Sekiranya Ini Sujud Terakhirku

Malam ni rasa agak syahdu
Memikirkan diri sendiri sebagai seorang ibu, seorang isteri, seorang anak, seorang pekerja, seorang hamba yang banyak kekurangan.
Apakah sudah cukup segala yang aku lakukan untuk membahagiakan orang2 yang aku sayang?
Rasanya terlalu banyak lagi yang harus aku lakukan..
Melihat wajah suci anak2 yg sedang tidur, buat aku rasa sangat2 sedih..
Bahagiakah kalian dengan mama?
Cukupkah segala kasih sayang dan perhatian yang mama dah beri selama ini.
Ya Allah, aku manusia yang lemah.
Berikanlah kebijaksanaan, kekuatan dan ketabahan kepada diriku. Penuhilah hatiku dengan rasa cinta, kasih dan sayang atas dasar amanah dan tanggungjawab kepadaMu..
Sekiranya malam ini merupakan sujud terakhirku, ampunkanlah diriku, kau peliharalah keluarga kami, iman kami dan amalan kami yang membawa kami je syurga. Ameenn...

Comments

Popular posts from this blog

Kenalilah Ciri2 Hasad Dengki

How do you define Happiness??

Jangan Mengharap Pada Sesuatu Yang Belum Pasti