Boboi or Gegerl??

Soalan paling hot sekarang...
Boboi or gegerl baby ni??
Jumpa je kawan2 atau yg aku kenal, mesti akan ditanya.
Tah la yunk, tak nampak lagi masa akak scan ritu. Tunggu akhir bulan ni ekk. Sebenarnya aku pon seksaited nak tahu walaupon tak kisah sebenarnya samada boboi atau gegerl.
Doa aku dan suami agar mama dan baby sihat, dipermudahkan urusan bersalin nanti dan tak sakit bnyk.

Terkesima aku bila kawan yg baru bersalin 2 hari lepas cakap tak sakit n tak de jahit pun. OMG, lucky of her. Maybe sebab dia bersalin rapat2 and yg ke empat, so perjalanannya lebih smooth n steady.
Frankly speaking aku ada rasa nervous sbb dah lupa sakit tu cemana. Tapi yg pasti sakit contraction tu buat rasa mcm nak tendang je nurse yg duk dtg check bukaan dah berapa.
Phewwww.. agak scary nak mengulangi saat2 itteww.

By the way, alahan aku dah hilang sepenuhnya. Alhamdulillah.. So skrg ni masa utk memboolatkan badan. Tapi idak la beria aku makan. Badan aku mmg senang naik. Dan kalau nak kurus. kene diet beria gak. Hmmm.. tu citer lepas baby kuar ok.

Org kata nak tau baby boy or girl tengok pada bentuk perut. Yess, aku sgt pandai kalau teka org punya. takat ni tak penah salah. Tapi bila nak tengok sendiri punya rasa kompius lak. Ish ishhh.. teruk kan. Haritu scan tak nampak lagi. Dia duk gerak2 and tamau tunjuk. Nak surprise la agaknya tu. Skrg dah rasa yg baby aku sgt aktif. Duk tenguit2 kat dalam perut ni sokmo.

Kawan aku cakap, masa dia dulu pegnen anak yg last, dia rasa segan sbb masa tu dah umo sama aku. Aku cakap apa la nak segan, bukannya anak luar nikah, dan bukan dah dekat 50 pon umo. Aku steady je, sikit x de rasa malu, even bersyukur sbb masih produktif. Tengok montot la kata kawan aku. hahaha..

Ok la, cukup setakat ni, aku nak mandi, nak tido dan nak mimpi indah. Semoga esok akan lebih baik dari hari ini... ameennn.

Comments

Popular posts from this blog

Kenalilah Ciri2 Hasad Dengki

Jangan Mengharap Pada Sesuatu Yang Belum Pasti

Komen