Anugerah...

Pernahkah korang semua rasa bagaikan tak percaya dengan apa yang dikurniakan kepada korang semua? Apa-apa aje yang yang sangat korang suka, sayang dan hargai. Sekarang ini, aku memang rasa sangat-sangat bersyukur dengan apa yang dikurniakan kepada aku. Kekuatan, ketenangan diri yang sebelum ini kurang jelas kewujudannya ... makin menyerlah... makin terasa seiapkali ujian datang menyapa.

Hari2 yang aku lalui, aku akan gunakan untuk menjaga, memelihara dan menghargai setiap saat sejak aku mula mendapat dan bertemu dengan anugerah itu. Hati dan perasaan tidak boleh dipaksa dan dipersalahkan, pemahaman dan rasional pemikiran itu adalah kemestian. Cuma apa yang aku mahu lakukan sekarang, aku mahu teruskan dengan apa yang tersimpan dalam hati,serta meneruskan segala perancangan dalam diri. Kalau masa itu diperlukan untuk merungkaikan setiap ikatan dalam pemikiran dan perasaan, aku sanggup menanti. Cuma, membuat seseorang terus menanti dalam tempoh yang terlalu panjang mungkin tidak berbaloi.

Namun, yang pasti anugerah itu adalah sesuatu yang terindah untuk aku. Sesuatu yang hanya orang tertentu boleh merasainya. Sesuatu yang pastinya istimewa dan sangat bererti di masa depan. Aku juga yakin, Allah tahu dan memberi yang terbaik untuk makhlukNya. Sehingga saat itu tiba, aku akan tetap punya impian dan destinasi cinta disitu .....

Comments

Popular posts from this blog

Kenalilah Ciri2 Hasad Dengki

How do you define Happiness??

Jangan Mengharap Pada Sesuatu Yang Belum Pasti