening ... Bila ego tinggi, memang payah la nak cakap molek2 sesama mereka. Lantok lahh .. Yang penting bukan aku yang berkonflik .. i love peace, love and harmony ... awwwww.... So minggu ni we've plan for sumthing .. weekend yang best definitely. Mudah2an Allah permudahkan dan terus memberi rezeki pada kami. Ok .. tajuk posting kali ni adalah salah satu peribahasa Melayu. Indah kan maksudnya.. Kehilangan yang berganti ... Cuma, apakah yang berganti tu sama atau jauh lebih baik. Kalau lebih baik, alhamdulillah, syukur ... tapi kalau sama atau lebih teruk .. haishhh. sendiri mau ingatlah kan .. Mizz N dah beberapa kali mengalami kehilangan dalam idop .. kehilangan yang besar and tak semua orang boleh menghadapi saat2 yang sukar ...

Best yang Sangat Best

Image
Assalamualaikum semuaaa Weekend baru ni memang antara weekend yang best !!!! Errrr ... buka tiap2 weekend memang best ker ??? Hmmm ... yezzaaa memang betoii !!! Cuma weekend baru ni padat, sendat dan melimpah ruah dengan aktiviti2 keluarga. Dari Khamis malam .. dinner bersama suami, anak2, bonda dan adik2 Mizz N masak special taww ... menu orang kaya lagi walaupon makanannya tak la sekaya mana saja nak propa ... Sabtu ke Genting satu family dari pagi ke malam Kitaorang gi main salji kat Snow World Suhu -6 ok ... Tak dibenarkan amik gambor. Kalau nak bergambor, satu gambor RM40 mahal rabakk!!! Then gi bawak budak2 kat indoor theme park Kene jadi bijak time2 gini.. Cuaca sekarang hari2 ujan.. so kalau main yg outdoor punya takat abeskan duit beli tiket aje la. Makan pon voley tahannn Nasi sepinggan dgn lauk dalam RM25 seorang ...fuhhhh Nasib bek opah tak ikot, kalo idak.. mesti opah marah sebab membazir.. ekekeke Ahad gi nonton movie and jalan2 cari makan ... B...

Akhirnyeee .....

Akhirnya sessi mengaudit pon selesai ... Masing2 ucapkan tahniah pada aku Sebab utk tahun kedua aku di opis ni Tak berlaku non comformance dari proses kerja Alhamdulillah, syukur sangat2 Aku masih percaya, bila kita mudahkan urusan orang dengan ikhlas, Allah pasti akan mudahkan urusan kita. Tak perlu nak canang satu dunia apa kita ada dan apa yang kita buat, Benda yang baik akan terbukti dengan sendirinya Terima kasih Allah !!!! Rasa penat sangat otak dan badan Berhari2 stress memikirkan audit Bila ketua auditor di audit, maka level of stressnya sangat2 tinggi Tapi cemanapon, alhamdulillah aku masih bole ketawa, senyum kat opis tak der gaduh dgn sapa2 tak perlu nak mengutuk atau marah sesiapa cuma kadang2 ngadu manja dgn encik suami bila dah terlalu penat and kadang2 kerjasama tu tak seperti yang aku harapkan manusia ni macam2 kerenah kat mana2 pon keadaannya sama hari ni masih sambung diet makan oat sahaja .. 3 sudu pagi dan 3 sudu tengahari tak kurus ponn ....

Gosok Jgn Tak Gosok!!!

