Posts

Salam Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin

Image
Assalamualaikum .... Hari last sebelum start bercuti ... sangat2 lah senggang sebab keje semua dah beres .. siap cover keje sampai lepas raya tu .. So hari ni aku nolong my boss settlekan kad2 kawin anak dia. Opis we ollz je yg masih full staff... Opis  lelain dah selamat bersuti .. Tapi pada aku, suti selepas raya sangatlah nikmatnyaa dari cuti awal2 sebelum raya. So .. InsyaAllah, tahun ni kami beraya di Perak, bersama family tercinta, bonda tercinta dan adik beradik. Wahhhh, sangat2 seksaited nak lepak2 togeder2, makan togeder2 sambil menikmati family moment ... Tu adalah antara perkara terbaik dalam hidup aku ... After sekian lama muntah2 alahan pegnen, time raya ni aku nak bedal rendang dan lemang sukup2 .. Muntah pon muntah la kann. Cookies raya, seperti biasa, setiap tahun takkan penah miss punya .. Ada buat sikit utk dibawa balik kampung and untuk ipar2 di pahang nanti, insyaAllah. Puas hati dapat buat sendiri .. hasil tangan dan resepi sendiri.. Petang ni, aku dan...

Kehendak dan Keperluan

Tengok orang beli baju mahal .. kita pon nak beli baju mahal Tengok orang beli barang kemas .. kita pon start pegang calculator Tengok orang pakai kete baru ... kita pon mula la panjang akal nak tuko kete Tengok orang jalan sana sini .. kita pon mula la berangan nak melancong juga Kadang2 nafsu buat kita lupa antara kehendak dan keperluan Kalau mampu .. tak de masalah .. but still kena beringat sebab hidup ni penuh dgn kejutan Kalau tak mampu lagi lah kene beringat Keliru diantara kehendak dengan keperluan. Pada kita, ianya adalah keperluan tetapi sebenarnya ianya adalah kehendak. Bila mana masih ada alternatif lain sebagai jalan penyelesaian untuk sesuatu itu, ianya masih boleh dianggap sebagai kehendak. Kegagalan kita mengawal kehendak kita menjadikan ramai diantara kita gagal mengekalkan status kaya atau sederhana. Ini menjadikan kita tergolong didalam golongan miskin tanpa kita sedari. Betul kan .. bila kita berbelanja melebihi kemampuan .. Terpaksa berhutang sana ...

Dah almost 14 weeks ... Alhamdulillah

Image
Salam semuaaa... Minggu ni insyaallah, baby dah 14 weeks ... waaa cepatnya kan. Muntah dah kurang sikit, tapi loya masih kuat. Alhamdulillah, walau muntah tiap hari lepas buka puasa, makan pun sikit, Tetap gigih berpuasa. InsyaAllah baby ni akan jadi baby yg kuat, cekal dan ceria macam mama dan papa. Kakak dgn abang pun kuat puasa walau hari2 sekolah. So far, sahur tak penah missed .. kol 4.30-5 pagi dah boolat mata. Anak2 pon tak susah nak kejut. mcm ni la gambaran 14 weeks pregnant                                                 Ramai yang teka akak pegnen baby boy .. Perut pon tk besor lagi sebab berat makin turun, Tang mana yg meke nampak mcm baby boy tu tatau la. Maybe sbb akak maintain penampilan before and after kut Kata orang, bila pegnen baby girl, the mommy nampak lebih pucat dan kurang berseri. Wallahualam .. tapi akak tak kisah, boy or ...

Kita Kenal Diri Kita

Image
Kadang2 dalam perjuangan hidup, ada masa kita rasa lemah, ada masa kita rasa kuat. Itu adalah normal, bagi aku. Ada masa kita ketawa dan ada masa kita berduka. Itu juga adalah normal bagi aku. Kerana kita adalah manusia, punya hati dan perasaan, punya kekuatan dan kelemahan, punya kelebihan dan kekurangan. Yess .. sebagai manusia takkan dapat elak dari semua tu walau kadangkala hati dan mulut menafikannya. Kelmarin senja, aku terima satu panggilan telephone dari seorang sahabat yang tak pernah sekali pon call aku sebelum ni. Segala urusan atas dasar kerja or sembang2 kosong di ofis. Dengan suara yang kelat, berbaur stress dia mulakan bicara. Ye sungguh, dia memang tengah stress dan tak ada tempat nak ngadu. Aku sikit pelik sebab selama ni kitaorang tak penah berbalas call atau bergossip via sms. Dia kata, masa aku tengah sedih n stress tadi, aku tetiba teringatkan engkau, so aku terus call kau. So kami sembang2 lama gak walaupon masa tu aku tgh drive balik dari pasar ramadhan. Menga...

