Cinta Itu Kesesuaian Jiwa


Kita selalu dengar istilah cinta pandang pertama.. Mungkin wujud bagi sesetengah orang dan pastinya cinta itu bermula dari tarikan fizikal .. senyumnya... lirikan matanya ... rupa parasnya .. bentuk badannya .. kumis tipisnya ...hehehe ... Tapi aku tak pernah percaya cinta sejati lahir melalui pandangan pertama.. Bagi aku, cinta yang benar-benar cinta lahir melalui satu jangka masa.. Melalui tempoh mulanya sebuah perkenalan, menilai hati budi, mengetahui segalanya tentang diri seseorang luar dan dalam, maka cinta akan lahir.. Yup.. Bagi aku, memang betul, tak kenal maka tak cinta.. Dah kenal, maka diri sendiri boleh menilai dan membuat keputusan samada bersedia atau mampu untuk melalui setiap inci kehidupan bersama2 tanpa ada sedikit pun penyesalan.

Bagi aku, cinta adalah KESESUAIAN JIWA .. Kesesuaian jiwa datang dari dua-dua jiwa.. Bukannya hanya satu jiwa.. Andai satu jiwa saja yang merasakan kesesuaiannya dan lagi satu tidak, maka kesesuaian jiwa itu takkan pernah wujud sampai bila-bila.. Dan cinta.. Rasa yang membawa rasa ... juga adalah kesesuaian jiwa.. sebab tu kita gelarkan dia sebagai 'soulmate' iaitu ..... Teman jiwa.. :)

Comments

abu said…
kadang2 tak pernah pandang pun leh rasa cinta gak hehehe

"Cinta tak perlukan mata..tak perlukan telinga..cinta cuma perlukan hati.." - telemovie Keabadian Cinta (kabir Bhatia)
Mizz N said…
Cinta perlukan hati kerana dari hati itulah wujud rasa, perasaan dan kesesuaian .. kalau rasa itu hanya dari satu pihak, cinta tu akhirnya akan masuk kat bawah kapet jerrr walau dalam hati ada 'rasa' .. and still .. kewujudaan tuan punya hati tu adalah keperluan utama untuk merealisasikan cinta ..:P

erkkk ... adakah jari2 aku yang menaip ayat2 itewwwww??? :P
abu said…
jari tak selari ngan mulut hahahaha
Mizz N said…
kewujudan tuan punya hati masih menjadi misteriiiiiii :P

bila dah wujud nanti, kompom, semua selari .. berlari togeder2 :P

Popular posts from this blog

Kenalilah Ciri2 Hasad Dengki

How do you define Happiness??

Jangan Mengharap Pada Sesuatu Yang Belum Pasti