Suka Buka Aib Orang .. Untunglah Bagi Mereka Yang Berfikir

Assalamualaikum semua ...

Tua muda kakak adik makcik pakcik for sure setiap seorang dari diri kita ini ada kelemahan atau kekurangan yang tersendiri, namun manusia itu dilahirkan sudah cukup sempurna, kerana setiap kelemahan kita selalunya akan di imbang oleh kelebihan kita yang lain pulak…senang cerita kekurangan pasti ada tak kira dari segi apa sahaja namun kita janganlah terlalu takut untuk menerima kekurangan diri sendiri, mengakuinya dan cuba untuk berubah ...
kita hendaklah sentiasa sedar akan kelemahan diri kita dan jangan sesekali mencari kelemahan orang lain dan cuba untuk membukanya atau dalam kata lain jangan suka cakap atau buka aib n kekurangan orang lah kan…

Diri kita sendiri tentu-tentunya akan berasa malu sekiranya kelemahan atau kekurangan diri kita diperkatakan, jadi janganlah kita sesekali berbicara tentang kelemahan orang lain kerana roda itu sentiasa berputar, masa kita akan sampai dan ketika aib kita dibuka oleh orang lain, barulah kita rasa pedihnya... Tapi hanya orang2 yang berfikir akan membawa perubahan yang positif atas kesilapan2 yg dilakukan. Bagi yang letak akal ditempat sikit rendah, mereka akan memanjang2kan masalah seolah2 diri mereka manusia sempurna dan tak lakukan sebarang kesilapan. Kegembiran yang sekejap ketika kita bercerita tentang kelemahan orang lain boleh membawa kepada kesengsaraan seumur hidup kepada kita pula...Konpem hati tu tak tenteram beb !!! Kalau tenteram, kita takkan duk sambung2 cerita, perli sana sini untuk menunjukkan betapa resahnya kita secara tak langsung macam gendang expired.
Lagi satu, bila kita nak bercakap mengenai budi dan jasa kita pada orang lain, kita mesti ingat bahawa hidup ni saling memerlukan.. Tak ada concept memberi 100% atau menerima 100% kecuali OKU lah... itupun dia mampu berdoa.. Ingatlah bahawa orang lain juga berbudi dan berjasa kepada kita walau tiada ungkitan yang dibuat. Tangan kanan yg memberi, tangan kiri seharusnya tak tahu. Hidup ni sementara. Bila kita mati pun kita perlukan org untuk menguruskan jenazah sampai ke liang lahad dan seterusnya mendoakan kita.
Jangan kerana kesalahan yg tak besar mana dilakukan oleh orang lain, yang menerima hukuman ialah orang lain, yang di umpat tak berhenti ialah orang yang paling akhir tahu mengenai perkara tu. Dan yang lebih biadap pula ialah orang yang tak ada kena mengena dalam hal tersebut tapi memanjang2kan cerita  supaya sentiasa wujud permusuhan ... Na'uzubillah, orang2 mcm ni tak ada langsung dalam hati dan jiwa aku sebab mereka nilah yang menghancurkan silaturrahim sesama manusia. Lihat sekeliling ... Mereka ini ada di mana2kan ... 

Ingat, what goes around comes around.. Tak selamanya hidup kita di atas, lebih2 lagi jika yang kita sebar2kan itu fitnah dan untuk wujudkan permusuhan semata!!!

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. [al-Hujurat 49:12]

 

Comments

Popular posts from this blog

Kenalilah Ciri2 Hasad Dengki

How do you define Happiness??

Jangan Mengharap Pada Sesuatu Yang Belum Pasti