Seperti katak Bawah Tempurung

Image
Lagi peribahasa yang jadi tajuk entry kali ni .. "like the frog under the coconut shell" Ni la tempurung yang ada pintu ... baru boleh nampak dunia luar selain dunia sendiri. Gambar katak tamau letak lah. No good utk ibu mengandung ..ngeeee!!! Memang peribahasa Melayu ni sangat indah dan dalam maksudnya .. Peribahasa ini amat berguna dan bermakna kerana ia membawa maksud orang seperti ini tidak mengetahui kejadian yang berlaku di sekelilingnya dan tidak dapat rnembezakan keadaan di dalam dan di luar tempurung kehidupannya. Akibat kesempitan fikiran, mereka menganggap keadaan, kehidupan dan sikap manusia pada hari ini  itu sama 10 tahun lepas sedangkan mereka tak tahu yang mereka dah jauh ketinggalan dan ditinggalkan .. Orang2 dalam kategori inilah yang mudah ditipu dalam hidup mereka Ditipu oleh org yang dalam tempurung yg sama  .. dan paling teruk, mereka ni tak dapat terima kenyataan yang fikiran dan kehidupan mereka sesempit tempurung tersebut. Kesian kan...

Shopping @ Lazada

Image
Korang penah dengar atau penah baca produk Lazada tak? Kalau yang rajin ber FB, kompem akan selalu dapat iklan barang2 tu. Mizz N rajin gak duk belek2 online katalognya Hampir semua barang2nya memang best ..  dan harga berpatutan. Macam2 barang ada, dari bath, bedding, home n living, home decor Mizz N punya attention lebih kepada barang2 yang boleh digunakan. Seperti ini robot vacuum .. hohoho .. rege rm365 .. awmmm kene menabung Ni la ghopenyer robot vacuum tu Hmmm... menarikkan :-) ... Yang ni pon i loikeee ... Garment Steamer ... Awwwww Pendek kata, seme la best2, cuma duit je yg tak best ... hohoho.. Satu lagi, waffle maker. aisehhhh maleh lak nak tepek gambo. Cuma, risiko beli barang online ni, kita tak dapat nak test dulu benda tu ok ke tidak. Kalau tak ok, alamat jenuh le nunggu ganti. By the way, Mizz N tak penah lagi try beli barang kat Lazada ni, cuma seronot tengok katalog2nya ajer ... Lagipon skrg priority perbelanjaan dah ke tempat lain dulu .. So...

Bersusah2 Dahulu ...

Peribahasa dan perumpamaan Melayu ni sangat unik dan indah kan .. Semuanya mengandungi maksud dan pengajaran yang mendalam buat kita. Seperti yang ni ... Berakit2 ke hulu, berenang2 ketepian Bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian Ini jugalah yang aku amalkan dalam kehidupan dan mendidik anak2. Aku ni bole bersabar jika tak mampu untuk memperolehi sesuatu yg aku nak dalam masa terdekat. Sebagai contoh, kalau aku nak beli sesuatu, aku akan pastikan aku mampu 100% tanpa hutang Kecualilah rumah yang beratus ribu ... itupun aku dah buat settlement separuh Kereta pun, insyaAllah, dah tak lama Tapi kalau barang2 lain .. aku akan pastikan cash aku mencukupi, then baru aku beli. Aku ni konvensional, tak guna credit card, debit card dan sebagainya Tapi aku lega sebab hidup tak banyak hutang And banyak benda yang kami dah berjaya perolehi tanpa hutang, alhamdulillah Biar low profile, dan diam2 ubi tapi satu masa akan nampak hasilnya. Sekarang ni masih tempoh bersusah2 dan aku berh...

Ramadhan - Day 1

Hari pertama ramadhan ... alhamdulillah, tak susah nak celik sebab biasa pun bangun awal. Menu sahur hari ni ... 1. Gulai lemak udang 2. Telor dadar 3. Kambeng goreng kunyit 4. Ikan masin jeruk n bawang goreng 5. Pizza segera untuk my boboboi Meriahhh ... macam menu berbuka la pulekkk. Kami ni mmg keluarga suka makan, mama suka masak walau dalam menahan muntah. Lepas settle hal2 sahur, solat subuh n settle iron baju kakak dan abang.  Non stop bergerak sampai la time untuk pegi keje. Pinggan encik suami punya tugas. Kat opis, pepagi dapat call my boss injured, so pegi rumah dia anta topang ketiak .. Dia injured masa nak bersihkan ladang kambingnya .. kesiann Bawak dia lak balik opis sbb ada meeting. Dia nak pegi gak. No compromi katanya mulut saya sihat dan boleh cakap banyak .. hehehe ada2 je la boss ni. Datin cakap, teruknyaaa jaga doktor yg sakit ni cerewet sangattttt .... kitaorang gelak2 je dengar datin cerita.. Kat office, dengan ekon yg nayaman, buat mata...