Pepagi lagi dah parrrking kar carwash. Untong la kat sini ada 24 hours carwash. Kete aku dah macam lori pasir berdebu luarannya dan sangat sakit mataku memandang so. walaupon akan sampai sikit lambat aku tetap nak transform kete ni jadi berkilat n bersinar bak lantai dirumahku Tahap kerajinan aku maintain sekarang. Alhamdulillah Seronok tengok keadaan yg kemas dan bersih Tapi mmg perlu effort dan kerajinan yg lebih Sementara dalam usaha menurunkan berat badan Bagus sangat mengeluarkan peluh dgn cara gini Rumah bersih, badan cergas! ok, berbalik pada citer car wash ni rupanya dah berderet kete menunggu utk mandi kete aku yg kelima. phewww pekerja 2 orang je maknanya kene tunggu lama banyak hmmm tak per, janji berkilat n bersinar mesti pagi ni meke kat opis tanya sebab aku jarang sangat sampai lepas kol 8

Kejujuran: Nilainya

Bercakap soal kejujuran Kita semua ingin orang jujur dengan kita, namun persoalan utamanya, adakah kita jujur dengan diri kita? Jujur dengan orang di sekeliling kita? Jujur dalam setiap perkara yang dilakukan? kita mengharapkan sesuatu yang baik daripada tapi kita tidak melakukannya. What you give you get back. Kejujuran boleh mengubah hidup. Kejujuran boleh mengolah keadaan. Hidup ni adalah sekolah bagi kita semua. Tak semestinya bila Mizz N menulis pasal kejujuran maknanya Mizz N pompuan paling jujur di alam maya ni. Oh tidakkkk. Mizz N tidak lah begitu berhemah Tapi juga bukan pengkhianat hati dan perasaan orang lain Nak sangat jadi manusia yang jujur tanpa henti. walau kata orang kejujuran tu ada kalanya menyakitkan ya, mungkin menyakitkan sebab cara penyampaian dan perkataan yang digunakan tak sesuai atau kita tidak bersikap jujur dari awal Pernah baca cemana nak latih diri supaya bersifat jujur Mesti mulakan dengan diri sendiri. Jujur pada diri, pad...

Genting Highland Aku Datang

Image
Perghhh.. Dah 15 tahun aku tak jejak tempat ni Last pegi masa zaman student dulu Banyak sangat perubahan and definitely perubahan yang positif kepada pengunjung dolu2 tak der jalan terus ke theme park. tapi sekarang. parrking kete kat sebelah taman tema luar je. Mizz N dan suami just redah jer. tak der menda nak buat, so kitaorang pon dtg sini alhamdulillah perjalanan ok, cuaca ok masa sampai. jalan2, explore. memang sangat syiokk!!!! Tak banyak gambor yg bole diupload sebab banyak gmbo kitaorg je haishhh sangat2 tak sabar nak datang balik dgn anak2. hari ni meke balik kampung ada kenduri kat rumah opah sebelah sana bajet untuk satu family dah kira dahhhh mudah2an Allah beri kami rezeki tak sabarrrrrr nak dtg semula.

Ahlan Wasahlan 1434 Hijriah

Alhamdulillah, masih berpeluang untuk menyambut tahun baru 1434 Hijriah. Yang istimewanya tahun ni, aku dan anak2 bersama2 membaca doa akhir tahun iaitu selepas asar dan doa awal tahun selepas maghrib. Since perlu dibaca 3 kali, kitaorang gilir2 baca. Rasa tenang dan bahagia dapat bersama2 dgn insan tersayang pada waktu2 yang barakah gini. Kandaku akan sampai esok. Yeaa yeaaa!!! Rindu gilerzz wehh So disini nak wish rakan2 semua Salam Maal Hijrah. Semoga kita teeus berhijrah kearah kebaikan. Semua manusia buat silap. Takder sorang yg sempurna, yang penting kita punya kekuatan untuk memperbaiki diri. Masing2 ada kisah silam, keburukan dan kekurangan. Belajar menerima kelemahan diri, appretiate kekuatan kita dgn sikap syukur. Then baru kita boleh punya hubungan baik sesama manusia. Tutup buku lama, buka buku baru. Rugi lah mereka yang merelakan diri trperangkap dalam kisah2 silam yang menyakitkan hati dan jiwa. Hidup mesti kehadapan!!! Aku doakan kita semua diberi kesihatan yang b...