Cuti Merdeka .. Mimpi Best Semalam

Assalamualaikum ..

Peace yawwww ... Malam tadi mimpi best .. Hmmm zaman kanak2 bersama adik beradik dan keluarga .. Bergurau senda, ketawa tanpa syarat .. Rasa macam tak nak mangun sebab zaman kanak2 aku memang best dengan aktiviti2 outdoor yang sentiasa meriangkan. Atau apakah aku ni semulajadi memang seorang periang?? mungkin gak ..

Hari ni kembali bekerja selepas 2 minggu cuti2 malaysia .. Kebanyakan hari dihabiskan di rumah dan di Taman Negara .. Suamiku harus bekerja untuk mencari rezeki untuk kami sekeluarga .. Tak per, aku redha as usual dah nature keje dia gitu.

Semalam kitaorang gi nonton 29 February dgn anak sedara aku dari Chini yg baru pertama kali datang ke rumah aku .. Ok la storynya ...“29 Februari” merupakan sebuah filem bergenre “biografi fantasi” di bawah arahan Edry Abdul Halim, dipenuhi lakonan mantap Remy Ishak yang memegang watak Budi yang hanya dimakan usia dalam tempoh 4 tahun sekali dan berlatar-belakangkan detik-detik bersejarah Malaysia semasa penjajahan British, penaklukan Jepun sehinggalah ke tahun 2012.
Aku suka lagu "Kelip-Kelip" nyanyian Remy Ishak .. sweet sangat . Nasha dgn Nawfal cakap citer tu best sebab meke ni memang sukakan sejarah Malaysia dan Kemerdekaan. Kitaorang ni family patriotik .. kat pintu rumah pon berkibor2 Jalur Gemilang ok :P



My cupids and niece







Ni dia lirik lagu Kelip-Kelip ..

Kelip-Kelip

Bila senja menimbus siang
Bila awan melindung bintang
Ku coba menyuluhkan sinar
Agar malam mu cerah
Jika pernama tak bersemi
Jika arus sama tak pasti
Ku dengan setia membimbing
Menyinar bagai kelip-kelip

Genggamlah erat tanganku
Bilang arah nak di tuju
Mari ku pimpin ke sana
Ku bawa kau terbang pergi
Seandainya kita terpisah
Tak usah kau rasa gelisah
Ku dengan setia membimbing
Menyinar bagai kelip-kelip
Genggamlah erat tanganku
Bilang arah nak di tuju
Mari ku pimpin ke sana
Ku bawa kau terbang pergi
Menyinar bagai kelip-kelip

Comments

Popular posts from this blog

Kenalilah Ciri2 Hasad Dengki

How do you define Happiness??

Jangan Mengharap Pada Sesuatu Yang Belum Pasti