Ramadhan Datang Lagi .... alhamdulillah :-)

Mama ... urut jap .. Tu la permintaan dua2 anak Mizz N tiap kali bangun tido ok, mama urut ... picit2 lengan, picit2 bahu ... cuit2 ketiak sampai meke gelak2 .. Air sirap .... siap!! Air mineral sejuk ... siap !! Chicken drummet ... siap !! Duit belanja ... settle !! Cium peluk, salam ... mwahh mwahh Bye kakak, nopel ... jgn lupa baca ayat kursi :-) Anak2 pegi skolah dgn senyuman dan kekenyangan. Huhuhu .. last day sebelum pose tahun ni .. Bermakna sebulan aku rehat dari siapkan bekal Tapi sebulan kene mangun kol 4.30 pagi untuk prepare sahur. Phewww .. macam la tak biasa Nur oii memang la dah biasa .. seronok sangat nak celebrate ramadhan. Semoga panjang umur untuk menikmati sebulan ramadhan ni Aishhh .. loya2 masih belum hilang, makin cepat penat adalah So, maknanya pose tahun ni paling kuat dugaan. Chayyok chayyok !!! Seronok dapat sambut Ramadhan dgn suami dan anak2 Ada la tempat meke bermanja time2 Mizz N keloyaan Bila Ramadhan, takkan dapat dipisahkan deng...

Sakaratul Maut

Image
“Demi Allah, seandainya jenazah yang sedang kalian tangisi bisa berbicara sekejab, lalu menceritakan (pengalaman sakaratul mautnya) pada kalian, niscaya kalian akan melupakan jenazah tersebut, dan mulai menangisi diri kalian sendiri” (Imam Gahzali).. Mizz N memang suka membaca mengenai kematian, kisah2 mereka yang dah meninggal dunia untuk dijadikan teladan dan pedoman diri yang tak sempurna ni.                                       Bila sebut pasal kematian, adehhhh ... memang sangat menakutkan. Banyaknya dosa yang nak di tebus, banyaknya amalan yang nak di hisab ... Bersediakah??? Setakat ni, rasa macam belum lagi. Banyak lagi yang nak dibuat sebagai bekalan. Masa yang berlalu membawa macam2 kisah, pahit manis, suka duka ... fuhhh ... takutnya nak melalui sakratul maut ... takutnya nak menghada...

Kecantikan ... Hak Milik Setiap Insan

Image
Kecantikan .. adakah ia diukur dari rupa yang menawan, kulit yang gebu badan yang ramping, rambut yang mempersona Atau sebenarnya ia sesuatu yang melebihi dari semua itu????                                                              Setuju atau tak, pada Mizz N kecantikan wanita itu bukan hanya dilihat dari segi fizik. Kombinasi diatas juga merangkumi meliputi wawasan, ilmu pengetahuan. Membaca, melatih diri menganalisa sesuatu dan berpikir sangat efektif meningkatkan kepintaran. Seperti kata2 ini .... Beauty cant amuse you, but brainwork reading, writing, thinking can. (Kecantikan tidak akan membuat Anda senang, tetapi kepintaran dengan cara banyak membaca, menulis, dan berfikir bisa membuat Anda senang) So, sebenarnya bukan senang nak jadi...

Kenalilah Ciri2 Hasad Dengki

Image
Ciri-ciri Hasad Dengki Bismillahirrahmanirrahim ... this article is shared from other blog. Nice posting to ponder. Pengalaman orang ni kadang2 ada juga persamaan dengan pengalaman sendiri kan :-) Tak kiralah dimana saja kita berada .. samada kita yang jadi pendengki atau kita yang jadi mangsa hasad dengki. Pernah tak anda berasa dengki atau didengki oleh orang lain? Secara pokoknya, kita selaku manusia berakal dan berperasaan kenal apa itu Hasad Dengki. Aku pun punya pengalaman didengki orang. Kesian sebenarnya pada mereka yang mendengki sebab tak punya LIFE sendiri dan PENDIRIAN sendiri. Kesian sebab hidupnya tak pernah tenteram kerana memikirkan perihal orang yang didengkinya. Tapi awal2 lagi dah buat statement bukan sebab dengki alkununnya. Tak sedar2 agaknya yang action speak louder than words. Kat sini aku nak share dengan korang semua ciri-ciri si Pendengki atau Hasad Dengki. SATU : Raut wajah si pendengki masam atau berbah bila orang yang didengkinya men...

