Something To Ponder

Alhamdulillah, adik aku dah selamat discharged malam tadi. Sekarang dia ada kat rumah aku ..berehat2 dan dalam proses untuk bayik. Aku pun harap lepas ni dapat rehat2kan diri and bayikkan diri dari demam yag dah lebey 2 minggu nih ...
Just nak share dgn u ollz pasal pengalaman berulang alik kat spital ...kat ward 18 tue, 95% patient seme yg dah tua, and of course seme lelaki sebab ward lelaki bah. Sepanjang 6 hari kat situ, aku observe, ada patient yg setiap masa ada jer org datang melawat, seperti adik aku ... ada patient yang wife atau anak datang melawat untuk hantar makanan and tinggal cam tu je without any communication with the patient ...and ada jugak patient yg tak ada langsung org melawat, mcm pakcik kat depan katil adik aku. Sedey bila tgk meke2 nih, nak bangun makan pun tak larat and tak ada org nak ambil berat.
Hari Sabtu lepas, uncle cina kat katil hujung mati, tapi di kelilingi oleh anak2 and adik beradik pada saat2 akhir ...
Ada satu pakcik ni, asalnya duk kat sebelah katil adekk aku.. dia terbaring jer...banyak tido, tapi jaga2 la jugak especially bila aku, kak ni and shu datang ...kitaorg sembang viasalah agak riuh... seb bek tak kena terajang dek pakcik tu... dia diam jer..tengok jer kitaorang datang... anak2 n wife dia datang sekali 2 utk antar makanan jer, selebihnya dia handle sendiri.
Hari Selasa aku datang, tengok dia dah tak der kat katil sebelah ...haku tanya azam, mana pakcik tu..rupa2nya dah pindah kat katil depan dia. Aku toleh and tengok pakcik tu tgh pandang jer kat aku ... Aku senyum kat pakcik tu, tapi aku dapat rasa mcm pakcik tu akan pergi dalam masa terdekat ...
Semalam .. masa aku amik azam ...dia gtaw aku pakcik tu dah tak der ... meninggal dalam tidur and tak siapa pun sedar ... tau2 dah meninggal ...Rasa sedih sangat sebab aku bayangkan ..mati tanpa ada orang2 yg aku sayang dekat dgn aku.. very2 painful kan ..

Aku doa, andai tiba masa kita semua pergi, semoga Allah ambil nyawa kita dalam keadaan yang beriman, soleh dan solehah ... tidak keseorangan dan dengan ucapan syahadah ... aminnnn.

Comments

Popular posts from this blog

Kenalilah Ciri2 Hasad Dengki

Jangan Mengharap Pada Sesuatu Yang Belum Pasti

Komen