Mari Merebus Badan :)

Ngeh ngeh ngeh .... nk story mory pasal aktiviti merebus badan seminggu dua nih ... perghhh sib bek ada adik yg nak tawen .. volehla aku menumpang sementara dia duk dengan aku lagi ... suka jer dengar dia sakap ... ni siapa yang nak kawen sebenarnya nih .. dengan muncung2 dan sambil jeling2 ... kahkahkah. hari tu sebelum valik dari rumah kawan aku yg bertunang tu ... aku rembat sikit daun sirih junjung untuk aktiviti merebus badan seterusnya ... Nak share dengan korang khasiat bersauna ni.. Bukan aku yang sakap .. aku cilok dari blog tah apa tah .. Betul atau tak .. kita tunggu hari sumaat nih... sebab hari sumaat adalah hari untuk nayik atas penimbang :P

Berikut adalah perbandingan di antara kesan daripada mandian wap ( bersauna ) dan dengan kegiatan bersukan yang lain :

1. Bersauna selama 15 minit mampu membakar 400-600 kalori.
2. Aerobics selama 30 minit membakar 400 kalori
3. Berbasikal selama 30 minit membakar 250 – 500 kalori.
4. Jogging selama 30 minit membakar 300 kalori
5. Berenang selama 30 minit membakar 400 kalori


KHASIAT DAN KELEBIHAN MANDI WAP ( SAUNA )
** Pembersihan terperinci kulit menjadikan kulit lebih menawan, segar, halus dan licin.
** Mengurangkan berat badan dengan pembakaran lemak dari luar.
** Mengeluarkan toksid dalam badan seperti aluminum, cadmium, lead dan mercury
** Mengurangkan kesakitan anggota badan, sakit urat, sendi, sengal sengal tulang dll.
** Meningkatkan sistem kardiovascular
** Menghilangkan tekanan dan perehatan otot
** Melancarkan peredaran darah
** Meningkatkan sistem immunisasi badan
** Mengurangkan prostrate bengkak pada lelaki
** Meningkatkan tahap metabolisma

AMALAN MANDI WAP UNTUK KECANTIKAN & KESIHATAN
Lakukan mandian wap sauna untuk selama 15 hingga 20 minit setiap kali. Tiga (3) penggunaan seminggu sememangnya sudah memadai. Anda akan merasai kesegarannya setiap kali anda melakukan mandian. Minum air secukupnya sebelum dan selepas bersauna. Adalah baik untuk makan buah-buahan selepas penggunaan. Penggunaan ketika kekenyangan adalah tidak digalakkan, memandangkan badan kita pada ketika yang sama juga menggunakan banyak tenaga untuk sistem penghadaman.

Perghhh... aku yang hari2 sauna ni cemana pulak ... kekekeke ... empuk2 gitew dagingnya :P

Comments

abu said…
orang lelaki tak digalak merebus badan
Mizz N said…
apa pulak, kurang2 ada gak lauk spare ... kahkahkah

Popular posts from this blog

Kenalilah Ciri2 Hasad Dengki

How do you define Happiness??

Jangan Mengharap Pada Sesuatu Yang Belum Pasti