Ia Berubah Kerana Sesuatu

Rasanya pernah menulis tajuk ni, cuma kali ni scopenya berbeza Berubah kerana sesuatu .. Mizz N refer kepada perancangan kehidupan yang mungkin perlu diubah kerana telah diberikan sesuatu yang lebih baik Hidup ni memang sangat misteri, sangat mengujakan Hari ni mungkin kita merancang sebegini, esok lusa mungkin akan jadi sesuatu yg lebih baik Wallahu'alam ... Sepertimana yang Mizz N pernah sebut sebelum ni jiwa dan hati sangat meronta2 ingin ke Mekah .. ingin bersujud dihadapan Kaabah memohon ampun, memohon keberkatan hidup dunia akhirat Tup tup ... Allah hadirkan baby kat dalam perut ni Due date awal next year ... Doa Mizz N dan suami dimakbulkan, alhamdulillah Cuma perancangan kami tahun depan mungkin terpaksa ditunda Walau sikit sedih, Mizz N kene redha. Mizz N yakin, Allah tahu apa yang kita perlu dan Allah akan dahulukan segala yang diperlukan dari segala yang dimahukan Mana tahu, someday, ada rezeki kami satu family untuk ke Mekah .. ameenn.. Tu satu contoh ...

Cinta Itu Anugerah ... :-) Olololo omeyynyaaa

Image
Cinta adalah anugerah dari Tuhan, setiap insan pasti memiliki rasa cinta di dalam hatinya. Cinta itu juga merupakan keajaiban hati yang mampu membuat kita mahu mengerti, sebuah kekuatan untuk kita bertahan...... cinta sejati itu ada bila kita mau memiliki nya. Cinta itu adalah luka, namun dibalik luka itu tersimpan kekuatan yang akan membuat nya lebih dewasa. Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, walau kadangkala cinta membawa penderitaan tetapi tidak pernah berdendam, tidak pernah membalas dendam. Dimana ada cinta di situ ada kehidupan, manakala kebencian membawa kepada kemusnahan. Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dihianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan. Cinta dapat mengubah pahit menjad...

Mudah-Mudahan ... Rezeki yang berkat untuk baby dan family

Image
Salam semua :-) ... Bercakap pasal rezeki, rasanya semua orang memang sentiasa mahukan rezeki yang berganda dan berkat kan .. Termasuklah Mizz N dan suami. Hari2 doa, usaha mudah2an hidup sentiasa lebih baik dan ada peningkatan. Alhamdulillah, projek terbaru Mizz N dah 50% siap ... cuma nak tunggu penghantaran barang2 je. Alhamdulillah, diberi peluang oleh Allah untuk bergerak selangkah lagi. nanti, dah siap sepenuhnya, Mizz N akan apload gambo. Biz kecil2an kami selain tourism, printing dan bot. Nampak gayanya rezeki kami lebih disana dan besar kemungkinan Mizz N pon akan settle menghabihkan hari2 tua disana. Dengan masyarakat Melayu Islam, masyarakat kampung yang memang banyak aktiviti2nya. Hmm ... Mizz N dan suami nak ikut style Cina dalam hal membina masa depan. bukan untuk kami sekarang, tapi bekalan anak cucu kami nanti, insyaAllah. Biarlah sikit, sikit, yang penting anak cucu ada bekalan dan tak meminta2 nanti. Mungkin juga berkat Suami Mizz N menjaga arwah kakak dan anak...

Jerebu ohhh Jerebu

Malaysia dilanda jerebu ... Kuar2 rumah dah bau asap dan bau yang tak menyenangkan Idong mak buyung lebih sensitip so kuar kene pakai mask Semalam, sebab cuaca yang teruk, opis Mizz N declare suti So, we ollz duk rumah je mengabeskan masa togeder2 anak beranak Hari Sabtu belikan lauk2 basah utk ma Sebab tak larat nak drive, suh adik je datang amik kat rumah Ma sakap dia nak balik Kelantan hari Rabu malam Hmm.. lama dah dia tak balik Kelantan Harap2 dia sihat sepanjang kat sana Kak Long yang akan amik dia kat airport katanya Hari tu call Kak Long n borak2, dia tanya bila nak datang rumah Hmm memang rindu nak pegi kelantan, Insyaallah, ada kelapangan nanti, Mizz N akan kembali ke sana Last pegi tahun 2010 .. yeahh CNY drive sampai 14 jam baru sampai Berbalik pada citer jerebu ni ... Alahai geram lak Mizz N pada para2 Indon seberang yg membakar hutan ni tiap2 tahun meke buat keje bodoh ni yang kene tanggung akibatnya berjuta2 manusia yang tak de kene mengena Anak2 Mizz...

