Our Jimba2 Day Again and Again

Sesungguhnya kitaorg ni mmg tak leh duk kat rumah kalau cuti or weekend
Dalam kepala mula la mereka benda2yg nak dibuat..
By consensus, semua setuju untuk pegi ke wangsa walk. My boy nak main game kat Cobay.

Tiap hari Sabtu, kalau nak kuar, we akan ready by 10.30 pagi. Time tu org tak ramai, parking boleh pilih location yg best dan less kecoh kat dalam mall. Lagipun bole stay lelama kalau dtg awal.

Memula we ollz gi Cobay, tempat favourite my boboboi. Layan la dia main game animal kaizer. Mahal gak game tu sampai telan 6 token sekali main. Then aku ajak meke gi kat movie, mana tau ada citer best. Ringan molot mengajak, ringan juga la jawapan meke. Yeayyy, seronok sangat letteww.
Aaaa ada lak citer vikingdom. Mmg nak tengok citer ni pon. Alhamdulillah, tiket ada kol 1.30, so tak de la lama nak menunggu.

Sebelum we ollz pegi TGV, singgah makan kat Pak John Steamboat.
Huhuhu, sangat mengecewakan sbb tak sedapp


Lepas tengok movie, makan kat Secret Recipe. 
Ni menu anak teruna. Crispy chicken. 
Rasa memang sangatlah sedap. berbaloi2 dgn harga. 
Rasa dia ada mcm uncle bob fried chicken. 
Cuma harga berbeza and yg ni lebih sedap. 
Dihidangkan dgn fries n salad segar, 
memang molot rasa tamau berenti mengunyah.


Ni lak menu anak dara. Mozarella fish.
 Pun thumbs up!! Bau dan rasanya memang best. 
Sampai licin la anak dara aku makan. 
Aku suap2 sket untuk mek sure makanan tu betul2 abes. 
Tamau order lagi sbb nanti x abes. 
Tak rugi makan kat sini. 
Dengan chocholate indulgence sebagai pencuci molot 
 and merupakan menu terakhir petang ni, rasa sangat la heaven.

Ekcelikan, belum sempat abes makan, 
anak dara aku dah tanya. Malam ni mama nak masak sup ke lamb chop. 
Ya ampunnnn, mama kene masak ke. 
Korang tak kenyang sampai ke malam ke? Dua2 jawab TAKKK.. 
ok la mama masak lamb chop dgn coleslaw. 
Yeayyy.. kata dorang. Mama masak paling sedappp. 
Siap puji2an pagi tu bak kasi aku terangkat. 
Haiii la betuah punya anak. Patotnya mama berbangga la kan. 
sebab kemana je anak2 pegi, 
still they missed my cook dan kata mom’s cook is the best on earth.

 Dah penat makan, we ollz pon balik. Otw, sempat lagi anak aku nak beli oreo ice blended. Haiyya, memang bajet bulanan banyak abes ke makan. Tak pe lah, aku ok je kalau bab2 makan n family matters. Masa kecik2 dolu, susah. Nak minta apapun kesian kat ma dan abah sebab adik2 berderet lagi kat bawah yg perlu macam2. So, bila Allah beri rezeki pada aku n family, aku tak berkira sangat, kecuali pada yang berkira. 


So malam ni just duk rumah, settlekan mendobi dan mengemas sikit. Nak kemas beria aku dah tak berapa larat. Doktor pun pesan, jgn terlalu lasak n angkat benda2 berat. My cupids dah lena. Nak makan lambchop la kunun. Penat sangat tu berjalan tadi

Sebelum pen off, semoga Allah mengampunkan segala dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, kurniakan kami rezeki yg berganda dan barakah setiap hari, iman yg bertambah. Jadikanlah kami dan keturunan kami hamba yg tetap mendirikan solat. Matikanlah kami dengan kalimah Lailahaillallah dan tempatkanlah kami kedalam syurgaMu.. Ameennnn

(repost due to typo and format yg kureng chantek ... eh ni kan akak punya blog. suka suki la kan nak update or revise. perlu bagitau ka???)


.














Comments

Popular posts from this blog

Kenalilah Ciri2 Hasad Dengki

Jangan Mengharap Pada Sesuatu Yang Belum Pasti

Perjalanan Baby Aleesya - Birth Story at 38 weeks