Jumaat Memang Besttttt

Jumaat datang lagi. Yesss, Mizz N memang suka sgt hari Jumaat atas banyak sebab. Kepertama, sebab ia penghulu segala hari Kedua, jumaat hari last keje utk setiap minggu Ketiga, ada 2 hari suti lepas jumaat Keempat, hari utk berjimba dan aktiviti family Kelima, baby Mizz N bertambah minggu setiap jumaat Keenam, yg paling best.. Selalunya apa2 good news or rezeki akan dapat dihari yg mulia ni. Alhamdulillah, lagi doa kami dimakbulkan. Ada lagi peluang utk kami utk menambah rezeki. Peluang yg mmg tak patut ditolak. InsyaAllah, pelan2 kami akan kuatkan tapak disana. Dah jadi nanti baru aku akan update. Setakat ni Mizz N perhatikan, makin ada org yg cakap bukan2 pasal Mizz N, makin luas Allah buka rezeki untuk kami. Walau tak kaya skrg, peluang tu tak mustahil satu masa nanti. Matlamat bukan nak jadi kaya, tapi bekalan anak2 dan kehidupan kami seadanya. InsyaAllah. Doa org2 teraniaya Allah pasti makbulkan. Pintu rezeki makin luas dibuka, kehidupan lebih bahagia, alhamdulillah. Se...

Happy Birthday Dato' ... Our Biggg Boss !!!!

Image
Jeng jeng jeng .... hari ni besday boss we ollz .. So dah siapkan surprise utk dia. Kompem dia pon lupa besday dia hari ni Maklumla dah atuk2 gtew, but dia memang best Sepanjang Mizz N keje, dah penah ada 13 org boss .. Ye la meke ni kan based on appointment Kadang2 sambung, kadang2 tak.. Setakat ni ada 3 boss paling bagus yg Mizz N penah keje Yang lelain tu bukan tak bagus, tapi yg 3 ni sangat2 bagus termasuk yg sekarang Senang keje dengan dia .. keje laju, so kalau nak buat keje slow2 pun sendiri akan malu Patot la berebut2 officer nak keje kat office ni Alhamdulillah, rahmat Allah, Mizz N yang terpilih  ------------- STOP JAP UNTUK NYANYI HEPI BESDAY ---------------- May you always have the strength to lead a happy and successful life always. Happy birthday boss!!!! Sedap kek yg my staff beli ..   Boss terharu gilerr .. Dia sakap ni la first time sepanjang dia keje ada besday celebration gini. Makan nasi lemak, kek n buah2an ... Staff buat teh tarik yg ...

Lihat ... Renung .. Ubah

Image
Lihat la sekeliling kita .. hubungan dgn ibu bapa, keluarga, rakan sekerja, ketua pejabat .. adakah semuanya ok atau kebanyakannya bermasalah ... Kalau kebanyakannya bermasalah, apa kata kita mula mengira keburukan diri sendiri dan perbaiki sedikit demi sedikit. Kadang2 merendahkan ego adalah jauh lebih baik dari membuat dan berkata2 perkara yang menunjukkan kehinaan diri sendiri ...

Karma

Time2 lepas maghrib gini ialah waktu utk landing sementara tunggu isya loya2 memang kuat dari tengahari sampai malam. Tak sabor Mizz N nak tunggu lepas bulan ke 3. Ramai yg sakap maybe bertambah ok.Tah la sbb masa pegnen sebelum ni alahan tak la seteruk gini. Petang ke pagi pulakk gayanya. Tadi Mizz N borak2 dgn sorang staff opis lain. Lama tak tanya perkembangan. Penah tau yg dia dulu ngorat suami org sampai cerai berai la org tu. Dia duk cerita2 kat orang yg ex wife org tu tak pandai jaga badan. gemukkk. So kisahnya 2 tahun lepas dan dia pon selamat la kawin dgn lelaki tu walaupon masa ngorat2 tu pun status dia isteri orang. uiiii jahatnya kamooo. isteri org sama suami org la ni buat keje. Haishhh .. Aku pon tanya dia soklan jujur, awak ni pegnen ke? Memandangkan fizikal dia yg berganda dari aku dan perut yg mcm org ngandung 7 bulan. Tersipu2dia jawab takkk. Badan saya memang naik gini. Hmmm .. terus aku teringat kata2 dia masa duk mengata ex wife husband dia dulu. Karma yang da...